Wednesday, March 02, 2022

PRN Johor: Sukan di M'sia Masih X patuh Syariah, sampai bila?

 

Dhabitah jadi calon pilihan ganti Mun Yee untuk bergandingan dengan Pandelela di Sukan SEA Vietnam Mei depan.

1. Dhabitah calon gandingan Pandelela

KUALA LUMPUR: Nur Dhabitah Sabri antara calon pilihan untuk digandingkan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong pada Sukan SEA Hanoi, Mei depan.

Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS), Mae Chan mengesahkan Pandelela yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 akan menyertai temasya dwitahunan itu dan beraksi dalam acara 10 meter (m) platform seirama.

Bagaimanapun, katanya, siapa yang bakal menjadi pasangan Pandelela masih belum diputuskan dengan Kimberly Bong turut berada dalam pertimbangan.

"Kami mempunyai tiga atlet wanita untuk acara berkenaan," katanya ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet Sukan SEA di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.

Nama Nur Dhabitah dan Kimberly sebelum ini dikaitkan sebagai pasangan Pandelela yang baharu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penerjun Leong Mun Yee yang bersara awal tahun ini.

Kombinasi Pandelela dan Nur Dhabitah bukanlah sesuatu yang baharu apabila mereka sebelum ini pernah digandingkan dalam acara 10m platform seirama dan berjaya meraih beberapa kejayaan termasuklah memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat perak pada Siri Terjun Dunia FINA 2017 di Kanada.

Mengulas mengenai sasaran pingat skuad terjun negara di Hanoi, Mae, berkata pihaknya masih belum menetapkan sebarang sasaran tetapi menegaskan akan melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama Malaysia.

"Apa yang saya boleh katakan adalah kami akan buat yang terbaik bagi memenangi emas. Disebabkan dua atlet dibenarkan menyertai setiap acara individu, kami juga berharap atlet kedua mampu meraih perak atau gangsa," katanya.

2. Farah Ann mahu bersara

Farah Ann sudah menyatakan hasrat untuk mengundur diri kepada jurulatihnya.

KUALA LUMPUR: Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) masih menunggu surat rasmi daripada Farah Ann Abdul Hadi selepas dia dilaporkan menyatakan hasrat untuk bersara daripada sukan itu.

Setiausaha Kehormat MGF, Afrita Ariany Nasril, berkata setakat ini pihaknya hanya dimaklumkan berhubung perkara berkenaan menerusi jurulatih dan orang yang terdekat dengan ratu gimnastik artistik negara itu namun tidak daripada tuan punya badan sendiri.

Katanya, kali pertama berita mengenai Farah, 28, mahu bersara dimaklumkan ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini.

"Daripada apa yang kami dimaklumkan oleh jurulatih, Farah menyatakan hasratnya untuk bersara. Malah, dia bukan saja beritahu kepada jurulatih tetapi turut memaklumkan perkara berkenaan kepada beberapa orang yang rapat dengannya.

"Apapun, kami masih menunggu surat rasmi daripada Farah sendiri mengenai perkara ini sebelum kami boleh membuat sebarang pengumuman," kata Afrita ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Atlet ke Sukan SEA Vietnam di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, hari ini.

Mengulas sama ada nama Farah masih berada dalam senarai untuk menyertai Sukan SEA Vietnam, Afrita berkata setakat ini atlet berkenaan masih dalam berada dalam perancangan bagi menggalas cabaran skuad gimnastik negara menghadapi temasya dwitahunan itu.

"Sudah pasti dengan kehadiran Farah bersama pasukan, kami mempunyai peluang yang besar untuk memenangi pingat emas dalam acara berpasukan. Namun, jika sebaliknya berlaku kami juga sudah mempunyai pelan B.

"Jika tanpa Farah, kami mempunyai atlet yang berpotensi untuk memenangi pingat emas dalam acara lain bagi mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya yang memaklumkan MGF menetapkan sasaran untuk membawa pulang empat emas dari Vietnam masing-masing dua untuk gimnastik artitistik dan berirama.

