Wednesday, March 09, 2022

AS negara perkauman. Ini bukti, kulit putih bebas memukul..

 

Terrance Stangel. - Foto Yahoo News

Polis kulit putih bebas tuduhan memukul lelaki kulit hitam

SAN FRANCISCO: Anggota polis kulit putih yang memukul lelaki kulit hitam tidak bersenjata dengan baton ketika dia berbaring atas tanah dibebaskan daripada tuduhan itu.

Kes berkenaan kini kembali mencetuskan kontroversi berhubung kekerasan pihak polis Amerika Syarikat (AS) terhadap masyarakat kulit hitam di negara itu.

Bandar San Francisco membayar pampasan AS$700,000 (RM3 juta) dalam penyelesaian sivil kepada Dacari Spears berhubung kes membabitkan pegawai polis, Terrance Stangel, pada 2019.

Bagaimanapun, Isnin lalu, juri membebaskan Stangel atas tiga pertuduhan dan tidak dapat mencapai keputusan bagi pertuduhan keempat dalam perbicaraan jenayah berkenaan.

Menurut laporan San Francisco Chronicle, ia adalah kes pertama seorang pegawai polis tempatan didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan ketika bertugas.

Dalam perbicaraan yang berlangsung selama berminggu-minggu itu, juri mendengar bagaimana Stangel dan pasangannya bertindak balas terhadap laporan seorang lelaki menyerang seorang wanita berhampiran Fisherman's Wharf.

Stangel kemudian bertindak memukul Spiers dengan baton sebanyak lapan kali, termasuk lima kali ketika dia berada di atas tanah, di kawasan pelancongan yang sibuk di San Francisco itu.

Spiers tidak pernah ditangkap, dan tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan jenayah sebelum ini.

Ketika prosiding mahkamah, Stangel menegaskan penggunaan kekerasan adalah wajar kerana dia melindungi pasangannya manakala Spiers berkata pegawai itu tidak memperkenalkan diri mereka dan dia tidak bertindak agresif terhadap mereka.

Dalam pada itu, peguam Spiers berkata, walaupun keputusan sudah dibuat, ia 'satu langkah ke arah yang betul'.

"Perjalanan masih panjang untuk memastikan komuniti kita selamat daripada keganasan polis yang tidak wajar," katanya.

Lapor Chronicle, peguam Stangel, Nicole Pifari, berkata kes itu tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah dan mendakwa ia sengaja dipolitikkan oleh seorang peguam daerah yang liberal.

Keputusan itu dibuat ketika layanan polis terhadap suspek kulit hitam semakin menjadi tumpuan di AS. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAS negara perkauman. Ini bukti, kulit putih bebas memukul.. Berbeda dengan Islam seperti yang diperjuangkan atau ditiru oleh bekas Presiden Amerika Abraham Lincoin ke 16, membebaskan kaum kulit hitam dari perhambaan sesama manusia.

Abraham Lincoln
ايبريهم ليڠکن
Abraham Lincoln O-77 matte collodion print.jpg
Presiden Abraham Lincoln pada November 1863
Presiden Amerika Syarikat ke-16
Dalam jawatan
4 Mac 1861 – 15 April 1865
Naib PresidenHannibal Hamlin (1861–1865)
Andrew Johnson (1865)
Didahului olehJames Buchanan
Digantikan olehAndrew Johnson
Ahli Dewan Perwakilan A.S.
dari daerah ke-7 Illinois
Dalam jawatan
4 Mac 1847 – 3 Mac 1849
Didahului olehJohn Henry
Digantikan olehThomas L. Harris
Ahli
Dewan Perwakilan Illinois
Dalam jawatan
1834–1842
Butiran peribadi
Lahir12 Februari 1809
Sinking Spring Farm,
dekat Hodgenville, Kentucky, A.S.
Meninggal dunia15 April 1865 (umur 56)
Rumah Petersen,
Washington, D.C., A.S.
Sebab kematianDibunuh
Tempat persemadianMakam Lincoln, Perkuburan Oak Ridge Cemetery,
Springfield, Illinois, A.S.
Parti politikWhig (1834–1854)
Republikan (1854–1865)
Sekutu gabungan
politik lain
Kesatuan Kebangsaan (1864–1865)
Tinggi6 kaki 4 inci[1]
PasanganMary Todd
(k. 1842)
Anak-anak
  • Robert
  • Edward
  • Willie
  • Tad
IbuNancy Hanks
BapaThomas Lincoln
ProfesionPeguam, ahli politik
Tandatangan
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
 Illinois
Perkhidmatan/
cawangan
Illinois Militia
Tahun perkhidmatan3 bulan
(21 April 1832 – 10 July 1832)
Pangkat
  • Kapten
    (21 April 1832 – 27 Mei 1832)
  • Prebet
    (28 Mei 1832 – 10 Julai 1832)
OBS:. Dilepaskan dari perintahnya dan disenaraikan sebagai Prebet.
PertempuranPerang Black Hawk

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails