Tuesday, March 15, 2022

Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19?

 

Datuk Onn Hafiz Ghazi - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

JOHOR BAHRU: Bekas EXCO Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin, dipercayai bakal dilantik menjadi Menteri Besar ke-19, menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad.

Desas-desus mengenai pelantikan Onn Hafiz yang kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di kerusi DUN Layang-Layang, semakin kuat apabila Barisan Nasional (BN) berjaya meraih kemenangan lebih dua pertiga pada PRN Johor.

Menurut sumber BN, ura-ura Onn Hafiz mahu diangkat menjadi Menteri Besar Johor sudah mula kedengaran sejak menjelang PRN Johor lagi.

"Namun ia reda sebentar di sebalik kebimbangan sesetengah pemimpin BN ketika kempen, sama ada parti mampu memenangi kerusi mencukupi bagi menubuhkan kerajaan negeri, berikutan kempen Perikatan Nasional (PN) yang sangat agresif.

"Bagaimanapun, apabila BN akhirnya berjaya dengan kejayaan cemerlang meraih 40 kerusi, khabar angin itu (Onn Hafiz jadi MB) bertiup kencang semula dan semakin kuat hari ini.

"Melihat situasi semasa yang menyaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dititah menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan kenyataan terbaharu Datuk Seri Hasni, seolah-olah sudah ada kompromi untuk memberi laluan kepada Onn Hafiz dilantik sebagai Menteri Besar ke-19," katanya kepada BH.

Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor

61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/...  62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b...  63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.  64. Amat biadap. Laungkan 'Bubar Parlimen' kepada PM.....  65. Lepas Mengadap Sultan Johor petang tadi, Zahid 'ku...  66. Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19?

1 comment:

Anonymous said...

Anak saudara hishamudin tun hussein.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails