Tambah menghairankan untuk banjir kali ini, paras air adalah lebih tinggi berbanding Bah Kuning 2014. Kawasan yang terjejas teruk adalah semua kampung di lembangan Sungai Golok semata-mata, sedangkan daerah lain hanya mengalami kesan yang minimum. Bak kata orang tua yang saya temui semalam, “Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Kelantan semua tak mengamuk kali ini, Sungai Golok jah hok berona (membuat ‘onar’)”.
Apapun, banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas dan sebahagian Tumpat adalah lumrah biasa. Yang luar biasanya adalah komitmen ADUN serta Ahli Parlimen kawasan-kawasan ini yang kami lihat terus bersemangat membantu rakyat pagi dan petang sepanjang tempoh air bah naik serta surut.
Banyak ‘netizen’ yang nakal, mengatakan, “Mana lebai lebai PAS tak tolong rakyat ke?” atau “Lebai dok buat apa?”. Sedangkan mereka ini adalah golongan yang buta mata hati serta malas membaca laporan-laporan gerak kerja Pusat Khidmat DUN serta malas membuka FB Page pimpinan berkaitan!
Kalau pun anda ingin mengkritik atau menghentam pimpinan serta wakil rakyat kawasan ini, maka berlaku adillah terlebih dahulu dengan menyemak maklumat aktiviti mereka yang terbuka luas untuk diakses di semua media sosial rasmi masing-masing. Jangan jadi katak bawah tempurung.
Dato’ Panglima Perang ADUN Meranti
Pagi ini kelihatan YB Dato’ Ustaz Mohd Nassuruddin Daud kalut melawat rakyat di pusat pemindahan banjir di SMUA Rahmiah, Repek Pasir Mas. Kemudiannya menyertai pasukan bomba serta pihak polis meninjau lokasi mencari mangsa lemas yang juga seorang OKU berumur 20-an yang hilang sejak petang semalam di Kampung Tok Sangkut.
Malam tadi dengan suluhan malap pacuan empat roda, Dato’ dan pasukannya turun menghantar nasi kepada rakyat yang masih terkepung dalam rumah masing-masing di Kampung Bongor. Mengemudi kenderaan dalam kegelapan malam melalui celah-celah pokok serta tiang elektrik, tiang telekom, pagar rumah orang yang tenggelam memerlukan ‘skills’ dan pengalaman.
Maknanya, jalan dan lorong menuju ke rumah rakyat, sewaktu kering adalah sudah biasa dilazimi oleh Dato’, maka apabila semuanya kelihatan seperti ‘lautan’ pun, Dato’ tetap tahu mana lubangnya, mana longkangnya dan mana jalan yang betul. Tahniah Dato’ dan petugas Pusat Khidmat DUN.
Kelmarin saya dan rakan-rakan sempat membantu Dato’ menyediakan masakan kepada mangsa banjir di perkarangan pejabat DUN. Ia menjadi satu pulau yang dikelilingi air namun meriah dengan petugas yang datang dari seluruh pelosok negara untuk turut sama menyediakan keperluan rakyat.
Sempat kami siapkan dua kawah besar daging gulai yang kemudiannya dibawa ke Kampung Kubang Pak Hitam dan Kampung Bakong dengan menggunakan bot. Dato’ sendiri yang mengemudinya. Laju membelah arus air Sungai Golok demi memastikan perut rakyat terisi dan tidak kelaparan. Lebih manis apabila Datin isterinya sentiasa bersama-sama di atas bot, menemani suami menyantuni rakyat.
YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff
Ramai memanggilnya ‘Wanita Besi Kelantan’ atas semangat dan komitmen tinggi dalam menjaga kebajikan rakyat. YB Kak Lah nama tempatannya cukup dekat dengan rakyat pada setiap masa. Khasnya sewaktu musim banjir yang sudah menjadi rutin tahunan dalam kawasan Parlimen dimenanginya sejak beberapa penggal.
Pekan Rantau Panjang dan kampung-kampung sekitar lembangan Sungai Golok amat mudah ditenggelami air terutamanya setelah Thailand menyiapkan benteng air sungai dahulu. Air banjir yang sepatutnya ‘dibahagi dua’ iaitu separuh melimpah ke Pekan Golok dan separuh lagi masuk ke Malaysia, setelah Siam siap membina tambak atau benteng, semua melimpah-ruah membanjiri Rantau Panjang.
Kak Lah tidak kekal diam meriba tangan setiap kali rakyat ditimpa bencana bah. Lihat sahaja di Facebook beliau, dengan baju kotor, stoking berselut, wajah comot berminyak tanpa cukup rehat, semua daripada kita mampu menjadi saksi akan kehebatan wanita ini!
Apatah lagi telefon bimbitnya yang terus menerus bersambung dengan ‘powerbank’ menunjukkan kesibukan yang tidak terhenti berkomunikasi dengan semua agensi penyelamat, rakyat marhaen, Penghulu, Penggawa, NGO yang turun membantu dan siapa sahaja.
Pimpinan muslimat ini juga tidak kekok membantu mengangkat anak-anak kecil, wanita dan warga emas menaiki bot, pacuan empat roda serta lori penyelamat sewaktu air mula-mula naik kelmarin. Berkejar ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kubang Kual dan bergegas pula ke kampung-kampung lain tanpa sempat menjamah makanan dan berehat.
Dalam kesibukan membantu rakyat, rumah ibunya sendiri dinaiki air banjir. Inilah dia nilai pengorbanan seorang anak yang juga wakil rakyat yang ingin mengekalkan komitmen membantu rakyat dalam menghadapi kesusahan. Tahniah Dato’!
YB Ahmad Fadhli Shaari
Ustaz Fadhli cukup terkenal dengan kelantangan berpidato dan berdebat di Parlimen. Kuat suaranya, ada getar keberanian dan bijak hujahnya. Bahkan beliau terus menyentuh isu banjir di Parlimen yang diwakilinya serta di Rantau Panjang yang mana satu penelitian serta kajian mendalam mengenai teknikaliti pembinaan benteng tebatan banjir termasuk risiko masa hadapan perlu dibentangkan segera.
Turut diutarakan adalah bantuan khas yang sebelum ini diberikan kepada mangsa banjir sekitar Lembah Klang harus diperluaskan kepada rakyat yang terjejas di Kelantan serta Terengganu. Hasrat YB Fadhli agar YAB Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob turun ke Pasir Mas juga kelihatannya menjadi kenyataan apabila Perdana Menteri dijadualkan turun ke Gelang Mas dan kawasan sekitar hari ini.
Di sebalik wajah tegas, terselit kelembutan dan keprihatinan YB Fadhli dalam menyantuni mangsa banjir. Parlimen Pasir Mas memang tidak terkecuali daripada amukan Sungai Golok. Beliau sempat turun ke PPS Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, Masjid Mukim Tasek Berangan, Kampung Kalor, Bakong, Tok Rusa, Jeram Perdah dan Pengkalan Pasir. Tahniah atas komitmen berterusan membela rakyat Kelantan di dalam Parlimen serta sewaktu turun ke lapangan YB!
YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat
Penerima akhir ‘anugerah’ air hujan kawasan pergunungan Jeli yang turun melalui Lembangan Sungai Golok adalah DUN Pengkalan Kubor. Semua air banjir yang sudah melimpahi kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang akan akhirnya tiba di beberapa buah kampung utama seperti Kampung Teluk Jering, Simpangan, Jejulok, Bendang Pak Yong, Kubang Sawa, Jubakar, Mentua, Telaga Bata dan Kampung Kajang Sebidang. Rakyat di sini adalah mangsa terakhir Sungai Golok sebelum ia mengalir keluar melalui Kuala Tak Bai terus ke Laut China Selatan.
Biarpun sudah dua hari tidak hujan, namun kampung-kampung yang disebutkan tadi dinaiki air. Cuaca panas, tapi kampung dinaiki air, pelik bukan? Semalam 1 Mac adalah kemuncak air sampai ke sini namun maklumat yang diterima pada hari ini 2 Mac, air sudah pun surut sedikit. Alhamdulillah.
YB Ustaz Wan Roslan sebagai ‘pengurus akhir’ air bah Lembangan Sungai Golok ini juga amat pantas membantu rakyatnya. DUN yang dimenangi beliau bermula 2018 ini, sudah diketahui akan menerima ujian banjir saban tahun. Adakalanya dua kali setahun. Ia perkara biasa dalam fikiran rakyat tempatan. Bila keluar sahaja berita banjir berlaku di Pekan Rantau Panjang, maka tunggulah sehari atau dua, air dari sana akan turun ke DUN Pengkalan Kubor.
Dalam beberapa hari ini, Ustaz Wan Lan turun ke PPS di SK Pengkalan Kubor (2) untuk ziarah dan bertanya khabar mangsa banjir. Sebelumnya beliau bersama pasukan membuat tinjauan di Kampung Bendang Pak Yong, Kampung Kubang Sawa, Kajang Sebidang dan Kampung Teluk Jering. Ini rutin biasa YB Ustaz Wan Lan.
Hari ini 2 Mac 2022, tim Pusat Khidmat DUN kelihatan sibuk menghubungi rakan-rakan penderma dan para budiman yang mana mereka memerlukan 3,000 pek makanan untuk diagihkan kepada semua rakyat yang terkesan. Semoga bekalan makanan yang disasarkan akan cukup dalam masa segera. Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan pejabat Ustaz Haji Wan Roslan.
Apapun sebagai kesimpulannya, boleh dikatakan semua wakil rakyat Kelantan sentiasa cakna dan bersedia dalam menghadapi bencana banjir di negeri ini. Khasnya apabila bercakap mengenai kawasan-kawasan banjir sepanjang jajaran Lembangan Sungai Golok, semua wakil rakyatnya adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman, bersedia serta bersungguh-sungguh membantu rakyat pada setiap kalinya berlaku banjir. ‘Lebai-lebai’ di Kelantan sentiasa dekat di hati rakyat.
NAZMAN CHE IBERAHIM
Presiden Kelantan Care – HARAKAHDAILY 2/3/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pesta mulia, tolong rakyat Sungai Golok, suatu iktibar kepada pekerja-pekerja PKN Johor dan PRU 15 akan datang. Insya Allah!
PRN Johor bersihkan 'Penjenayah Rasuah'.
1 comment:
Tsunami Kaum Cina akan melanda PRN Bangsa Johor.. Taikun Cina Vincent Tan kroni Tun guna 'Rules Of Law Kerala'.
Kaum Cina buka biji mata luas luas.. Cina miskin mati edar dihukum gantung sampai mati... anak taikun Cina kroni Tun lepas bebas...
lu fikir lah sindri..!!
Ada anak tauke bersalah ditangkap polis. Bukan sahaja hisap dadah, tetapi mengedar dadah.
“Kemudian, runding-runding lepas. Tetapi, saya kata sebab apa anak orang besar lepas. Kita tak mahu pertahan kerana ini ‘rule of law’. Ada hukum,” katanya ketika berucap dalam ceramah umum di Bilik Gerakan PKR Dewan Undangan Negeri Layang-Layang malam ini.
Kenyataan Anwar itu dipercayai merujuk satu kes yang didedahkan akaun Twitter pemberi maklumat, Edisi Siasat pada bulan lalu.
Akaun Twitter Edisi Siasat, yang baru-baru ini ditukar namanya kepada Edisi Khas, mendakwa walaupun anak lelaki seorang taikun ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya kerana terlibat dengan kuantiti dadah sangat besar, tetapi Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
'Rules of Law Kerala' 2 negara sebut nama Zety kes AMLA 1 billion transfer dalam satu malam tiada tindakan diambil pada keluarga penyamun betina ini.. tapi ex CEO Astro dan Bossku dalam tempoh 1 malam sesudah subuh SPRM Pulis bekukan asset meteka... Undang undang apa yang mereka guna.. ooohh deme guna undeng undeng 'Rules Of Law Kerala'
Tsunami Cina PRN Bangsa Johor dan Pasca PRU 15...lingkup kan Boboi dan sekutu maka melingkupnlan Tun dan sekutu nya...
#lufikirlahsindrihaahtepokkk
Post a Comment