Thursday, March 10, 2022

Peneroka terhutang budi pengorbanan Muhyiddin

 

MUAR: Perikatan Nasional (PN) menawarkan insentif kepada anak muda termasuk kursus kemahiran dalam sektor keusahawanan.

Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani, Ahmad Nawfal Mahfodz berkata, kursus tersebut berkaitan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) dan latihan kemahiran.

Selain itu berkaitan dengan modal insan bagi membangunkan jati diri anak-anak muda.

“PN tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu yang menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi tanpa mengambil kira kemampuan melaksanaka janji tersebut,” katanya di sini.

Baru-baru ini Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Ikrar PN Untuk Johor, dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

Ikrar itu merangkumi lapan tunjang utama iaitu kepemimpinan berintegriti dan bebas, keutuhan ekonomi Johor, keutamaan tangani kos sara hidup, keprihatinan kepada rakyat.

Selain itu kesejahteraan sosial, kecekapan infrastruktur, merancakkan sektor pelancongan dan kelestarian alam sekitar.

Ahmad Nawfal yang juta Ketua Pemuda PAS Johor berkata, apa yang dibentangkan PN menzahirkan sebuah ikrar untuk rakyat negeri itu.

Menurutnya juga pengundi sekarang bijak menilai mana-mana parti yang mampu menunaikan janji.

Malah kata beliau semua orang tahu jasa Kerajaan Perikatan Nasional yang melupuskan 80 peratus hutang peneroka Felda sehingga diterima baik golongan terbabit.

“Peneroka terhutang budi terhadap pengorbanan Tan Sri Muhyiddin, selepas berpuluh tahun tahun mereka memperjuangkan isu tersebut,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/3/2022

Siri Analisis PRN Johor

  


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails