Pua, Kian Ming gagal dapat tempat pada pemilihan CEC DAP
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang sebelum ini menyokong kerjasama politik dengan kerajaan Muhyiddin Yassin tahun lalu, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) pada pemilihan parti itu hari ini.
Pua, yang juga Ketua Publisiti Kebangsaan DAP, memperoleh 744 undi manakala Ong, yang juga Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, memperoleh 535. Mereka ketinggalan jauh di belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Jannie Lasimbang yang mendapat tempat apabila menduduki tempat ke-30 dengan 877 undi.
Gandingan itu mendapat kritikan hebat tahun lalu selepas mencadangkan Pakatan Harapan (PH) perlu melihat rangka kerja yang dicadangkan untuk kerjasama politik dua parti yang dikemukakan Muhyiddin yang ketika itu menjadi Perdana Menteri, beberapa hari sebelum beliau meletak jawatan pada Ogos.
Dua lagi Ahli Parlimen yang turut gagal tersenarai dalam CEC ialah Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ketua Wanita yang juga ADUN Padang Lalang, Chong Eng.
Mereka yang pertama kali menduduki kerusi CEC ialah ADUN Ketari, Young Syefura Othman, yang juga satu-satunya calon Melayu yang dipilih untuk CEC dan Lim Hui Ying, anak perempuan kepada mentor DAP, Lim Kit Siang yang juga adik kepada Lim Guan Eng.
Guan Eng, yang meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung, juga tersenarai dalam CEC dan kemudiannya dipilih sebagai pengerusi parti.
Seramai 4,149 perwakilan mengundi melibatkan 93 calon bertanding bagi merebut 30 tempat dalam CEC iaitu badan pembuat keputusan tertinggi parti.
Gobind, Chow, Loke berada dalam senarai teratas
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mendapat undian tertinggi iaitu 1,782, diikuti Ketua DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (1,641) dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Loke Siew Fook (1,625 undi).
Loke kemudian dipilih oleh jawatankuasa sebagai Setiausaha Agung DAP. Seramai sembilan wanita juga dipilih ke CEC selaras dengan peruntukan perlembagaan yang memperuntukkan kuota 30% untuk wanita dalam jawatankuasa itu.
Mereka ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Hannah Yeoh (Segambut), Teo Nie Ching (Kulai), Kasthuri Patto (Batu Kawan), Wong Shu Qi (Kluang), Alice Lau (Lanang), Young Syefura, ADUN Kapayan, Jannie dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying.
Kok, Teo dan Lasimbang sebelum ini menjadi CEC manakala Yeo dan Chong Eng gagal mempertahankan kedudukan mereka. FMT
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Imbas kembali Ronnie Liu kecam Tony Pua, Ong.
Kecondongan pendirian Pua, Ong kepada PM mencurigakan, kata Ronnie Liu.
Tindakan dua pemimpin DAP yang dilihat condong kepada tawaran kerjasama rentas kepartian Muhyiddin Yassin sangat mencurigakan, kata seorang pemimpin kanan DAP.
Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan Ronnie Liu berkata, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming seharusnya sedar mereka adalah pemimpin parti kebangsaan dan bukan setakat wakil rakyat biasa.
Katanya, kenyataan mereka menimbulkan kemarahan rakyat yang majoritinya kecewa dengan kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional (PN), terutamanya dalam mengurus wabak Covid-19.
Menurut Liu, yang juga ADUN Sungai Pelek, tindakan dua pemimpin DAP itu seolah-olah memberi talian hayat kepada Muhyiddin untuk terus berkuasa dan ini akan menyebabkan rakyat terus sengsara.
“Kenyataan mereka menimbulkan kecurigaan kerana dibuat walaupun Pakatan Harapan (PH) membuat pendirian menolak tawaran Muhyiddin.
“Mereka perlu tarik balik, jika tidak, akan timbul tanggapan wujud ‘tangan ghaib’ di belakang mereka, ada sesuatu yang bersifat tidak ‘semulajadi’ dan tidak betul sedang berlaku,” katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, Pua dan Ong dilaporkan meminta pihak pembangkang mempertimbangkan kerjasama rentas parti seperti dicadangkan oleh Muhyiddin yang kini berdepan tekanan untuk mempertahankan jawatannya sebagai perdana menteri.
Pua menyenaraikan tiga alasan, iaitu mengekang pergelutan politik yang “membunuh” sektor kesihatan dan ekonomi negara, selain berpotensi menghalang Ahli Parlimen Umno “kleptokrat” dilantik perdana menteri.
Tawaran Muhyiddin itu juga, katanya, boleh mengelak pilihan raya umum (PRU) diadakan ketika wabak Covid-19. Ong pula mencadangkan pihak pembangkang duduk semeja dengan semua parti politik untuk membincangkan tawaran Muhyiddin itu.
Bagaimanapun, beliau berkata dirinya tidak akan ingkar dengan pendirian rasmi DAP berhubung isu itu.
Dalam perutusan khasnya, Muhyiddin menawarkan tujuh perkara kepada pembangkang dan Umno, termasuk mengadakan PRU selewat-lewatnya Julai depan, peruntukan sama rata buat semua Ahli Parlimen dan melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi, jika mereka bersetuju menyokongnya dalam usul undi percaya di Parlimen bulan depan.
Mengulas lanjut, Liu turut mempertikaikan dakwaan Pua bahawa negara akan terjejas teruk jika wakil Umno tertentu dilantik menjadi perdana menteri, sekiranya Muhyiddin dan kerajaan PN jatuh.
“Siapa cakap Agong akan lantik kleptokrat jika Muhyiddin letak jawatan? Macam mana beliau boleh buat kesimpulan mesti kleptokrat (yang) ambil alih?
“Beliau (Pua) cakap seolah-olah dalam kerajaan sekarang tiada kleptokrat. Kamu mahu tipu siapa?”
Liu turut hairan dengan tindakan Pua ketika ini yang sering menghentam Umno dan membuat kenyataan memihak kepada Muhyiddin.
“Beliau minta kita terima Muhyiddin, lepas itu hentam Umno bertubi-tubi. Umno bukan musuh politik kita sekarang, nampak beliau memihak kepada Muhyiddin sehingga timbul rasa curiga terhadapnya,” kata Liu. FMT
Kesimpulan:
Melihat pemilihan CEC DAP, tiada agenda perjuangan untuk orang Melayu dan Islam di negara ini. Yang ada ialah sekadar orang Melayu menjadi barua dan tukang angguk, membenarkan apa yang dilakukan oleh pemuka-pemuka Cina demi perjuangan perkauman lanjutan komunis bintang 3 sebelumnya.
Sedarlah dan kembalilah kepada Islam yang tidak perkauman, tidak kira bangsa, Melayu, Cina, India atau lain-lain.
Itu saja.
4 comments:
DAP ni kome malas bak baca sebab dah tak ada dlm kamus kome....
Pak Aji tolong tulis sikit pasal at-takiri dgn presiden....apa citer sampai keluar parti....
Ada juga bumi yg jadi alat parti legasi komunis. Kat amerika dan eropah, islam paling pesat berkembang. Mereka jumpa hidup sebagai islam lebih bermakna. Kosong jiwa masa jadi non muslim. Hidup biarlah memberi makna. Sampai nak mati umur dah banyak, masih tercari cari apa erti hidup.
Pendedahan harakahdaily
https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/01/ronnie-liu-kaduk-naik-junjung-yang-cukup-bahaya/
Hanya pengkhianat Melayu @ puak munafiqun bersekongkol dengan puak kafir harbi roket yang menyokong dan mendewa-dewakan pengganas komunis PKM yang telah menghina Islam, merompak dan memusnahkan harta bend, rumah, surau dan kampung Melayu dan menindas, menzalimi dan membunuh ramai orang Melayu Islam.
Post a Comment