Wednesday, March 16, 2022

PH kalah, pemimpin serba kurang, tapi tekad atasi kelemahan..

 

PH terima kekalahan PRN Johor

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menerima kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan bertekad segera mengatasi kelemahan ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Majlis itu berkata, kelemahan yang dikesan tidak boleh diatasi oleh satu parti atau satu ikhtiar sahaja, sebaliknya perlu diurus bersama secara menyeluruh.

"Majlis Presiden PH menerima keputusan rakyat dalam PRN Johor dan mengakui kelemahan termasuk dalam isu pertandingan pelbagai penjuru oleh parti pembangkang sendiri, logo, peratusan keluar pengundi yang rendah serta aspek penerangan dan komunikasi PH berhubung isu semasa yang menyebabkan PH memenangi 12 kerusi.

"Beberapa perkara akan dilaksana segera termasuk konvensyen dan pemukiman pimpinan PH bagi menggilap semula idealisme perjuangan PH dan penyokongnya.

"Kita juga perlu membincangkan persiapan keseluruhan menghadapi PRU-15," kata kenyataan bersama itu.

Ia dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Madius Tangau.

Kenyataan itu menyebut, PH akan berusaha membina seluruh kekuatan bagi menolak kerakusan dan rasuah demi membina kerjasama dalam kalangan parti pembangkang.

"Kami bertekad menetapkan dasar ekonomi mampan yang mampu menyelesaikan masalah rakyat seperti isu pengangguran, kos sara hidup, pengurusan pandemik COVID-19 termasuk isu prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun pelanggaran, kenaikan tarif elektrik untuk perniagaan, tambahan cukai, serta himpitan hidup rakyat.

"Negara mesti diselamatkan daripada gejala rasuah dan urus tadbir yang pincang," katanya.

Majlis Presiden PH turut menegaskan, Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti perlu dibentang dan diluluskan pada mesyuarat Parlimen kali ini seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, pimpinan tertinggi PH juga akan menemui Ismail Sabri dalam masa terdekat. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PH kalah, yang tinggal hanya pemimpin lemah serba kekurangn, tetapi cuba tekad atasi kelemahan..

Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor

61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/...  62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b...  63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.  64. Amat biadap. Laungkan 'Bubar Parlimen' kepada PM.....  65. Lepas Mengadap Sultan Johor petang tadi, Zahid 'ku...  66. Onn Hafiz Menteri Besar Johor ke-19? 67. Onn Hafiz dilantik Menteri Besar Johor ke-19  68. 'Politik wang &pangkat diharamkan dalam PAS' -Pres...  69. DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibu...  70. PH kalah, pemimpin serba kurang, tapi tekad atasi ...

2 comments:

Anonymous said...

FBI pulak dahh.. Perodi Filem Lucah Anak Siapa Sebenarnya yang curi duit rakyat? Celah mana Riza guna duit rakyat..!? - Najib Tun Razak

FBI pulak dah dakwa Syarikat produksi Hollywood milik anak tiri Najib, Red Granite Inc bersetuju untuk membayar AS$60 juta (RM252 juta) untuk dakwaan filem The Wolf of Wall Street. Maka terkinja kinja balik barua dan walaun Tin Mahathir

Kalau nak goreng bio ada fakta yop.. CIA nak goreng barua Tun bio ada fakta..yob. Kalau tak tumpoo yeopp..''

Keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) anak tirinya, Riza Aziz dalam kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah AS$248 juta (RM1.08 bilion).

Ini 'clear card' dari Bossku bukan sorok sorok reka persepsi bodoh atau separa matang mcm atok.

"Oleh kerana Tun bodoh keliru, Bossku kena taip bagi perlahan-perlahan supaya atok kau faham. Maklumlah dah bangang dan nyanyok kuat fitnah.

"Riza ada projek filem. Keluarga kerabat Abu Dhabi berminat dan janji kepada Riza untuk labur projek filem dia. (Pihak) yang berjanji masa itu termasuk putera mahkota Abu Dhabi. Ada perjanjian pelaburan dan sebagainya," katanya lagi.

Menurut Najib, filem-filem yang diterbitkan Riza "agak berjaya". ( kutipan billion beb..)

"Filem pertama Wolf of Wall Street (2013) jana penjualan tiket AS$392 juta (RM1.7 bilion) berbanding kos AS$100 juta (RM430 juta). Filem Dumb and Dumber To (2014) jana penjualan tiket AS$169.8 juta (RM730 juta) dengan kos pengeluaran AS$50 juta (RM215 juta). Filem Daddy's Home (2015) jana penjualan tiket AS$242.8 juta (RM1.04 bilion) dengan kos AS$69 juta (RM297 juta)," menurutnya.

Anak bongsu bodoh atok pun ada terbit filem masa atok jadi PM ke 7. Tah apa nama tajuk dah lupa dah. Berapa jota kutipan filem wallahualam. Smpi skg Finas tak tunjuk kutipan pecah punggung.

Ini bukan kes bail-out duit berbillion billion ringgit wang Petronas , KWSP, Dana Pencen dan Tabung Haji utk syarikat perkapalan dll

Filem terbitan Riza berjaya dan mula membayar balik keuntungan dan pelaburan asal kepada pihak Abu Dhabi.

Perkara ini juga terdedah dalam rakaman audio perbualan telefon saya dengan putera mahkota Abu Dhabi yang didedahkan oleh Latheefa Koya pada masa PH.

- Najib: Dia telah membayar balik sejumlah, dia terus membayar balik, supaya anda lihat ia akan muncul sebagai perjanjian pinjaman sah. Kerana apabila dia(Riza) menerimanya, bank-bank membersihkan sumber wang itu jadi dia tidak tahu dari mana asalnya.

Oleh itu, saya tidak mahu dia menjadi mangsa apabila dia benar-benar tidak menyedari tentang sumber wang itu.

Dia benar-benar percaya bahawa ia daripada Aabar dan di bawah arahan Sheikh Mansour. Ya, betul, kerana dia benar-benar tidak bersalah.

sambung...

Anonymous said...

haahh sambung...

Apa yang dia mahukan ialah membuat filem, dan terdapat tawaran pinjaman daripada Sheikh Mansour dan pihak anda daripada Aabar.

Sekarang, Tun dan gang PH cuba mengaitkannya dengan wang 1MDB, yang benar-benar berlaku

9 Jan 2020: Transkrip penuh panggilan Najib lepas DOJ fail saman 2016" https://www.malaysiakini.com/news/506487 (Terima kasih Latheefa dan kerajaan PH kerana sudi mengeluarkan bukti rakaman audio untuk bantu Najib dan Riza bersihkan nama mereka)

8. Oleh kerana Aabar ada perniagaan dengan 1MDB maka tertimbul masalah bahawa sebahagian dana yang dihantar oleh Aabar kepada Riza berasal dari 1MDB.

9. 1MDB tak pernah hantar apa-apa dana terus kepada Riza. Celah mana pula Riza guna duit rakyat pulak?

10. Perbicaraan kes Riza tak pernah berjalan satu hari pun sejak Riza didakwa hampir setahun dahulu. Pada 31 Januari 2020 masa PH, ianya pihak pendakwa raya yang menangguhkan kes Riza kepada 25 Februari 2020. "Kami juga memohon untuk mendapatkan tarikh lain bagi menyemak dan mempertimbangkan representasi (tawaran perjanjian penyelesaian) berkenaan." Norzilati berkata, pada 25 Februari ini juga mahkamah turut menetapkan tarikh perbicaraan bagi kes terbabit. "31 Jan 2020: Mahkamah tetapkan 25 Februari ketahui status representasi Riza Aziz"

https://www.sinarharian.com.my/article/68202/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-tetapkan-25-Februari-ketahui-status-representasi-Riza-Aziz

11. DOJ Amerika Syarikat juga tak pernah mendakwa Riza atas kes jenayah. Cuma saman sivil yang sudahpun diselesaikan di sana (USA) tahun lepas...Tetapi yang pelik walaupun transaksi Riza tak berlaku di Malaysia, (dia) didakwa dengan kes jenayah di sini," tak ke bangang name nye tu..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails