Friday, March 18, 2022

Imarah masjid menjelang Ramadan. -YDP Agung Melalui Khutbh JAKIM

 

BANGI, 15 Syaaban 1443H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengajak umat Islam memakmurkan masjid dan surau di Wilayah Persekutuan susulan kebenaran pelaksanaan solat tanpa penjarakan bermula 1 April nanti.

Dalam khutbah Jumaat, hari ini Jakim menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda memberi kebenaran merapatkan saf berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Marilah kita sama-sama memanfaatkan peluang mengimarahkan masjid, surau dan istiqamah melaksanakan solat berjemaah di masjid. “Pastinya ia sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu selama ini, selain kita sedang menuju Ramadhan al-Mubarak.

“Justeru, eloklah kita mula melatih diri dengan solat berjemaah di masjid, memperbanyakkan puasa sunat, solat sunat dan amalan-amalan lain yang dianjurkan,” katanya dalam teks khutbah Jumaat, hari ini.

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan untuk terus melakukan kawalan kendiri bagi membendung wabak penyakit COVID-19.

Khutbah turut mengingatkan umat Islam supaya mendapatkan dos penggalak serta menasihati ibu bapa agar memastikan anak-anak mendapat vaksin.

Tindakan berkenaan dijadikan sebagai ikhtiar kerana telah terbukti mengurangkan risiko ke tahap yang lebih bahaya.

“Selain itu, teruslah bermunajat memohon doa kepada Allah SWT terutamanya di bulan Syaaban yang penuh keberkatan ini,” katanya.

Al-hamdulillah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails