BAGAN SERAI: Tidak berbangkit isu PAS mengorbankan logo parti itu dalam PRN Johor kerana penyertaannya adalah sebagai Perikatan Nasional (PN) dalam gabungan bersama BERSATU dan GERAKAN.
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria malah menegaskan, keutamaan PAS bukanlah memperjuangkan logo, sebaliknya dasar dan prinsip parti itu untuk kepentingan agama, negara dan rakyat.
Bahkan jelas beliau, penggunaan logo PN bersama parti rakan gabungan adalah kesepakatan sama seperti yang diaplikasikan parti-parti dalam koalisi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Beliau ditemui media selepas sumbangan ‘Back to School’ kepada 180 murid terpilih dalam DUN Gunung Semanggol di Dewan Orang Ramai Semanggol, di sini semalam.
Diminta menyentuh mengenai tindakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memohon pemberhentian daripada PAS, Razman menegaskan bahawa PAS bukan perjuangan individu.
Beliau turut mengulangi pendirian PAS sebagaimana dinyatakan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa parti ini berprinsip dan menghasratkan penyatuan ummah serta rakyat majmuk negara ini.
“Tetapi kita menolak kleptokrat dan pihak yang melampau atau ekstrem. (Baik dalam kalangan) Parti-parti politik, NGO, NGI atau individu. Bagi PAS, kita terang-terang tidak mahu DAP sebab dia dalam tempoh ini terlampau ekstrem.
“Walaupun dia nampak multi-racial, tapi dia ekstrem. Sebab itu kita boleh duduk dengan GERAKAN dan MCA (yang tidak ekstrem),” ujarnya sambil menjelaskan hal tersebut tertakluk kepada keputusan PAS Pusat.
“Kita tengok logo dacing (BN), itu bukan parti. Tapi dacing itu (logo) kumpulan dipanggil BN. Dalam BN itu ada Umno, MCA dan MIC ada logo masing-masing.
“Begitu juga PH, bukan parti, tapi gabungan beberapa parti. Masing-masing parti itu mengekalkan logo dia. PAN ada logo dia, DAP dengan roket dia, PKR dengan mata dia.
“Macam itulah PN, digunakan oleh gabung tiga parti. PAS logonya bulan, BERSATU dengan bunga raya dan GERAKAN. Tetapi kita bertanding pilihan raya guna logo kesepakatan gabungan,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2022
Dolu dolu DoJ,WSJ la ni FBI pulak dah... KGB haahh sila masokkkk..!!
ReplyDeleteAmerika Syarikat umum kadar inflasi negara itu naik ke 7.5% - kadar paling tinggi sejak 40 tahun lalu.
Ini berikutan United Kingdom juga catat inflasi tertinggi sejak 30 tahun lalu.
https://youtu.be/9VNH2-QmE7I Skid Row make USA great again..!?
USA dan UK takde UMNO mahupun BN dan tak ada Bossku. Jadi, tak perlulah pihak sebelah sana nak buat propaganda bahawa harga akan naik bawah UMNO dan BN.
https://youtu.be/j73cjA1IcJw
Kenapa inflasi dunia tiba-tiba naik bukan susah untuk faham.
https://youtu.be/vXeZVFidWRo
Lockdown yang dibuat seluruh dunia pada tahun 2020 dan 2021 telah halang pengeluaran bagi semua jenis komoditi.
Akibatnya, stok bekalan dan stok turun.
Apabila aktiviti ekonomi dibuka semula dan pengguna berebut-rebut membeli semula maka permintaan naik mencanak.
Permintaan yang naik mencanak pada ketika stok sudah kurang menyebabkan harga barang naik dan inflasi mencanak.
Ini adalah dasar asas ekonomi. Mungkin kalau ditanya Anwar Ibrahim dan Mat Sabun sukar nak memahami inflasi ini..!!
Sebab itu, perkara ini sejak tahun lepas dan telah beberapa kali memberi amaran pada kerajaan bahawa inflasi akan menjadi masalah besar dan langkah-langkah serta dasar-dasar proaktif berlu dilaskanakan bagi meredakan tekanan dan menstabilkan harga bagi jangka masa pendek - terutamanya bagi inflasi makanan.
"Jun 2021: Bossku jangka inflasi jadi masalah besar pada bulan mendatang"
https://www.sinarharian.com.my/article/142403/BERITA/Nasional/Najib-jangka-inflasi-jadi-masalah-besar-pada-bulan-mendatang
Langkah-langkah ini juga tidak boleh "short-sighted" dan bukan langkah mudah seperti mengenakan harga kawalan sahaja tanpa menyelesaikan masalah asas sehingga menyebabkan bekalan terganggu dan berkurangan.
"Kawal harga tak selesai masalah, kata Bossku susulan harga ayam, telur naik"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/22/kawal-harga-tak-selesai-masalah-kata-najib-susulan-harga-ayam-telur-naik/
Walaupun kadar inflasi dan tekanan harga adalah masalah seluruh dunia, ini tidak bermakna kerajaan tidak boleh cari langkah kreatif bagi mengurangkan tekanan bagi ekonomi tempatan.
WSJ kata Malaysia negara korup link bawah ini negara mana yang korup kehidupan mereka
This is United State of America..link woww terbaek make USA great again (wajib tonton)
https://youtu.be/yRWmKh13b50
link atas ni haah.
Human right sangat lah kann..! Tak payah nak gebang inflasi di USA dan United Kingdom lebih teruk berbanding Malaysia.
https://youtu.be/ZE48c4QeUSw see link..!!