1. PM rasmi Hari Usahawan Negara 2022
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal merasmikan Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada esok, Sabtu, 26 Mac.
Acara selama lima hari berlangsung dari 24 hingga 28 Mac itu muncul sebagai pusat sehenti maklumat dan ilmu keusahawanan terkini yang diadakan secara percuma tentang cabaran bisnes di era pascapandemik Covid-19.
HUN 2022 anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) yang pertama kali Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar.
Presiden DPUKM, Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor dalam kenyataan medianya berkata, HUN 2022 yang bakal dirasmikan esok (26 Mac) oleh Perdana Menteri, menjadi himpunan usahawan terbesar melalui 1,000 lot di WTCKL yang disediakan buat usahawan tempatan dan antarabangsa bagi mempamerkan produk masing-masing.
“Ia termasuklah 500 lot agensi kerajaan dan korporat, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dan DPUKM; 100 lot selebriti, 120 lot usahawan Cina, lot-lot serambi dari Indonesia, lot-lot koperasi dan 100 lot food court,” ujarnya.
Menurut beliau, bersesuaian dengan tema ‘Usahawan Pemangkin Negara’, penganjuran HUN pada kali ini adalah sebagai momentum kebangkitan usahawan yang merupakan antara golongan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik Covid-19.
Noh Omar (tengah) ketika mengunjungi salah satu gerai pameran usahawan di bawah DPKUM sempena majlis pelancaran Aplikasi dan Laman Sesawang Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 31 Januari 2022.
Justeru Abu Hassan menegaskan, HUN 2022 bukan sekadar sebagai pusat yang menghimpunkan usahawan dengan hasil produk masing-masing, tetapi ia dianjurkan dengan matlamat yang lebih penting.
“Tujuan HUN 2022 dianjurkan adalah untuk mengukuh dan mengembangkan segala teras sokongan keusahawanan yang telah dan akan disediakan oleh kerajaan menerusi pelbagai agensinya,” jelasnya.
Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor.Sehubungan itu, katanya lagi, HUN 2022 juga bermatlamat untuk meningkatkan ekonomi usahawan di Malaysia ke peringkat global dan menciptakan kesedaran masyarakat dalam memilih bidang keusahawanan.
“Maka HUN 2022 telah menyediakan pusat info keusahawanan melalui taklimat pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online dan Akademi Jana Usahawan.
“Tidak ketinggalan diadakan taklimat mengenai kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), simposium ekonomi dan keusahawanan, biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional) dan pocket talk ((wawancara ikon usahawan secara langsung).
Produk makanan segar seperti pisang dan jagung boleh dibeli pengunjung pada hari pertama HUN 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur pada 24 Mac 2022.
Abu Hassan berkata, tidak lengkap tanpa aktiviti-aktiviti santai, HUN 2022 turut menampilkan 1,000 peserta car free morning, jokathon 1,000 peserta di Dataran Merdeka dan persembahan 100 artis tanah air.
“Meriahkan hari anda di HUN 2022 dengan acara game show bersama orang ramai dan artis terkenal, persembahan 100 battle of the band, pertunjukan kereta dan motosikal klasik, kereta-kereta mewah, retro klasik, warisan HUN dan hot balloon,” katanya.
Noh Omar (tiga dari kanan) dan Abu Hasan (tiga dari kiri) pada majlis pelancaran Aplikasi dan Laman Sesawang Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 31 Januari 2022.Menurutnya, acara kemuncak HUN 2022 adalah malam gala dinner yang diadakan pada 28 Mac ini, bersempena majlis anugerah untuk golongan usahawan.
“Pelbagai peringkat Anugerah Keusahawanan Kebangsaan akan diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebagai sebahagian daripada sambutan ini.
“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha cemerlang mereka menyumbang ke arah merancakkan kembali sektor ekonomi negara,” ujarnya.
Maklumat lanjut boleh layari https://www.hariusahawannegara.com.my.