Sebagai rekod, Farah antara atlet gimnastik artistik negara yang paling berjaya di Sukan SEA apabila sebelum ini berjaya meraih tujuh emas menerusi penampilan pada edisi 2015 di Singapura, 2017 di Kuala Lumpur dan 2019 di Manila.

Dia juga mencipta sejarah apabila menjadi gimnas ketiga negara menempah tiket beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas kali terakhir gimnas lelaki, Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens. 

Seorang lagi gimnas wanita negara yang pernah ke pentas Olimpik ialah Au Li Yen pada Olimpik 2000 di Sydney.

Komen Weblog Ibnu HasyimSukan di Malaysia masih tidak patuh Syariah. Masih di tahap berbudaya jahiliah, tidak bertamadun, anti Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 3.  

Apakah dalam PRN Johor atau PRU 15 akan datang, rakyat masih tak mampu merubahnya? Sudah merdeka 60an tahun lebih, tetapi kepala otak masih dijajah budaya mungkar? Sampai bila kerajaan Malaysia akan begini?

Semoga negara yang kita cintai ini, akan dipimpin kembali ke jalan Allah. Selamat dunia akhirat. Bukan di dunia belum tentu selamat, bahkan di akhirat bertambah sesat, na'auzubillahi minzalik.


Lihat seterusnya..

4 comments:

Anonymous said...

Special for the Chinese voters of the Johor PRN and Post GE 15. The Chinese were also deceived by Tun Mahathir's cronies.

During the powerful PH Tun 'pee' all of the Chinese and Indians. This time, the son of Taikun Vincent Tan, Tun Mahathir's crony, is playing on the feelings of the Chinese.

When Lim Tong Ngong (not his real name) read that former attorney general (AG) Tommy Thomas had reduced the drug possession charges against the son of tycoon Vincent Tan, he was a bit disappointed.

While he understands that the attorney general has a prerogative to do so, Lim Tong Ngong cannot help but ask why his brother who is still in his early 30s was not given the same second chance at life.

His brother Lim Boh Hong (not his real name) is serving a life sentence. He was arrested with 1kg of marijuana when he was 25 years old.

Like the tycoon's son, Lim Boh Hong was charged under Section 39 (b) of the Dangerous Drugs Act 1952. But while the charges against Tan's son were reduced, Lim Boh Hong was tried, found guilty and sentenced to death.

His sentence was later commuted to life imprisonment.

The Chinese have to 'pee' with the Chinese tycoon Vincent Tan, Tun Mahathir's crony.

The Chinese have to play fool with Tun Mahathir's crony Chinese tycoon ..

Enough is enough for the Chinese to vote for PH Bersatu PN PKR PAN .. to the detriment of the Chinese themselves ... kah kah kah..

KHALAS

Anonymous said...

Eh ko ada kuasa nape tak guna. sembang dalam ni apa pun tak boleh. nanti ko juga yang nak jawab.. selamat bersoal jawab... takdir..

Anonymous said...

THE POT CALLED THE KETTLE BLACK.....hampeh

KHALAS....

Anonymous said...

Nuar kate, bila dia jadi pm, dia nak haramkan pas. Macam main pondok pondok nuar dengan politik. Ingat lagi janji keramat nuar, hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun. Budak main pondok pondok memang banyak berangan. Berangan masa budak, persepsi masa tua. Orang yang banyak persepsi, suka bercakap banyak. Yang tak faham politik Islam, angguk anguk. Hebat nuar. Banyak point. Tapi semua tu persepsi semata mata. Imaginasi yang kuat.

Persepsi macam nuar, boleh cakap banyak hal. Politik boleh, ekonomi boleh, moral boleh, budaya boleh. Orang yang tinggi persepsi, boleh buat fiksyen. Jadi nyata tidak pasti. Tabiat boleh lain dari apa yang diucapkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails