Monday, March 07, 2022

Pelukan Angkasa ungguli AJL36. Mana hiburan bersyariah?

 

Keampuhan vokal Aina ketika mendendangkan lagu ciptaan sendiri, Sepi melayakkan dirinya meraih trofi Vokal Terbaik pada AJL36, malam tadi. Foto NSTP Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin yang dipersembahkan kumpulan SOG dan Shila Amzah diumum juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi.

Kumpulan SOG dan Shila melakar sejarah apabila diumum juara AJL36 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, WTCKL di ibu negara, malam tadi. Foto NSTP Aziah Azmee

SOG dan Shila membawa pulang trofi AJL bersalut emas yang kali pertama diperkenalkan serta wang tunai RM100,000.

Naib juara menjadi milik mutlak lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim yang dinyanyikan Marsha Milan. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.

Selain trofi naib juara, lagu Cinta diumum pemenang kategori Persembahan Terbaik dengan hadiah trofi, wang tunai RM18,000 serta ganjaran sumbangan penaja, NOIR Beauty Essence.

Lagu Mimpi ciptaan Haqiem Rusli dan Datuk A Aida diumum pemenang tempat ketiga. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM30,000.

Sementara itu, keampuhan vokal Aina Abdul ketika mendendangkan lagu ciptaan sendiri, Sepi melayakkan dirinya meraih trofi Vokal Terbaik. Aina menerima trofi dan dan wang tunai RM12,000.

Tambah manis, Aina berkongsi kemenangan bersama Khai Bahar menerusi lagu duet Nafas Cinta. Mereka diumumkan pemenang kategori Anugerah Penyanyi Popular AJL tajaan jenama telefon bimbit OPPO. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000.

Lagu lain yang turut memberikan persaingan pada AJL36 adalah Boneka dendangan Ernie Zakri; Purnama (Naim Daniel); Intan Payung (Bunga dan Noraniza Idris); Salahku (Yonnyboii); AEWO (Shiha Zikir dan Noki); Lara (Haqiem, Naim Daniel dan Hael Husaini) dan Angkara (Siti Nordiana).

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional diketuai Datuk Mokhzani. Juri lain adalah Datuk Habsah Hassan, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Edrie Hashim, Helen Yap, LY, Altimet dan Faizal Tahir.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah 85 peratus diadili terlebih awal iaitu daripada segi melodi, lirik, vokal, produksi dan susunan dalam rakaman.

Baki 15 peratus adalah melalui persembahan dan vokal termasuk susunan muzik secara langsung pada malam kemuncak.

AJL36 yang disiarkan dalam norma baharu dengan mengehadkan 200 penonton, menyaksikan gandingan Alif Satar dan Nabila Huda sebagai pengacara.

Karpet Merah AJL36 pula dihoskan Sissy Imann dan Sean Lee yang disiarkan TV9 dan YouTube TV3 Malaysia.

Malam kemuncak AJL36 turut diserikan dengan persembahan Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat, kumpulan Cassia serta gandingan otai rock, Wings diketuai Datuk Awie.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diumumkan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, malam tadi.

Bila agaknya akan berlaku 'hiburan menurut syariah' di negara ini, sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, 'Islam adalah agama bagi Persekutuan' seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu kini?

Apakah umat Islam di negara ini perlu menghukum kerajaan ini dalam PRU 15 akan datang? Fikir-fikirlah  ke arah hiburan menurut Islam.. 

Siri Analisis PRN Johor

  

6 comments:

Anonymous said...

POSTER yang mendakwa wujud tekanan daripada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Azis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah palsu.

Hari ini tersebar poster yang mendakwa Zeti menggugut akan membongkar kesalahan Muhyiddin, jika terus membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Zeti dan suaminya.

## JIKA PARTI 60 TAHUN PERINTAH, BANYAK FAIL HILANG. KES TUTUP. CUKUP SUDAH ##

Anonymous said...

22 tahun 22 bulan itu lah file banyak hilang... si mangkok antik dan kroni nya punya angkara...

Sekarang mangkok antik dan sisa sisa kaca lama dah beramboss

Anonymous said...

PRN Bangsa Johor wahai Bangsa Johor Gunalah akal untuk berfikir...!!!

Siapa Curi Duit 1MDB Yang DiKembalikan Di Zaman Tun M , LGE dan Abah Berekuasa?

Setelah 1MDB dilaporkan mendapat bermacam macam pulangan dari pelbagai pihak antaranya Goldman Sach , Ambank , dan Keluarga Zeti, dan penjualan kapal Jh Lo , hutang 1MDB tidak susut walau satu sen pun dalam 4 tahun.

Kemana pergi semua wang itu?

Siapa rembat wang yang dipulangkan itu..!?

Siapa yang mengambilnya?

Kemana pergi semua wang itu?

Semenjak BN tumbang, PH dan PN yang uruskan semua itu.

Kami rakyat sedia menunggu jawapan.

Persoalan tersangat mudah , kemana pergi wang yang didapati semula dari kes 1MDB.

Mari kita bual secara laymen disini dan jangan main ayat ayat “jargon” atau ayat ayat bombastik untuk kelirukan marhaen yang sering kena tipu dengan Pakatan Harapan.

Suka sangat bermain isu 1MDB tapi hanya main separuh cerita sahaja , sebab terikut ikut sangat cara si penyamun sebenar yang merekayasa kisah 1MDB.

Najib tidak berkuasa selepas Jun 2018 atau mudahnya selepas PRU14.

Yang berkuasa dua makhluk ini , Tun Mahathir dan Lim Guan Eng(ex MoF) semasa PH berkuasa 22 bulan...!!

Atau mungkin seorang sahaja dari mereka kerana seorang lagi dipegang lehernya atas sebab ada banyak maklumat tentang akaun akaun proksi nya di Singapura.

Pendekkan cerita kemanakah kesemua wang yang didapati semula dari pembayar denda dan saman yang PH tidak dakwa.

Antara yang PH tidak dakwa adalah suami Zeti Akhtar dan Jho Lo.

PH dan Tun M juga telah menjual kapal mewah Jho Lo sebanyak harga dibawah ini kepada kroninya Genting.

Maka jika dicampur ditolak tidak masuk akal jika hutang 1MDB masih sama dan tidak susut , jika kapal mewah dijual pun sekurang kurang setengah bilion sudah susut..!!

Kami rakyat sedang menunggu jawapan..!!

Anonymous said...

Jom sokong pas dan bersatu. Left parti 60 tahun. Parti retorik. Pelingkop. Janji tapi mungkir. Parti kroni, rakyat ditipu dengan janji. Jangan benarkan kes ditutup. Pastikan kes terus dibawa ke keadilan. Rasuah berleluasa hingga presiden pun ada 87 kes. Jangan tertipu lagi dengan parti 60 tahun.

Anonymous said...

Jom pn 2/3 majoriti. Tolak parti 60 tahun 22 bulan. Pastikan fail tak tutup. Tolak retorik 60 tahun, tolak fitnah 22 bulan. Undi parti yg bersih dan bebas rasuah supaya malaysia bangun sebagai negara yang bersih dan bebas rasuah.

Anonymous said...

Atok dari parti kris. Abam dari parti kris. Ajib dari parti kris. Wak dari parti kris. Boboi dari parti kris. Jemin dari parti kris. Parti kris lahirkan pemimpin yang bermasalah dan rasuah. Bolehkah pelapis dalam parti kris diyakini tidak rasuah.

Beza dengan parti bulan. Sejak tok nik jadi mb, tiada rasuah dan always bersih. Pengganti juga bersih. Bolehkan pelapis dalam parti bulan diyakini bersih.

Jom kita berubah. Pilih parti yang bersih. Semoga rakyat perolehi nikmat bersih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails