Friday, March 25, 2022

Artis nasyid, 'ladang mini' ganja. UK's buat konsert besar. Insya Allah, Al-hamdulillah!

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakrhrudin Abdul Halim bersama pegawainya menunjukkan pokok ganja milik seorang artis yang dirampas dalam rumah kondominium miliki artis tersebut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. NSTP/HAZREEN MOHAMAD

HALAMAN HIBURAN

1. Artis nasyid ditahan miliki 'ladang mini' pokok ganja

PETALING JAYA: Seorang penyanyi nasyid yang juga komposer terkenal, ditahan polis selepas terbongkar 'ladang mini' tanaman ganja yang diusahakan dalam unit kondominium didiaminya dekat Kota Damansara di sini, petang semalam.

Suspek berusia 47 tahun itu ditahan bersama 17 pasu pokok ganja, yang dipercayai ditanamnya sejak dua bulan lalu. Selain itu, polis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan di rumahnya kira-kira jam 5.30 petang semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

"Ketulan mampat ganja bernilai RM10,700 itu ditemui di bahagian dapur dalam bekas plastik berwarna biru dan hitam yang diletakkan di atas kabinet dapur.

"Pemeriksaan lanjut di sebelah bahagian dapur rumahnya pula, polis menemui satu almari kain berwarna hitam yang di dalamnya terdapat tiga pasu pokok disyaki ganja," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakrhrudin Abdul Halim bersama pegawainya menunjukkan pokok ganja milik seorang artis yang dirampas dalam rumah kondominium miliki artis tersebut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Beliau berkata, selain itu, polis juga menemui 13 pokok dalam pasu disyaki ganja yang ditempatkan dalam sebuah bilik dan satu pasu yang diletakkan di balkoni kediaman tersebut.

"Hasil ujian saringan air kencing terhadapnya juga mendapati suspek positif dadah jenis THC (ganja)," katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri.

"Kita percaya suspek tanam sendiri pokok terbabit, namun kita masih menyiasat dari mana benih tanaman itu diperolehnya.

Pokok ganja milik seorang artis yang dirampas dalam rumah kondominium miliki artis tersebut pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. - Foto NSTP/HAZREEN MOHAMAD

"Kita juga percaya suspek ini sudah terlibat dengan penagihan dadah selama 10 tahun dan dia mempelajari cara menanam pokok terbabit menerusi media sosial," katanya.

Beliau berkata, susulan penemuan itu, polis merampas pelbagai alatan penanaman tumbuhan berkenaan antaranya cecair pemusnah serangga, penyukat suhu, lampu pelbagai jenis dan alat pengudaraan.

"Dalam serbuan itu, polis juga merampas kereta milik suspek iaitu Toyota Wish dan wang tunai bernilai RM40,700.

"Nilai keseluruhan rampasan adalah RM61,600 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B, Akta Dadah Berbahaya 1952, yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati mandatori.


2. Selepas 25 tahun, barulah UK's dapat buat konsert besar 

AMIR UK's (tiga kiri) bersama ahli kumpulan Ukay pada sidang media. FOTO Rohanis Shukri

Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan UK's, Amir pernah kecewa dengan industri muzik apabila kumpulan yang sudah berusia 25 tahun itu tidak pernah diberi peluang mengadakan konsert besar-besaran. Amir berkata, bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dan mengalah untuk terus mencari penaja bagi merealisasikan impian kumpulan itu.

"Selama 25 tahun dalam industri muzik, pada mulanya saya memang sudah kecewa kerana UK's tak pernah diberi peluang langsung. Namun, kami tak pernah berhenti untuk cuba mencari penaja-penaja yang sudi menaja dan menganjurkan konsert untuk kami," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, di usia 50 tahun, dia bersyukur kerana akhirnya UK's berpeluang mengadakan konsert berskala besar iaitu Konsert UK's Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, di sini, pada 17 dan 18 Jun ini.

"Dalam usia 50 tahun ini, alhamdulillah kami dapat peluang ini. Dah lama kami simpan hasrat untuk mengadakan konsert berskala besar begini," katanya.

Konsert UK's Reunion 25 tahun dianjurkan oleh Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd dan menggabungkan ahli kumpulan UK's iaitu Amir selaku penyanyi, Denil (gitar), Olley (bass) dan Amirul (dram).

Tiket-tiket untuk konsert ini sudah mula dijual bermula dengan harga RM111 hingga RM999. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Allah, hiburan kita akan menuju ke arah 'hiburan menurut syariah'. Semoga al-hamdulillah dan diberkati Allah!

1 comment:

Anonymous said...

Penyanyi nasyid ada yg tergelincir. Tapi dlm politik ramai yg tergelincir. Dlm parti liberal, semua tergelincir aqidah. Jika tidak masakan sanggup jadi macai dap. Puluh tahun hidup di tanah air, tiba tiba jadi khadam pendatang dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails