Thursday, March 17, 2022

Ketum bukan untuk tujuan X sah seperti ‘cakoroi’ itu..

 

Kedah sedia eksport ketum tujuan perubatan

ALOR SETAR: Kedah bersedia negeri menjadi pengekspot daun ketum secara yang sah ke Thailand bagi tujuan perubatan sekiranya mendapat kebenaran kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kebenaran itu boleh memberi manfaat kepada banyak pihak, di samping membantu pasukan keselamatan mengurangkan tumpuan membanteras penyeludupan daun ketum.

Kata beliau kebenaran itu mungkin memerlukan pindaan akta di parlimen terlebih dahulu.

“Kalau kerajaan Pusat benarkan ia boleh memberi manfaat kepada kerajaan melalui kutipan cukai aktiviti mengeksport daun ketum.

“Cadangan untuk eksport atas tujuan perubatan dan bukannya untuk tujuan yang tidak sah seperti ‘cakoroi’ tu,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam

Beliau juga berkata, selain dibuat pil perubatan, daun ketum di Thailand dijadikan minuman yang boleh diperolehi melalui ‘vending machine’.

Oleh itu katanya kerajaan negeri bersedia melantik mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengendalikan urusan tersebut.

Menurutnya juga kualiti tanah di Kedah antara yang terbaik bagi penanaman ketum bagi tujuan perubatan seperti yang diusahakan Thailand.

Kata beliau juga difahamkan harga daun ketum meningkat sehingga RM150 sekilogram di Thailand berbanding RM30 sekg yang ditawarkan pembekal di Kedah. – HARAKAHDAILY 17/3/2022

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails