Sunday, March 06, 2022

Hati-hati, menyanyi & menari X peduli penjarakan fizikal.

 

Tangkap layar rakaman video tular berkaitan program yang dikatakan mendorong pengunjung kepada ketidakpatuhan SOP. - Foto ihsan pembaca

Polis akan kenal pasti penganjur persembahan pentas

JOHOR BAHRU: Polis Johor akan mengenal pasti penganjur sebuah program yang menyajikan aktiviti persembahan pentas hingga mendorong pengunjung kepada ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata berdasarkan maklumat diperoleh, pihaknya sedang meneliti satu rakaman video tular berkaitan program berkenaan.

Katanya, pihaknya difahamkan video berkenaan mengandungi aksi sekumpulan pengunjung yang berseronok termasuk menyanyi dan menari tanpa mempedulikan penjarakan fizikal mahupun faktor keselamatan.

"Kami tidak menerima laporan rasmi namun berdasarkan maklumat diperoleh, perkara seumpama itu tidak harus berlaku.

"Dalam keadaan seumpama ini (pandemik) jangan wujudkan ketegangan, tak boleh buat pesta dan sudah tentu ia bercanggah dengan SOP.

"Kamarul Zaman berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Johor di sini, hari ini.

Video yang tular malam tadi menunjukkan sekumpulan pengunjung jelajah Program RIUH EK! Keluarga Malaysia di Ayer Hitam, Johor bersuka-ria tanpa menghiraukan SOP dan risiko jangkitan COVID-19.

Program selama tiga hari sehingga Sabtu itu bertujuan memperkasa dan mendukung usahawan kreatif serta pengamal seni tempatan.

Program berkenaan adalah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Program RIUH EK! Keluarga Malaysia itu dijangka diteruskan membabitkan 14 siri jelajah di seluruh negara.

Program berkenaan turut menghimpunkan usahawan kreatif tempatan dan pengamal seni daripada 12 sektor industri kreatif yang merangkumi muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, ciptaan, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif.

Sesi pada Khamis (3 Mac) berlangsung dari jam 2 petang hingga 10 malam, manakala acara pada Jumaat dan Sabtu berlangsung dari jam 11 pagi hingga 9 malam.

Ia dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kelmarin.

Komen Weblog Ibnu HasyimHati-hati, menyanyi dan menari, tak peduli 'penjarakan fizikal'. Ada kaitan PRN Johor?

Siri Analisis PRN Johor

  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails