Wednesday, March 23, 2022

Kekejaman Zionis ini berselindung pada kuasa veto AS.. -Dr Khamis, HIU Gaza.

 

Komen Dr Khamis HIU Gaza, dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...


Dr Khamis yang juga pakar neuro Hospital Islamic University Gaza, berada di Malaysia atas jemputan Mercy Malaysia - sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi bantuan kemanusiaan di seluruh dunia, termasuk di Palestin, selain bertindak sebagai wakil Mercy Malaysia di negara bergolak berkenaan.

Beliau berharap malapetaka ini segera dihentikan bagi membolehkan masyarakat Islam Palestin dapat hidup dalam aman seperti sebelum kehadiran orang Yahudi yang dibawa masuk oleh Britain sejak 70 tahun lalu.

Beliau melahirkan kekesalan kerana pesakit, terutama kanak-kanak tidak mendapat rawatan sempurna.

"Hak mereka dinafikan untuk mendapatkan rawatan di Gaza sendiri kerana penghantaran ubat-ubatan dan peralatan hospital disekat Zionis.

"Begitu juga bagi mendapatkan rawatan terbaik di Tel Aviv juga terhalang gara-gara ibu bapa atau saudara mara mereka pernah mempunyai rekod menentang Zionis lalu tidak dibenarkan masuk ke Israel," katanya.

Beliau berkata, ketika ini kira-kira 90 peratus kanak-kanak Palestin menderita dengan gangguan stres pascatrauma (PTSD), mimpi buruk, tingkah laku agresif, tersisih dalam masyarakat dan pelbagai penyakit psikologi.

"Rata-rata hati mereka parah selepas melihat ibu, bapa, kakak, abang, jiran dan rakan dibunuh atau dicederakan di depan mata.

"Selain itu, mereka turut mengalami kecederaan fizikal, malah kecacatan jangka panjang, mungkin sepanjang hidup," katanya.

Sementara itu, Ketua Komunikasi dan Kerjasama Strategi Mercy Malaysia, Li Jin memberitahu disebabkan terlalu ramai kanak-kanak Palestin mengalami PTSD, NGO itu membuka pusat psikososial di Hospital Islamic University Gaza dan Dr Khamis sebagai pemegang amanah bagi segala sumbangan rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.

Jika dahulu Semenanjung Gaza berkeluasan 360 kilometer persegi, tetapi dek keganasan askar Israel tanpa perikemanusiaan, menyaksikan saiznya kini tinggal separuh keluasan Singapura.

Penjara terbesar

Penjara Terbuka Terbesar di Dunia Itu Bernama Gaza

Gaza kini menjadi penjara terbuka terbesar di dunia berbanding penjara Abu Ghraib di Iraq atau Guantanamo Bay di Cuba. Jika dahulu warga Palestin bebas ke mana sahaja, tetapi kini terkepung dengan kehadiran tentera Zionis.

Lebih 100 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak ditahan tanpa alasan oleh Zionis dan tidak diketahui akan nasib mereka.

Dr Khamis berkata, beliau bersyukur menjadi antara puluhan ribuan rakyat Palestin yang berjaya keluar dari Gaza.

"Walaupun menyedari pintu sempadan di Rafah hanya dibuka setiap tiga bulan, lebih 30,000 penduduk Palestin berada di situ untuk keluar dari Gaza.

"Malangnya hanya 300 hingga 900 orang dibenarkan untuk tempoh tiga hari ketika dibuka. Namun, sempena Ramadan lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi membenarkan ia dibuka sepanjang bulan mulia berkenaan.

"Bagaimanapun, dengan prosedur ketat dan penuh birokrasi, hanya 200 dibenarkan keluar pada setiap hari untuk visa seminggu," katanya.

Mengenai gencatan senjata sering dicabuli tentera Zionis, beliau berkata, seingatnya tiga kali iaitu pada 2009, 2012 dan 2014.

"Mereka bukan sahaja melepaskan tembakan, malah mengebom kediaman, sekolah dan hospital hingga menyebabkan kerosakan teruk serta kehilangan nyawa.

"Kebiasaannya orang kurang upaya, wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa. Malah, sukarelawan dan pembantu perubatan turut menjadi mangsa tembakan peluru hidup tentera Zionis ini.

"Malangnya, kuasa besar tidak banyak membantu meredakan ketegangan itu kerana kekejaman Zionis ini berselindung pada kuasa veto sekutunya, Amerika Syarikat," katanya.



1 comment:

  1. Agenda menghina Institusi Diraja yang merupakan lambang kedaulatan agama Islam dan negara serta cubaan untuk menghapuskan keistimewaan Melayu Bumiputera di tanah air ini dengan menggesa agar dilonggarkan syarat kewarganegaraan malah secara biadap mendakwa orang Melayu sebagai pendatang, perlu dipandang serius sebagai ancaman kepada negara.

    Manifesto ditolak tepi, rakyat tidak dipedulikan demi untuk mencapai matlamat utama menyebar luas idealogi–idealogi sekular, songsang yang jelas bertentangan dengan Islam seperti liberalisme dan komunisme. Lihat sahaja Himpunan Komunis memperingati Perjanjian Hatyai di Selangor, kemudiannya secara biadap membawa abu mayat peenderhaka komunis Chin Peng serta isu bendera Malaysia 5 bucu.

    ReplyDelete