2. Malaysia usahakan seramai mungkin rakyat dapat tunai haji
KUALA LUMPUR: Kerajaan berharap lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan ibadat umrah dan haji pada tahun ini dan masa akan datang susulan penarikan sekatan berkaitan COVID-19 yang diumumkan kerajaan Arab Saudi, baru-baru ini.Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata Malaysia terutama pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk melakukan terbaik demi keselamatan dan kesihatan jemaah umrah dan haji.
“Kerajaan Arab Saudi tentunya telah menilai pelbagai aspek dan semua protokol kesihatan sejak wabak COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu sebelum menarik balik sekatan tersebut, sejajar dengan situasi pandemik yang bertambah baik di negara itu.
“Pada masa yang sama, kerajaan Arab Saudi pastinya telah membuat persiapan rapi berpandukan amalan terbaik pengendalian antarabangsa demi menjaga keselamatan rakyatnya dan jemaah umrah serta haji yang datang dari seluruh pelosok dunia,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Bernama melaporkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID-19 dan ujian tindak balas berantai polimerase masa nyata (PCR), sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.
Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas. – BERNAMA
3. Perincian gaji minimum RM1,500 dibentang minggu depan
KUALA LUMPUR: Perincian mengenai model serta kaedah pelaksanaan paras gaji minimum kepada RM1,500 atau Perintah Gaji Minimum 2022 akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, berkata kaedah pelaksanaannya akan mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk dalam menentukan jenis perusahaan, pekerjaan dan penggajian yang boleh dilaksanakan secara berperingkat.
“Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah merancang strategi dan pelan tindakan bagi memastikan agenda pelaksanaan gaji minimum dapat membantu rakyat untuk meningkatkan pendapatan serta menampung keperluan asas.
“Pada masa ini, Kementerian Sumber Manusia sedang memperincikan model serta kaedah pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2022,” katanya semasa menggulung perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara, hari ini.
Memahami kegusaran golongan peniaga kecil dan sederhana dengan kenaikan paras gaji minimum, kata Awang, KSM akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
Katanya, perbincangan dalam masa terdekat itu akan dibuat sebelum mencapai suatu ketetapan dalam pelaksanaan gaji minimum baharu.
Selain itu kata Awang, bagi memastikan kadar gaji minimum dipatuhi pihak majikan termasuk masyarakat di luar bandar, kerajaan akan menguatkuasakan Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara [Akta 732].
Katanya, seksyen ini menggariskan, majikan yang tidak membayar gaji pokok sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah gaji minimum kepada pekerjanya, jika disabitkan bersalah, boleh denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja.
“Dalam hal ini, Akta 732 telah memberikan kuasa kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Sabah dan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak untuk menjalankan penguatkuasaan dan penyiasatan berhubung pelaksanaan gaji minimum.
“Aktiviti penguatkuasaan ini bukan sahaja dijalankan kepada pihak industri, malahan ia merangkumi semua majikan swasta di Malaysia termasuk syarikat berkaitan kerajaan. Sehubungan itu, semua majikan swasta dikehendaki mematuhi Perintah Gaji Minimum baharu ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/3/2022
3 comments:
Banyak Melayu geng be end dan pe end ni pemalas dan x cerdik. Harap bantuan.
Arab yg tentukan haji. Jgn banyak cakap ler menteeri x tahu buat keje. Ruu apa cer?
Cakap jer ph taknak buat kerja. Tunggu jer arab tentukan haji. Sedangkan pak arab banyak minta pandangan petugas tabung haji macam mana tetamu dari tabung haji berdisiplin. Tetamu dari negara lain langgar jer peraturan. B end p eng tak cerdik tapi ph lagi tak cerdik sampai aqidah pun gadai sama.
Kerajaan pusat tiru banyak hal dari kerajaan negeri pas. Cuma mereka tak tiru dlm hal tolak rasuah dan salah guna kuasa. Bab rasuah ni pun berleluasa dalam pee hancing. Tak caya tanya eng guan dan presiden parti malaysia. Ayuh malaysia kata pee hancing. Kita lawan rasuah tapi rasuah kuat juga dalam pee hancing.
Post a Comment