Sunday, March 20, 2022

“Kenapa saya dilahirkan di Malaysia” -Finalis Ratu Cantik

BILA seseorang itu terpilih untuk menjadi ratu cantik mewakili negara, dia bukan saja menampilkan wajah rupawan buat tatapan ramai, namun kebijaksanaan dan sikap yang mulia juga harus ditampilkan bersama demi membawa nama baik negara. 

Konon ada berpendapat begitu. Pun begitu, tular baru-baru ini mengenai kisah seorang ratu cantik yang juga finalis Miss International Malaysia (MIM) yang katanya telah mengeluarkan posting-posting berbaur rasis hingga mendapat kritikan ramai.

“Tak pernah bangga jadi rakyat Malaysia”

Menurut laporan dari Malay Mail, finalis MIM 2022, Abby Lee mengakui yang dia tidak pernah bangga menjadi rakyat Malaysia dan mempersoal mengapa dia dilahirkan di Malaysia dan bukannya di China.

Kenapa saya dilahirkan di kampung di Malaysia dan bukannya di bandar besar seperti China? Saya suka China dan Jepun,” katanya.

Dalam satu screenshot yang didedahkan pengguna Facebook bernama Hui Yee, Abby juga berkata yang dia menyertai pertandingan kecantikan itu kerana meminatinya dan bukannya kerana cintakan negara ini. Pulak… 

Saya menyertai ini untuk kepentingan saya, bukan kerana saya cintakan negara saya. Mereka yang rapat dengan saya sentiasa tahu bahawa saya langsung tidak mengambil berat tentang negara.

“Saya tidak pernah menganggap diri saya sebagai rakyat Malaysia dan sentiasa mahu berhijrah,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan Abby jelas-jelas mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang mengatakan dia rasis dan biadap. Malah ada juga siap meminta gadis ini untuk keluar dari Malaysia jika dia tidak suka dengan negara ini dan tidak berpuas hati tinggal di sini.

Pun begitu, Abby menerusi satu posting di IG story mendakwa tuduhan yang dilemparkan kepadanya itu adalah palsu semata-mata. Dia juga mengatakan insiden jurugambar mengambil gambarnya dengan kualiti tidak baik semasa pertandingan diadakan menyebabkan emosinya terganggu. Abby juga memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan apa yang berlaku.

Haih macam-macam ye. Harap belajarlah dari kesilapan dan jangan keluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kemarahan orang ramai. Bukan contoh yang baik kalau nak jadi public figure.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Macam ni pun ada, apa komen anda?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails