SATU pola pengundian yang agak mengejutkan berlaku dalam PRN Johor, iaitu terlihat jelas bahawa PH dalam keadaannya sekarang gagal menarik minat pengundi Melayu.
PRN Johor ini menyaksikan buat kali pertama kita dapat menyaksikan deretan calon PKR dan PAN hilang deposit di kerusi majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.
Tujuh calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N.18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45 peratus) pengundi Melayu.
2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N.20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54 peratus) pengundi Melayu.
3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N.33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48 peratus) pengundi Melayu.
4. Mohd Fakharuddin Moslim yang hanya mampu memperolehi 1,976 undi di kerusi N.35 Pasir Raja yang mempunyai 19,093 (68.08 peratus) pengundi Melayu.
5. Omar Mokhtar A Manap yang hanya mampu memperolehi 1,527 undi di kerusi N.37 Johor Lama yang mempunyai 26,840 (82.19 peratus) pengundi Melayu.
6. Rosman Tahir yang hanya mampu memperolehi 800 undi di kerusi N.39 Tanjung Surat yang mempunyai 20,106 (80.00 peratus) pengundi Melayu.
7. Haniff @ Ghazali Hosman yang hanya mampu memperolehi 1,200 undi di kerusi N.53 Benut yang mempunyai 22,636 (80.37 peratus) pengundi Melayu.
Empat calon PAN yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:
1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N.32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31 peratus) pengundi Melayu.
2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N.34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56 peratus) pengundi Melayu.
3. Mat Khairi Samsudin yang hanya mampu memperolehi 333 undi di kerusi N.36 Sedili yang mempunyai 27,509 (95.99 peratus) pengundi Melayu.
4. Norazila Sanip yang hanya mampu memperolehi 693 undi di kerusi N.38 Penawar yang mempunyai 29,179 (97.48 peratus) pengundi Melayu.
Deretan calon PKR dan PAN hilang deposit di kerusi majoriti Melayu ini menunjukkan bahawa puncanya bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.
Pada masa yang sama, PN, walaupun menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan di kerusi majoriti Melayu, kelihatan masih sukar diterima oleh pengundi bukan-Melayu.
Fakta ini dapat dilihat bila sebilangan calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan-Melayu atau di kerusi campuran, iaitu membabitkan 2 calon BERSATU, 1 calon GERAKAN dan 1 calon PAS.
Dua calon BERSATU yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Alagathiran Krishnan yang hanya mampu memperolehi 1,278 undi di kerusi N.27 Layang-Layang yang mempunyai 13,724 (54.58 peratus) pengundi Melayu.
2. Wong Chan Giap yang hanya mampu memperolehi 4,116 undi di kerusi N.28 Mengkibol yang mempunyai 18,574 (27.99 peratus) pengundi Melayu.
Satu calon GERAKAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Susan Yong Fui Ling yang hanya mampu memperolehi 1,681 undi di kerusi N.19 Yong Peng yang mempunyai 11,283 (34.14 peratus) pengundi Melayu.
Satu calon PAS yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:
1. Selvendran Velu yang hanya mampu memperolehi 1,512 undi di kerusi N.30 Paloh yang mempunyai 11,801 (45.69 peratus) pengundi Melayu.
Data ini juga menunjukkan bahawa punca calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan-Melayu atau di kerusi campuran bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.
Pucuk pimpinan PH dan PN wajar memandang serius permasalahan yang menimpa mereka ini kerana jika ianya tidak diselesaikan dengan segera nescaya perkara sama boleh berulang dalam PRU15.
Begitupun, masalah yang jauh lebih memeningkan pastilah perlu difikirkan oleh PEJUANG, WARISAN dan PBM yang semua 42, 6 dan 4 calon mereka hilang wang deposit.
42 calon PEJUANG yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Mohd Hanafi Ahmad yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N.01 Buloh Kasap.
2. Dr Azita Amrin yang hanya mampu memperolehi 247 undi di kerusi N.03 Pemanis.
3. Norizan Sahardin yang hanya mampu memperolehi 214 undi di kerusi N.04 Kemelah.
4. Mohd Fauzi Bachok yang hanya mampu memperolehi 224 undi di kerusi N.05 Tenang.
5. Md Taib Md Suhut yang hanya mampu memperolehi 191 undi di kerusi N.07 Bukit Kepong.
6. Mohd Akhiri Mahmood yang hanya mampu memperolehi 196 undi di kerusi N.08 Bukit Pasir.
7. Suraya Sulaiman yang hanya mampu memperolehi 220 undi di kerusi N.09 Gambir.
8. Muhammad Airel Zabridin yang hanya mampu memperolehi 789 undi di kerusi N.10 Tangkak.
9. Abdul Azim Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 332 undi di kerusi N.11 Serom.
10. Mahaizal Mahmor yang hanya mampu memperolehi 208 undi di kerusi N.13 Simpang Jeram.
11. Datuk Ibrahim Shafe’e yang hanya mampu memperolehi 86 undi di kerusi N.14 Bukit Naning.
12. Riad Ahmad yang hanya mampu memperolehi 292 undi di kerusi N.15 Maharani.
13. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N.16 Sungai Balang.
14. Mahdzir Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 361 undi di kerusi N.17 Semerah.
15. Mohd Firdaus Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 159 undi di kerusi N.18 Sri Medan.
16. Adzlan Raju yang hanya mampu memperolehi 230 undi di kerusi N.20 Semarang.
17. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir yang hanya mampu memperolehi 239 undi di kerusi N.21 Parit Yaani.
18. Abdul Lateef Mahrani yang hanya mampu memperolehi 510 undi di kerusi N.22 Parit Raja.
19. Zalihah Jaafar yang hanya mampu memperolehi 168 undi di kerusi N.24 Senggarang.
20. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang hanya mampu memperolehi 206 undi di kerusi N.25 Rengit.
21. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang hanya mampu memperolehi 465 undi di kerusi N.26 Machap.
22. Ahmad Shafiq Othaman yang hanya mampu memperolehi 164 undi di kerusi N.27 Layang-Layang.
23. Aminuddin Johari yang hanya mampu memperolehi 181 undi di kerusi N.30 Paloh.
24. Rosdi Amir yang hanya mampu memperolehi 273 undi di kerusi N.31 Kahang.
25. Mohd Noorhisyam Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 145 undi di kerusi N.32 Endau.
26. Mohd Firdaus Abd Rahman yang hanya mampu memperolehi 213 undi di kerusi N.33 Tenggaroh.
27. Ahmade Mohd. Din yang hanya mampu memperolehi 334 undi di kerusi N.34 Panti.
28. Mohd Yusri Yusof yang hanya mampu memperolehi 265 undi di kerusi N.35 Pasir Raja.
29. Tariq Ismail Mustafa yang hanya mampu memperolehi 211 undi di kerusi N.36 Sedili.
30. Mohd Shukor Ahmad yang hanya mampu memperolehi 268 undi di kerusi N.37 Johor Lama.
31. Rahmattullah Kamilin yang hanya mampu memperolehi 521 undi di kerusi N.38 Penawar.
32. Samat Atan yang hanya mampu memperolehi 110 undi di kerusi N.39 Tanjung Surat.
33. Datuk Abdul Aziz Harun yang hanya mampu memperolehi 1,391 undi di kerusi N.40 Tiram.
34. Ts Dr Khairil Anwar Razali yang hanya mampu memperolehi 2,468 undi di kerusi N.41 Puteri Wangsa.
35. Mahaya Ahad yang hanya mampu memperolehi 1,036 undi di kerusi N.43 Permas.
36. Mohamad Riadz Tan Sri Mohamad Hashim yang hanya mampu memperolehi 810 undi di kerusi N.44 Larkin.
37. Nornekman Datuk Osman yang hanya mampu memperolehi 1,358 undi di kerusi N.47 Kempas.
38. Dr Zaini Abu Bakar yang hanya mampu memperolehi 1,308 undi di kerusi N.49 Kota Iskandar.
39. Mokhtar Abdul Wahab yang hanya mampu memperolehi 385 undi di kerusi N.50 Bukit Permai.
40. Iskandar Noor Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 139 undi di kerusi N.53 Benut.
41. Abd Rashid Abd. Hadi yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N.54 Pulai Sebatang.
42. Zamzam Hashim yang hanya mampu memperolehi 927 undi di kerusi N.56 Kukup.
Enam calon WARISAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Sandara Segaran Arumugam yang hanya mampu memperolehi 330 undi di kerusi N.06 Bekok.
2. Mohamed Noor Suleiman yang hanya mampu memperolehi 555 undi di kerusi N.29 Mahkota.
3. Victor Chen Hain Kai yang hanya mampu memperolehi 1,448 undi di kerusi N.42 Johor Jaya.
4. Mohamed Ridza Busu yang hanya mampu memperolehi 1,412 undi di kerusi N.43 Permas.
5. Lee Ming Wen yang hanya mampu memperolehi 1,349 undi di kerusi N.51 Bukit Batu.
6. Hishamuddin Busri yang hanya mampu memperolehi 1,438 undi di kerusi N.55 Pekan Nanas.
Empat calon PBM yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:
1. Hanis Asmui yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N.15 Maharani.
2. Mohd Azmi Ali yang hanya mampu memperolehi 860 undi di kerusi N.40 Tiram.
3. Steven Choong yang hanya mampu memperolehi 2,471 undi di kerusi N.41 Puteri Wangsa.
4. Saiful Bahari yang hanya mampu memperolehi 1,359 undi di kerusi N.45 Stulang.
Semoga keputusan PRN Johor ini akan memaksa parti-parti tertentu, khususnya parti-parti yang baru ditubuhkan, untuk menjadi lebih realistik dengan kekuatan parti masing-masing dalam merencana strategi pilihan raya mereka.
DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/3/2022
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001022016761/posts/5281793031864712/
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.
Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor
61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/... 62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b... 63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.
5 comments:
Tu la. Hairan jugak. Tak cukup basic agama agaknya. Kalau non muslim kita faham sebab zero ilmu islam. Ni yg muslim pun rupanya masih ramai yg jahil.
yang menang sure punya elaun ribu riban penyokong ? lagi terkejut kerajaan ni turun dua kupang je, tapi tambah jadi 22 kali. ada pis off dalam kerajaan ni pulak tu... ni kerajaan pujaan hati kanda ye..
Aku lagi terkejut bilamana melayu johor sokong parti yang ketua dan penasihatnya penyamun tarbus. Kena samun pun tak marah....kah..kah..bagharal. Lepas tu siap ingatkan calon yang menang supaya buat pembangunan, amanah dan jujur...bodoh. Lupa ke yang umnoo berapa lama mentadbir johor dan berapa banyak peruntukan untuk rakyat mereka sapu?????.
Tunggu PAU. Sebab pelik sangat naib presiden jadi pm. Presiden dan timbalan tiada dlm kabinet. Jom tengok wak dan ajib dan tok mat disingkir.
Baguih prof ni. Kalah pun istiqamah. Jangan menang kemudian riak sudahlah. Kalah istiqamah, menang pun istiqamah.
Post a Comment