Tuesday, March 08, 2022

Perang Rusia-NATO, rakyat Islam jadi mangsa.

 

ANTARA penghijrah Islam Ukraine yang mendapatkan perlindungan di Pusat Islam MCM di Skalnicowa, Warsaw, Poland.

Kuala Lumpur: "Penganut Islam adalah golongan minoriti sama ada di Ukraine mahupun di Poland. Jadi susah untuk kami mendapatkan sumbangan untuk pelarian perang ini. Oleh itu kami perlukan bantuan rakyat Malaysia."

Itu rayuan wakil Muslim Care Malaysia (MCM) di Poland, Amin Lukasz selaku pengurus Pusat Islam MCM di Skalnicowa, Warsaw, Poland, yang kini menjadi pusat perlindungan sementara untuk pelarian perang dari negara jiran, Ukraine.

Amin berkata, setakat ini 38 pelarian dari Ukraine diberi perlindungan sementara di Pusat Islam MCM, namun lapan daripada mereka sudah ke tempat lain dan hanya 30 yang masih berada di situ.

"Daripada jumlah itu, 19 kanak-kanak dan lapan pelarian wanita termasuk dua ibu tunggal.

"Sebahagian besar daripada mereka bukan penduduk asal Ukraine tetapi warga Kirgistan, Uzbekistan dan Pakistan yang bekerja dan belajar di Ukraine," katanya semalam.

Menurutnya, Pusat Islam MCM hanya mampu memuatkan kira-kira 30 orang pada suatu masa dan hanya berperanan sebagai pusat transit kepada pelarian.

Sejak tentera Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu, ramai penduduk Ukraine meninggalkan negara itu untuk mencari perlindungan di negara jiran terutama Poland dan Romania.

Pada masa ini tidak lebih 100,000 orang bersesak-sesak di bandar Medyka, kira-kira 300 kilometer dari Warsaw, yang menjadi pintu masuk utama dari Ukraine ke Poland.

"Pihak berkuasa Poland hanya menerima individu yang memiliki pasport perjalanan yang sah dan bermula Sabtu lalu (26 Februari) kami mula menerima kehadiran pelarian beragama Islam dari Ukraine.

"Dengan ratusan ribu yang kini berada di sempadan, kami menjangkakan lebih ramai yang akan datang ke Pusat Islam MCM.

"Sebab itulah kami perlu bersedia, namun kami kekurangan dana dan amat memerlukan sumbangan orang ramai," kata Amin ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, Pusat Islam MCM menyediakan tempat tidur, makanan, ruang solat dan peralatan untuk membersihkan diri kepada pelarian Ukraine.

"Sekarang masih musim sejuk dan alat pemanas bilik masih diperlukan. Jadi, kos pengurusan agak mahal kerana pada masa sama kami juga perlu membayar bil untuk bekalan gas memasak dan khidmat pembentungan yang berharga RM300 setiap minggu.

"Jika lebih ramai pelarian Ukraine yang datang berlindung di tempat kami, sudah tentu kos operasi akan meningkat," katanya.

Menurutnya,sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank MCM (564490413882) dan hantarkan slip sumbangan ke talian hotline MCM 011-50050035

Pusat Islam MCM mula beroperasi sejak 2016 dan diwujudkan untuk membantu pelarian Chechen di sekitar Warsaw. Pada masa ini, ia turut digunakan untuk penduduk Islam menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Pada setiap kali Ramadan, pusat itu aktif menjalankan pelbagai kegiatan untuk penduduk Islam setempat termasuk iftar, solat tarawih dan tadarus setiap hari.

Amin yang juga pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, Sakinah yang berpusat di Warsaw berkata, dana juga diperlukan untuk pihaknya memberi bantuan kepada ribuan pelarian yang kini tinggal di dalam khemah dan bangunan awam di sempadan Ukraine-Poland. (Mac 2, 2022 )

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam di Ukraine. Islam adalah agama kedua terbesar di Ukraine pada 2006 , mewakili 0.6%–0.9% daripada populasi. Agama ini mempunyai sejarah yang panjang di Ukraine sejak penubuhan Crimean Khanate pada abad ke-15.

Sunni Islam daripada Hanafi sekolah agama bukan Kristian yang terbesar di Ukraine, dan majoriti Ukraine Islam adalah Crimean Tatar . Lain bangsa Turkic asli ke Ukraine, kebanyakannya dijumpai di Selatan dan tenggara Ukraine, mengamalkan lain-lain bentuk Islam. Ini termasuk Volga Tatar , Azeri , kumpulan etnik Kaukasia Utara dan Uzbekistan . 

Pada tahun 2012 dianggarkan 500,000 orang Islam tinggal di Ukraine, termasuk 300,000 orang Tatar Crimea. Pada Februari 2016 Said Ismagilov , mufti Ummah, dikira satu juta orang Islam di Ukraine. Walaupun tidak ada struktur pemerintahan umum untuk umat Islam di Ukraine, komuniti mono-etnik di wilayah berbilang etnik dilayan oleh institusi etnik mereka dan disokong oleh rakan antarabangsa mereka. 

Institusi Islam utama yang menyokong komuniti terdapat di KyivCrimea,Simferopol  dan DonetskKomuniti Salafi bebas juga terdapat di Kyiv dan Crimea, serta komuniti Syiah di Kyiv, Kharkiv  dan  Luhansk.  Walaupun etnik Ukraine kebanyakannya  Kristian Ortodoks dan Yunani Katolik , orang Islam telah tinggal di wilayah yang membentuk Ukraine moden selama berabad-abad. 

Penempatan orang Islam tertumpu di bahagian selatan negara itu, khususnya di Crimea, walaupun terdapat jajahan Tatar Lipka di wilayah lain seperti Volhynia dan Podolia .

Sejarah Islam di Ukraine dikaitkan dengan Tatar Crimea, keturunan orang Turki dan bukan Turki yang berbahasa Turki yang telah menetap di Eropah Timur seawal abad ke-7. Mereka menubuhkan Crimean Khanate di selatan Ukraine pada abad ke-15. 

Khanate tidak lama kemudian kehilangan kedaulatannya dan jatuh di bawah pengaruh Empayar Uthmaniyyah , walaupun pemerintah tempatannya mengekalkan tahap autonomi yang ketara. Dari abad ke-15 hingga abad ke-18, Tatar Crimea sering menyerbu tanah Slavik Timur untuk menawan penduduk mereka, memperhambakan kira-kira tiga juta orang, kebanyakannya orang Ukraine. 

Khanate berakhir selepas pengaruh Rusia yang semakin meningkat membawa kepada pengilhakannya ke dalam Empayar Rusia   selepas  Perang Rusia-Turki pada akhir abad ke-18.

Tatar Crimea adalah Sunni , dan mufti mereka  dianggap sebagai tokoh agama tertinggi.  Masyarakat Tatar diketuai dan diwakili oleh  imam  tempatan.. (IH)


5 comments:

  1. Rusia mempunyai penduduk Islam terbesar di Eropah; dan pada tahun 2017 umat Islam di Rusia berjumlah 14 juta atau kira-kira 10% daripada jumlah penduduk.

    ReplyDelete
  2. Perangai Tun dan Lim Kit Siang serupa saja. Lingkupkan Boboi dan Lingkupkan Lim Guan Eng maka melingkup lah kedua dua legasi tak guna ini..!!

    Hal saksi utama kes rasuah Terowong anak sendiri yang mati terjun bangunan, Lim Kit Sang tidak ulas, tapi sibuk hal dalam kain Datuk Seri Najib Razak.

    Begitu juga kes BMf Syuhada Jalil Ibrahim juruaudit negara mati dibunuh di Hong Kong sampai sekarang pembunuh nya bebas... siapa arah bunuh..!? Mungkin pembunuhnya dah kaya raya 10 keturunan..!?

    Ini kali kedua saksi rasuah DAP mati terjun bangunan. Kemudian berkenaan kes Kleptokrat Zeti , Sama macam Mahathir maka Lim Kit Siang pun tidak ulas dan komen , tapi sibuk zikir dan ratib nama Najib. Najib , Najib.

    Maka apalagi, DSNR pun smash batang hidung Lim Kit Siang “kaw kaw”.

    Warga bukan melayu terutama nya kaum Cina sudah mula membalun Lim Kit Siang dilamannya sendiri.

    Prioriti orang Cina adalah perniagaan dan majoriti kalangan mereka bukan kerja dengan kerajaan kerana majoriti mereka berniaga, namun, suasana perniagaan mereka terjejas teruk akibat Covid dan darurat , tapi prioriti LKS dan DAP adalah politik 24 jam dan tertumpu kepada percutian Najib, tanah anugerah Najib dan perkara remeh temeh , lalu bersesuaian lah jika mereka beri peluru tabur kepada LKS sehingga gagap dan lumpuh untuk menjawap.

    Sebagai ahli politik veteren yang berbohong akan letak jawatan seperti Mahathir kuat kencing tidak serah kuasa kepada kudanya Anwar Ibrahim, sepatutnya Lim Kit Siang sudah lama mohon maaf dan undur, tapi apek tua ini sebaliknya makin kuat berkokok.

    ReplyDelete
  3. Jom sokong parti bulan. Yang sudah jadi pengajaran. Jangan ulang lagi koruption dari koruptor dari group yang sama. Pilih pemimpin yang jujur amanah dan bukan koruptor. Perubahan seluruh malaysia untuk pilih kumpulan pimpinan yang berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

    Parti kris kuat koruptor. Koruptor setiap kelompok pimpinannya. The hancings pun terbukti rasuah walaupun berkuasa 22 bulan. Atok pun dapat gelaran firaun, menghidupkan legasi firaun yg dah pupus ribuan tahun.

    Ayuh sokong parti bulan yang terbukti telah melaksanakan amanah dengan baik.

    ReplyDelete
  4. PENGUNDI POS MOLA MENGUNDI HARI INI
    PRN BANGSA JOHOR KITA TERJAH KEMBALI
    KITA TENGOK BRAPE BULAN DAPAT KERUSI
    PEJWANG PKR PUN MAU MELINGKUP SEKALI


    KIKIKIKI... BRAPA BOLAN BRAPA BINTANG DEPA DAPAT KALI INI....
















    DAPAT TULUR...


    KHALAS

    ReplyDelete
  5. Petanda apa bila kaum Cina dan India mula melaungkan "Malu Ape Bossku" di PRN Bangsa Johor..!?

    Sejak mula menjelajah negeri Johor selepas beberapa hari kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melihat ada angin kencang yang membawa sokongan besar kepada Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

    Hari ini Najib turun padang ke Johor ke daerah Pontian yang juga menempatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.53 Benut tempat Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad akan bertanding.

    “Saya dah menjelajah negeri Johor mutakhir ini, saya lihat angin kencang bertiup ke arah menyokong Barisan Nasional.



    “Laungan Hidup Barisan Nasional ditambah dengan laungan Malu Apa? jadi laungan sambutan orang Melayu sebelum ini tetapi sehari dua ini orang Cina pun melaungkan Bossku, apakah ini satu petanda?”

    ReplyDelete