Thursday, March 24, 2022

PH X boleh percaya.. mungkir janji. Termasuk DAP...

 

Kerjasama dengan pembangkang sebenarnya sangat sukar – Tok Mat

Kerajaan perlu menilai semula kedudukan kerjasama dan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Pakatan Harapan (PH) selepas pembangkang menentang usul melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kegagalan itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan dan suatu peristiwa yang sangat memalukan.

“Mungkin telah tiba masanya kerajaan bergerak ke hadapan dan tidak perlu lagi menunggu MOU tersebut matang pada Julai ini,” katanya penuh makna.

Menulis dalam hantaran di Facebooknya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kegagalan usul ini adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ia menunjukkan sikap sambil lewa bahawa rang undang-undang sepenting ini tidak diuruskan dengan strategik sebelum di bentangkan.

”Ini agaknya, semua beranggapan bahawa sudah wujud persefahaman yang jelas antara kerajaan dan pembangkang dalam hal-hal atau usul-usul yang melibatkan reformasi undang-udang dan dasar khususnya seperti yang dizahirkan dalam Perkara 3 Memorandum Persefahaman antara kerajaan dan pembangkang.

”Semua yang berlaku ini menunjukkan dengan jelas bahawa kerjasama dan persefahaman kerajaan dan pembangkang sebenarnya sangat sukar untuk diuruskan dengan berkesan,” tegasnya.

Oleh itu, Mohamad berkata, adalah tidak keterlaluan untuk mengambil pendirian bahawa persefahaman tersebut sebenarnya telah gagal berfungsi seperti yang di harapkan.

Kerajaan yang terbentuk, bertahan dan berfungsi menggunakan mekanisme MOU sebegini adalah sangat berisiko, apatah lagi apabila PH sebenarnya adalah pihak yang tidak boleh dipercayai dan memang sudah jadi kebiasan mereka untuk memungkiri janji.

“Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka,” ujar beliau. MG

Komen Weblog Ibnu HasyimPH X boleh percaya.. mungkir janji.  Termasuk DAP... 

Buktinya, “Sesi Parlimen petang semalam terbukti mereka tidak teragak-agak untuk melanggar pendirian dan janji mereka,” ujar Tok Mat.

2 comments:

Anonymous said...

Kami memohon semua orang Islam berdoa untuk Sheikh Uthman ibnu Farooq dalam solat mereka. Mendengar berita dia ditikam hari ini. Dia dalam keadaan stabil dan keluar dari hospital الحمد لله. Penyerang itu menyasarkannya kerana dawah Islamnya sangat berkesan . Serangan itu dirakamkan pada kamera telefon bimbit.
Beliau adalah pendakwah Islam yang hebat di Amerika Syarikat. Paderi dan pendakwah kristian telah kalah berbahas dengan beliau.
Semoga Allah Maha Penyembuh menyembuhkan semua penyakit dan kecederaan Sheikh Uthman dengan segera dan sebaik-baiknya dan menjaga, melindungi dan menyelamatkan beliau sekeluarga dan semua pendakwah Islam di dunia dan akhirat. Amin.

https://youtube.com/shorts/2JhIdOPDCsg?feature=share

Anonymous said...

Abang besar terowong dan kluster mahkamah tidak boleh dipercayai kerana didakwa terlibat dalam kes rasuah dll. Hanya orang bodoh suka menjilat mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails