Tuesday, March 01, 2022

Lagi Najib, terbitan bon ke 3 1MDB, SU sulit terbabit.

 

1. Setiausaha sulit Najib terbabit dalam terbitan bon ketiga 1MDB

NEW YORK: Bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner, mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Leissner, saksi utama perbicaraan kes rasuah bekas rakan sekerjanya, Roger Ng di New York, Amerika Syarikat (AS), mendedahkan bon berkenaan adalah bagi Projek Catalyze yang bernilai AS$3 bilion (RM12.6 bilion).

Katanya, bon ketiga itu bergantung kepada surat sokongan kerajaan Malaysia dan bukan berdasarkan jaminan International Petroleum Investment Companya (IPIC) seperti mana dua bon pertama iaitu bagi Projek Magnolia dan Projek Maximus.

Leissner berkata dia mengadakan beberapa pertemuan dengan Azlin Alias ​​dan seorang lagi setiausaha sulit bekas perdana menteri itu, Amhari Efendi Nazaruddin selain Kementerian Kewangan dan serta Perbendaharaan untuk mendapatkan surat sokongan itu.

Tambahnya, satu pertemuan turut diadakan bersama Najib di pejabat rasminya di Putrajaya untuk memperoleh surat sokongan yang ditandatanganinya sendiri.

Katanya, suspek utama skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low, memberitahu kepadanya dan Roger Ng bahawa mereka tidak akan menerima sebarang 'imbuhan' seperti mana dua projek pertama.

"Jho Low memberi alasan dana yang dikumpulkan Projek Catalyze perlu digunakan untuk membiayai Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), bagi memberi 'sumbangan' kepada pengundi sebagai 'amalan biasa' di Malaysia.

"Saya tidak tahu ke mana aliran sebenar wang itu atau sama ada ia diterima secara peribadi oleh Najib," katanya.

Leissner juga berkata Azlin juga terbabit selepas itu apabila Goldman Sachs berusaha melupuskan AS$700 juta (RM3 bilion) bon Catalyze yang tidak dapat dijual selepas transaksi Project Catalyze.

Leissner dan Roger Ng turut menghubungi Jho Low bagi mendapatkan bantuannya menjual beberapa bon kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Malaysia seperti Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Difahamkan, salah satu bukti yang dikemukakan dalam kes itu ialah rantaian e-mel dihantar Leissner kepada Roger Ng pada 6 November 2013, yang turut mengandungi e-mel pertama dihantar oleh Jho Low kepada Azlin.

Leissner turut mendedahkan bahawa dia dan Roger Ng masing-masing menerima 'imbuhan' AS$17.5 juta (RM73.4 juta) untuk pembabitan mereka dalam terbitan bon pertama di bawah Projek Magnolia bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion).

Tambahnya lagi, mereka menerima 'imbuhan' untuk bon kedua di bawah Projek Maximus, juga bernilai AS$1.75 bilion (RM7.34 bilion), tetapi dia tidak menyatakan jumlah sebenar yang mereka terima.

Ketika terbabit urus niaga 'skim haram' itu, Leissner mengakui bimbang dengan persepsi negatif media, namun tidak lagi khuatir selepas Najib menang PRU13. - AGENSI


2. Najib antara disenarai individu mahu  disogok Jho Low

NEW YORK: Kos untuk urus niaga dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ialah AS$100 juta (RM420 juta), menurut bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Leissner, 52, yang juga saksi utama kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam kes penyelewengan 1MDB membabitkan bekas rakan sekerjanya, Roger Ng, memberi keterangan itu di mahkamah di Brooklyn, New York.

Leissner memberitahu mengenai perjumpaan dengan Jho Low, yang didakwa mendalangi penyelewengan itu, yang menjelaskan saya perlu disogok bagi mendapat kelulusan untuk mengumpul dan membelanjakan dana berbilion dolar milik 1MDB.

Bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Selatan itu memberi keterangan di mahkamah bahawa dia pernah melihat Jho Low menyiapkan senarai sasaran rakyat Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang perlu mereka rasuah.

Leissner berkata dia berjumpa dengan Jho Low di bahagian Mayfair di London pada 2012 berhubung perjanjian untuk Goldman Sachs mengumpul dana AS$1.75 bilion (RM7.35 bilion) untuk 1MDB, yang memerlukan penjamin luar.

Dalam pertemuan itu, Jho Low didakwa melukis beberapa kotak di atas sekeping kertas, di mana pada satu bahagian adalah senarai pegawai Malaysia dan satu lagi pula senarai pegawai UAE, kata Leissner.

"Jho Low berkata bayaran mestilah sama dan dipercayai atau dianggap sama.

"Dalam fikiran saya, itu bermakna kedua-dua pihak perlu dapat AS$100 juta (RM420 juta)... Saya tidak boleh kata saya terkejut," kata Leissner.

Menurut laporan Bloomberg, Leissner memberi keterangan bahawa senarai itu termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri UAE ketika itu, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan.

Leissner memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jho Low berkata: "sheikh tidak akan bangun dari katilnya dengan bayaran kurang daripada AS$100 juta (RM420 juta)".

Selepas pertemuan itu, menurut Leissner, dia dan pegawai bawahannya Roger Ng bersetuju untuk tidak bercakap mengenai sogokan itu kepada sesiapa di luar mesyuarat berkenaan.

Leissner ialah saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan terhadap Ng, seorang warga Malaysia, yang didakwa melanggar undang-undang anti-rasuah dan pengubahan wang haram ASt.

Pada 2020, Leissner mengaku bersalah atas pertuduhan sama dan didenda AS$44 juta (RM185 juta).

Bon AS$1.75 bilion (RM7.35 bilion) itu dikeluarkan pada 19 Oktober 2012 untuk 1MDB memperoleh aset loji janakuasa dan seperti bon lain yang diperoleh 1MDB, hasil itu dipercayai diselewengkan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, dan kaitan Najib dalam 1MDB serta mahkamh, membuktikn terlibatnya Najib membantu BN/UMNO dalam PRN Johor.


Lihat seterusnya..

7 comments:

Anonymous said...

Ajib ni dulu pun murid nuar. Sama2 dlm pemuda. Tu pasai bohongnya sama ketegak macam nuar. Boleh buat muka innocent.

X payahlah nak sokong malaun ni. Dlm parti 60 tahun, ada sebaris lagi malaun yang kaki rembat.

Anonymous said...

Sempadan tutup opis boy polis tak leh lintas sempadan kah kah kah

Polis tidak dapat melengkapkan kertas siasatan terhadap Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Akhtar Aziz, berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB kerana sempadan antara Malaysia dan Singapura masih ditutup...

Alasan tutup sempadan sukar pulak diterima kah kah kah... ooo budak opis boy pulis bukit aman tak leh lintas sempadan...

Kah kah kah.... kalu DOJ sanun bole plak mintak dng pantas... itu lintas benua Asia dan Eropah lagi kah kah kah..

Nak bagi alasan bio semenggah sket.. tumpoo bebeno yeoppp ...!!

kah kah kah..

Anonymous said...

Teringat cerita p ramlee. Alif Mim Nun Waw - sarkis.

Anonymous said...

Kena bayau 63 billion pulak dahh.. kira PRN Bangsa Johor boleh cair ke kes nih....

Bole jahanam la dengan Sutan Sulu.. kah kah kah...

Kerajaan Malaysia dilaporkan telah diarah membayar sekurang-kurangnya AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris sultan Sulu yang terakhir.

Ini akibat pelanggaran perjanjian 1878 yang ditandatangani oleh Sultan Jamal Al Alam, Baron de Overbeck dan Alfred Dent milik syarikat British Utara Borneo

Malaysia dilaporkan telah berhenti membayar wang pemisahan tahunan RM5,300 kepada waris sultan Sulu sejak 2013 berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu.

Semalam, laman web berita Sepanyol La Información melaporkan bahawa penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa mengarahkan pembayaran itu semasa perbicaraan di mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Menggelarnya sebagai "arbitrasi terbesar di Sepanyol", artikel itu berkata Stampa memutuskan bahawa perjanjian 1878 adalah satu "perjanjian pajakan swasta antarabangsa" komersial.

Sempena PRN Johor ni isu dah tak ade.. kes 1 MDB dah ke laut Sulu... kaut jer lerr kes Sotan Sulu... harap harap pengundi Bangsa Johor cair mengalir berderai derai ayor mata supaya pangkah PN atau PejWang...

kah kah kah kah... kaut yeopp jangan tak kauttt janji ada isu... kah kah kah

Anonymous said...

Satu2 terdedah dr kawan, pegawai kerajaan sampai secretary naik nama di us.

Walaupun nanti klau jib bleh bukti x bersalah. Tapi dia p em paling x cerdik dikelilingi penipu menipu berbillion depan batang hidung sendiri... Lbh malang bersama isteri x takut suami.

Sekali berderet dlm parti terpalit kes menipu


Nama madet x keluar plak kat us... he he

Anonymous said...

Kerja Zety yang khianat bersama Jho Low Bossku seorang yang dipersalahkan..!!

Perilaku agensi dan badan berkuasa terhadap Bossku pada kes 1MDB dan SRC telah menjadi kayu pengukur kepada rakyat Malaysia.

Dengan pembuktian baru, bahawa banyak maklumat serta bukti di sembunyikn dari “defense team” seperti dalam laporan Polis Bossku maka kes boleh menjadi persoalan menghukum tanpa perbicaraan lengkap dengan bukti yang disembunyikan.

Sejumlah RM700 yang masuk kedalam akaun milik keluarga Zeti hanya dapat di serah semula oleh SPRM sebanyak RM65 juta sahaja.

Ke mana baki wang sebanyak RM635 juta itu di salurkan? Adakah masuk kedalam akaun sulit atas nama orang lain di luar negara?

Ada kah orang itu seperti yang ramai syaki ia itu tidak lain dan tidak bukan individu sama yang melantik Zeti ? Tun Mahathir dan pihak musuh mahu pergunakan kes Bossku sebagai alat PRU15.

Maka Kes Keluarga Zeti boleh di jadikan alat kepada BN/UMNO untuk counter kepada Tun Mahathir dan pihak lain, bahawa punggung nya juga gelumang taik dan harus henti berkokok meratib bossku bossku..!!

Ini menjadi ‘precedented’ dan contoh untuk rakyat bertanya bila akaun bank dan harta keluarga Tan Sri Zeti Akhtar akan di ambil Tindakan kerana contoh telah pun ada pada kes Bossku.

'Unsuspecting’ rakyat akan hanyut pada permainan fitnah jijik persepsi dari pihak kerajaan dan fitnah jijik Mahathir konon konon nya ini lah hasil curian .

Namun , setelah 7 PRK dan 2 PRN, verdict hakim rakyat tetap Najib tidak bersalah. Verdict hakim rakyat di PRN Bangsa Johor mengesahkan pula kali ini..!!

Anonymous said...

Khas pada pengundi Kaum Cina PRN Bangsa Johor dan Pasca PRU 15. Kaum Cina pun ditipu oleh kroni Tun Mahathir.

Semasa PH berkuasa Tun kencing lokos kaum Cina dan India. Kali ini anak Taikun Vincent Tan kroni Tun Mahathir mainkan perasaan kaum Cina.

Apabila Khai (bukan nama sebenar) membaca bahawa bekas peguam negara (AG) Tommy Thomas telah mengurangkan pertuduhan memiliki dadah terhadap anak taikun Vincent Tan, dia berasa agak kecewa.

Walaupun dia memahami bahawa peguam negara mempunyai hak prerogatif untuk berbuat demikian, Khai tidak boleh tidak bertanya mengapa abangnya yang masih berusia awal 30-an tidak diberi peluang kedua yang sama untuk hidup.

Abangnya Jay (bukan nama sebenar) sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup. Dia telah ditangkap dengan 1kg ganja ketika berusia 25 tahun.

Seperti anak taikun itu, Jay didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tetapi sementara pertuduhan terhadap anak Tan dikurangkan, Jay dibicarakan, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Hukumannya kemudiannya diubah menjadi penjara seumur hidup.

Kesian kaum Cina pun kena kencing dengan Taikun Bangsa Cina Vincent Tan kroni Tun Mahathir..

Pada kaum Cina kena main dengan Taikun Kaum Cina kroni Tun Mahathir..

Cukup cukup lah kaum Cina undi PH Bersatu PN PKR PAN.. merugikan kaum Cina sendiri...

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails