PRN Johor: Prestasi DAP terus menjunam
PADA Pilihan Raya Umum ke 14, kemampuan Pakatan Harapan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di peringkat Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri-negeri lain hakikatnya adalah atas sumbangan besar DAP yang ketika itu mampu mempengaruhi hampir 90 peratus para pengundi bukan-Melayu, khasnya kalangan masyarakat Cina untuk mengundi dan menyokong calon-calon PH.
Terbukti jika tidak kerana kemampuan DAP itu, belum tentu Tun Dr Mahathir boleh menjadi Perdana Menteri semula dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah dari PKR pula menjadi TPM.
Tertegak naiklah sebuah kerajaan baru di Putrajaya yang tonggak utamanya dalam cengkaman DAP. Tidak siapa menduga akhirnya Putrajaya dapat juga dikuasai DAP.
Walau bagaimanapun mujurlah panas yang disangka berlarutan hingga ke petang rupanya berakhir dengan mencurahnya hujan di tengahari. PH cuma mampu memeluk tiang kuasa di Putrajaya sekadar 22 bulan, kemudiannya terpelanting keluar apabila Tun Dr Mahathir tiba-tiba meletakkan jawatan Perdana Menteri, dan kerajaan cetusan DAP itu roboh menyembah bumi.
Sejak hilang kuasa, DAP tidak bangkit-bangkit apabila sedikit demi sedikit perwakilan mereka pula dikurangkan. Bermula dengan Pilihan Raya Negeri Melaka mereka gagal pertahankan 4 dari 8 kerusi yang mereka kuasai, PRN Sarawak gagal pertahan 5 dari 7 kerusi dan terbaru di Johor mereka gagal di 4 dari 14 kerusi yang mereka menang dalam PRU ke-14.
Di Johor mereka kecundang di DUN Yong Peng walaupun peratusan pengundi Cina di situ 59.58 peratus, begitu juga di DUN Bekok yang 67.40 peratus pengundinya bukan-Melayu. Di DUN Paloh calon Melayunya juga tewas di kerusi yang pengundi bukan Melayunya seramai 51.40 peratus dan di DUN Pekan Nanas calonnya tewas di kerusi yang mereka menang dalam PRU lalu dengan majoriti 1,308 undi.
Ini bermakna pengundi bukan-Melayu khasnya pengundi Cina sudah mula menolak calon-calon DAP, sesuatu yang mengejutkan sedangkan hanya 4 tahun lalu kelompok pengundi yang sama memberikan sokongan hampir 90 peratus pada calon-calon DAP dan PH.
Mengapa jadi begitu? Jawabnya kerana masyarakat bukan-Melayu kecewa apabila menaikkan DAP dahulu, DAP gagal memenuhi aspirasi dan kehendak mereka malah banyak menggunakan masa ketika berkuasa dahulu untuk tujuan lain, termasuklah menuding jari dan menyelongkar kesalahan-kesalahan kerajaan terdahulu.
Mereka merasakan tertipu dengan segala janji-janji manis yang menggunung, tapi gagal dilaksanakan. Ringkasnya setelah diberi mandat besar, DAP dan PH telah mempersia-siakannya dan kesan kekecewaan itu telah dizahirkan dalam PRN Johor kali ini. Mujurlah baki 10 kerusi yang berjaya dipertahankannya merupakan rata-rata kerusi yang besar majoriti bukan-Melayunya.
Jelas juga kali ini para pengundi Melayu khasnya di kawasan-kawasan bandar di Johor turut tidak memangkah lagi calon-calon DAP. Fenomena penolakan kuat para pengundi Melayu terhadap DAP ini mungkin berkait dengan beberapa usaha dan rancangan DAP yang dilihat cuba menganggu dan merubah status quo kehidupan masyarakat Melayu sebelum ini.
Keghairahan DAP dalam mengejar cita-cita perjuangan mereka tanpa mempedulikan kepentingan dan hak orang-orang Melayu Islam menebalkan lagi kebencian orang-orang Melayu terhadap mereka, walaupun di Johor mereka menaikkan calon-calon Melayu sekalipun.
Orang-orang Melayu tidak lagi mudah terpedaya. Di DUN Skudai, calon Melayu mereka menang, tetapi menang di kerusi yang hanya 21.95 peratus pengundi Melayu. Bolehlah mendabik dada di kerusi yang pekat Cinanya sebagaimana Skudai.
Apabila prestasi DAP merosot sebagaimana dijangkakan sekutunya PAN dan PKR turut akan merasa bahangnya, bukitnya PAN kalau dalam PRU14 dahulu dengan sokongan DAP berjaya menang 9 kerusi DUN di Johor, kali ini ia cuma mampu bertahan di 1 kerusi iaitu di Simpang Jeram. Manakala PKR yang dahulunya menang di 5 kerusi DUN, kini cuma tinggal 1 kerusi iaitu di DUN Bukit Batu.
Dan sebagaimana diduga pasti dalam kesugulan menghadapi kekalahan, maka akan dilontarkanlah pelbagai alasan luaran yang kononnya menyumbang kepada kemerosotan prestasi mereka, salah satu yang popular dalam PRN Johor kali ini kononnya ia berkait dengan jumlah pengundi keluar yang begitu kecil.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, jumlah pengundi yang keluar mengundi dalam PRN Johor hanyalah 54.92 peratus, lalu ditudinglah jari ke atas jumlah yang kecil itu.
Veteran DAP, Lim Kit Siang pula memberi alasan kononnya kerana tidak cukup masa berkempen. Beliau dilaporkan berkata kiranya diberi seminggu lagi tambahan masa untuk berkempen pasti keputusan PRN Johor berbeza.
Tetapi bukankah dalam tempoh yang sama juga DAP dalam PRU ke-14 dahulu boleh menang besar, mengapa kali ini tempoh berkempen pula digunakan sebagai alasan.
Memang pelbagai alasan boleh diberikan tetapi realitinya DAP sudah tidak dilihat seperti dahulu lagi oleh rakyat Malaysia. Mungkin satu ketika dahulu mereka dilihat oleh sesetengah segmen masyarakat sebagai parti pembangkang yang komited, berwibawa dan cekap, tetapi setelah diberi peluang meneraju kerajaan Persekutuan selama 22 bulan namun gagal mengemukakan sebarang pencapaian yang meyakinkan, imej mereka mula tercalar.
Tambahan apabila gagal memenuhi janji-janji PRU 2018, dengan pelbagai alasan yang dangkal dan memualkan, rakyat terus muak dan hilang kepercayaan pada mereka.
Ini bukan reka-rekaan, tetapi kebencian rakyat itu boleh dilihat pasca PRU14 bernula dengan PRK Cameron Highlands membawa ke PRN Sabah kemudianya Melaka, Sarawak dan terakhir di Johor, prestasi DAP terus menjunam jatuh, apalagi jika tidak kerana kemarahan rakyat terhadap mereka.
Kekalahan di Johor ini pasti mendesak kepimpinan DAP untuk membuat pelbagai ‘adjustments’ untuk kekal relevan dalam politik Malaysia. Dalam PRN Johor mereka sudah mula melihat PKR sebagai satu bebanan besar sedangkan dalam PRU 2018 PKR lah sekutu karib mereka. Malah PKR sendiri walau kekal dalam PH tapi dalam PRN Johor memilih untuk menggunakan logo sendiri. DAP dijangka terus renggang dengan PKR.
Demikian juga hubungan mereka dengan PAN juga kini dilihat tidak banyak membantu, malah PAN lah yang terpaksa berteduh bawah kain DAP sedang DAP sebelum ini mengharapkan mereka membawa undi Melayu tetapi gagal.
Kini DAP lebih mesra dan bermain mata dengan parti baru MUDA. Mungkin kalau dahulu Tun Dr Mahathir yang ditunggangi DAP, sekarang DAP nampak MUDA sebagai peluang barunya.
Apa pun realitinya para pengundi Melayu sudah mula meminggirkan DAP. Trend ini mesti terus dipupuk sehingga DAP terus pupus dalam PRU ke 15 nanti.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/3/2022
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Prestasi DAP terus menjunam bermula PRN Johor..
6 comments:
Pelakon buat aksi lucah dalam filem banyak agensi interframe
Filem blur sesama jantan tak ada pihak yang interframe..
Anak cucu bogel agak agak ada pihak nak interframe..!?
tak nak tanya ni hangpa sokong ka sosma tu... kut kena kat sanak sedara mung guane macam kes siti nur aishah tu ..yang 84 yang sokong tu termasuk geng hang kan..
Memalukan. Sejak kereta nasional dibeli oleh china, prestasi meningkat. Masa zaman umno, pasai apa rugi sampai jual. Bayar gaji ratus ribu pada ceo, prestasi merudum. Dah dibayar gaji ratus ribu, tapi kerja macam tong sampah. Gaji nak, kerja tak nak. Buat malu bangsa jer.
lulus sosma korum kan tak cukup..
kah kah kah
Roket kertas terbakar dan terhempas ke dalam loji najis.
Yg tak nak sosma mesti parti yg pemimpinnya banyak buat salah. Contoh dap dan pkr. Kemudian beri alasan tak hadirlah, zalimlah, tak peri kemanusiaanlah. Patut sangat rakyat tolak parti ni sebab kekalkan pemimpin yg banyak dosa untuk memimpin, adalah perjuangan. Siang kit pun tahu dia tak layak memimpin rakyat yang majoriti baik baik belaka. Pengundi yg buruk dah pindah ke dap, pkr dan pan.
Post a Comment