SRC peroleh injunksi mareva halang Najib pindahkan aset bernilai hingga RM42 juta
KUALA LUMPUR: SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta.
Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Arief Emran Arifin pada satu prosiding dalam talian hari ini selepas membenarkan permohonan SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd yang juga plaintif pertama dan kedua dalam saman SRC ke atas Najib selaku defendan.
Injunksi mareva adalah perintah sementara yang mengekang defendan daripada melupuskan aset sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.
Mahkamah mengarahkan Najib, 68 supaya tidak mengalih, melupus, mengendali atau mengurangkan nilai asetnya di dalam dan di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan akhir saman itu dikeluarkan.
Selain daripada itu mahkamah juga mengarahkan Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan kepada peguam SRC (plaintif) secara bertulis aset beliau di dalam atau di luar Malaysia bernilai sehingga RM42 juta dalam tempoh 30 hari selepas perintah itu diserahkan kepada Najib.
Bekas perdana menteri itu juga dibenarkan mengeluarkan dan membelanjakan wang daripada sebuah akaun bank atau sumber lain tidak melebihi RM100,000 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup dan guaman yang mahkamah ini menyatakan ia adalah termasuk perintah injunksi mareva sementara diperoleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Mohd Arief Emran juga menetapkan pengurusan kes pada 13 Mei depan.
Seorang peguam daripada Tetuan Rosli Dahalan Saravana Partnership yang mewakili SRC ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah itu.
SRC International Sdn Bhd dan Gandingan Mentari Sdn Bhd diwakili peguam M Nagarajah, Syafinaz Vani, Clament Tay, Lisa Yong daripada Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership sementara Muhammad Farhan Shafee dan Thilagan Mehanathan daripada Tetuan Shafee & Co mewakili Najib.
Pada 8 Februari lalu, 1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Limited (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Limited memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Najib daripada melupuskan atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga US$681 juta.
Bagaimanapun pada 18 Februari lalu, Najib memfailkan permohonan untuk mengetepikan injunksi mareva itu. Pendengaran permohonan itu ditetapkan pada 6 Mei depan.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas beliau didapati bersalah menyelewengkan RM42 juta dana SRC. Kes ini dalam peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Padan, pemberi dan penerima rasuah masuk neraka, samada neraka dunia atau neraka di akhirat yang kekal abadi.. Bukan kes Najib sahaja, bahkan geng-gengnya, dan seluruh perasuah-perasuah di dunia.
Asyik citer ajib jer. Citer wak xde ker. Permit bawa pekerja asing dapat juga kat adik beradik wak. Habis, rakyat tempatan ngapa x diasuh jadi pekerja yg berqualiti. Jangan kira akaun masuk pimpinan, jaga sama hak pekerja tempatan terutama yg dah lama nganggur.
ReplyDeleteBudaya satu utk kau, sepuluh utk aku, jadi sebab ramai bumiputera jadi melarat di negara sendiri.
Jangan harap dengan ph. Lagi teruk. Mentaliti zionist. Konon nak hapus rasuah, tapi rasuah kuat juga dlm politik ph.
Seingatnya, kerja 5 hari di kelantan jadi ikutan kat pusat. Cuti beranak ibu dan suami, juga mula kat kelantan. Pusat tiru. Kalau itu x bagus, takkan jadi ikutan. Lebai pas yg mula mula berucap dlm bm di persidangan a/bangsa. PM pula buat garis panduan baru berucap supaya jadi budaya baru pimpinan di arena a/bangsa. Kalau langkah lebai kolot, mana mungkin jadi ikutan. Malah buat anjakan baru. Ayuh kita pikirkan sama sama.
ReplyDelete