Wednesday, March 30, 2022

Maaf, Ini, 3 perkara mengenai Kelantan...

 

1. Adun BN puji Kelantan serius atasi bekalan air

KOTA BHARU: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) merakam ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas kesungguhan bagi mengatasi masalah bekalan air di Gua Musang.

Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkata, sebelum ini ada pihak menganggap Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal mengatasi masalah bekalan air terutamanya di Gua Musang.

Katanya, berdasar kepada penjelasan kerajaan negeri pada penggulungan perbahasan hari ini, rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri yang berusaha mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di Gua Musang sekarang,” katanya pada persidangan Dun hari ini.

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, kerajaan negeri merancang membina Loji Rawatan Air (LRA) baharu di Pulau Setelu Gua Musang.

Selain itu menaik taraf LRA di Panggung Lalat yang mampu mengeluarkan 2 juta liter padu sehari.

“Kerajaan negeri juga akan memasang paip agihan air yang melibatkan kos kira-kira RM6.4 juta,” katanya.

Baru-baru ini media melaporkan kerap berlaku terputus bekalan air di kawasan tersebut sejak Januari lepas. Masalah gangguan bekalan air dilaporkan turut melibatkan premis kerajaan termasuk hospital dan pejabat kesihatan daerah.

Media melaporkan gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya kerosakan boost pump di Bandar Utama Gua Musang Fasa 2 yang telah berlaku sejak awal tahun 2021. HARAKAHDAILY 30/3/2022

2. Kelantan: 100 dron perkasa pertanian & saranan. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila lihat tawaran ini..

Menurut BERNAMA semalam, Turki bersedia meneroka bidang kerjasama baharu dengan Malaysia dalam industri pertahanan. Walaupun disebutkan 'industri pertahanan' tetapi ia ada kaitan juga dengan sektor pertanian. 

Presiden Industri Pertahanan Turki (SSB) Prof Ismail Demir berkata ia termasuk platform udara generasi baharu, sistem kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), platform tentera laut dan keselamatan siber.

Katanya, antara lain..

“Syarikat pertahanan Turki telah menjadi pemain global menerusi sistem dan produk tempur mereka. Mereka terbuka bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menjalin hubungan jangka masa panjang, berdasarkan strategi menang-menang, termasuk pertukaran teknologi, pengeluaran dan pemasaran bersama.

“Kami menawarkan model kerjasama terbuka, mesra dan muhibah yang kebanyakan negara tidak tawarkan. Kami bersedia berkongsi pengalaman dengan rakan sejawatan di Malaysia,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Tinjauan Bernama mendapati pavilion Turki memenuhi hampir separuh daripada ruang pameran yang disediakan, selain pavilion Malaysia dan 18 yang lain termasuk dari Amerika Syarikat, India, Jerman, Poland, Switzerland, Perancis, Sepanyol, Thailand dan Austria.

Kelantan, al-hamdulillah

Sebanyak 100 unit dron digunakan bagi memperkasakan lagi sektor pertanian di Kelantan selaras perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0. Aplikasi dron sangat membantu petani yang melibatkan projek pertanian berskala besar, ia dapat membantu petani menjalankan aktiviti pertanian pembajaan meracun dan tabur benih.

Pengunaan teknologi dron dalam sektor pertanian dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan kos serta mengurangkan penggunaan baja dan meracun.

3. Kisah bapa ubah suai bas mini jadi kereta perisai untuk anak. Berkreatiflah.

VAN DAO dan anak lelakinya menaiki kereta perisai kayu di wilayah Bac Ninh semalam. – AFP 

BAC NINH, Vietnam – Seorang bapa di Vietnam meluangkan masa beratus-ratus jam dan membelanjakan wang ribuan dolar untuk menukar sebuah bas mini lama menjadi kereta perisai kayu untuk anak lelakinya.

Setiap hujung minggu, Truong Van Dao memandu kereta perisai kayu itu di sekitar kejiranannya di wilayah Bac Ninh, timur Hanoi bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun di bahagian turet.

Kereta perisai  kayu  itu dibina berdasarkan model kereta perisai Perancis, EBR105 dan lengkap dengan replika meriam sepanjang 2.8 meter. Kos pengubahsuaian tersebut adalah sekitar AS$11,000 (RM46,447).

“Anak lelaki saya dan saya berasa lebih seronok menaiki kereta perisai. Saya menganggap ia sebagai kereta biasa. Saya melakukan pengubahsuaian supaya lebih seronok. Ia tiada kena mengena dengan senjata atau perang,”  kata Van Dao.

Lelaki berusia 33 tahun itu bekerja sebagai tukang kayu. Dia bersama dua rakan sekerjanya mengambil masa tiga bulan untuk menukar bas mini itu menjadi kereta perisai. – AFP

Walaupun Turki bersedia meneroka bidang kerjasama baru dengan Malaysia dalam industri pertahanan,  tetapi ia ada kaitan juga dengan sektor pertanian.  Begitu juga sebaliknya. Fikir-fikirlah secara kreatif! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails