Friday, March 18, 2022

PAS, NGO, bantu peniaga kecil bangkit semula.. Ini X DAP?

 


1. PAS, NGO bantu peniaga nasi lemak, burger bangkit semula

TEMERLOH: Nasib peniaga nasi lemak, Norsamsi Amirudin yang gerainya musnah dalam kejadian banjir hujung tahun lalu telah mendapat simpati dan bantuan keprihatinan daripada PAS Kawasan Temerloh.

Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus telah menyampaikan sumbangan kebajikan berupa sebuah kiosk bagi membolehkan Norsamsi kembali berniaga setelah terhenti kerana ketiadaan modal akibat bencana tersebut.

Hasil bantuan tersebut kini, para pelanggan dalam kalangan penduduk setempat dapat kembali menikmati menu nasi lemak dan kuih muih diusahakan Norsamsi di Pekan Lanchang, di sini setiap pagi.

Kata Norsamsi, beliau melahirkan rasa syukur atas sumbangan itu dan merasa tidak mampu membalas budi pihak PAS Temerloh yang membolehkan perniagaan kecilnya itu kembali bernafas setelah diuji musibah banjir.

Md Jusoh dalam pada itu memberitahu, PAS Temerloh sentiasa mementingkan kebajikan penduduk akan sentiasa sedia membantu kepada golongan memerlukan semampu yang terdaya hasil sokongan ahli-ahli PAS.

“Mudah-mudahan dengan sedikit bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan ditanggung mereka yang memerlukan,” ujarnya turut merakam penghargaan kepada para dermawan.

Turut dibantu adalah peniaga burger, Che Yusof Abd Hamid yang setelah tidak dapat melangsungkan perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), terjejas pula akibat banjir besar yang melanda.

Sehubungan itu, PAS Temerloh bersama Surau Al-Ikhlas Ukay Perdana telah mengusahakan pembinaan kiosk secara gotong-royong bagi disumbangkan kepada Che Yusof agar dapat berniaga semula.

Md Jusoh memberitahu, keperluan itu dapat dipenuhi hasil kerjasama dan sumbangan NGO serta pelbagai pihak di man sudi membantu Che Yusof untuk kembali meneruskan perniagaannya tersebut. – HARAKAHDAILY 17/2/2022

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails