HARI ini (semalam) saya telah menjawab soalan tambahan dari sahabat saya YB Tuan Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz (Bachok), berkenaan pelan penjualan aset-aset TH Plantations secara besar-besaran yang telah dirancang oleh Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.
Sekali lagi saya tegaskan di dalam dewan yang mulia, kerajaan hari ini komited dalam memulih dan membangun semula aset-aset Tabung Haji setelah kami hentikan pelan penjualan tersebut.
Semasa lawatan kerja saya ke Sabah baru-baru ini saya telah melawat ladang-ladang milik anak syarikat Tabung Haji ini. Nampaknya banyak lagi yang perlu dibuat setelah ianya dibiarkan tidak terjaga dan dibaja selama hampir 2 tahun semasa kerajaan dahulu kerana ingin dijual. Kami tekad membangunkan semula potensi aset-aset milik Tabung Haji ini agar nikmatnya dapat dirasai oleh lebih 9 juta pendeposit Tabung Haji dan rakyat Malaysia.
Tabung Haji amat dekat di hati umat Islam di Malaysia. Ladang-ladang TH Plantations yang banyak berada di lokasi pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ini bukan semata demi mengejar keuntungan yang ditunjukkan melalui angka-angka. Kewujudan ladang-ladang Tabung Haji ini telah banyak membawa limpahan ekonomi dan kemudahan infrastruktur kepada penduduk setempat seperti sekolah, klinik, balai raya dan jalan walaupun tidak seberapa.
Melihatkan perkara ini, saya sedar ladang-ladang dan aset-aset milik umat Islam ini perlu dipertahankan dan dibangunkan bukan hanya kerana mengejar untung, tetapi ianya lebih daripada itu, iaitu tanggungjawab sosial kepada rakyat Malaysia jua.
Alhamdulillah, keputusan kami untuk membatalkan penjualan Ladang Bumi Suria Venture kepada Tamaco yang menjadi kontroversi satu masa dahulu dan mengkaji semula pelan penjualan ladang-ladang lain yang telah diputuskan untuk dijual adalah tepat, dan telah membuahkan hasil:
Maka hari ini telah terbukti, naratif yang dimainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, jika tidak dijual ladang-ladang ini ianya akan membuatkan syarikat TH Plantations ini muflis adalah penipuan semata-mata.
Namun begitu, pada hari ini ladang-ladang yang dikatakan sakit ini telah membuahkan hasil dan menjana produktiviti yang memberangsangkan ketika mana harga CPO sekarang ini mencecah sehingga RM7,000 per metrik tan.
Di sini, suka saya kongsikan petunjuk perbandingan prestasi TH Plantations dari tahun 2018 hingga 2021 yang mana pendapatan TH Plantations telah meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2021 berbanding tahun 2018.
YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 2/3/2022
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050311487174/posts/514426283577750/
Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini termasuk keperluan wajib untuk membuat pelarasan berpadanan bagi mengelakkan pengiraan berganda bagi semua transaksi kredit karbon yang melibatkan negara.
Menurutnya, keputusan rundingan juga menyatakan bahawa semua transaksi kredit karbon yang melibatkan pemindahan antarabangsa perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negara melalui kerangka institusi yang dibentuk.
Selain itu, katanya keputusan rundingan menyatakan keperluan membangunkan had transaksi dan mekanisme kawal selia bagi transaksi kredit karbon antarabangsa.
“Ini penting bagi memastikan transaksi kredit karbon antarabangsa adalah telus, tidak dilaksanakan sewenang-wenang, serta mengambil kira kepentingan pemegang taruh berkaitan,” katanya ketika menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) di Dewan Rakyat, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, keputusan rundingan UNFCCC jelas menunjukkan peranan penting Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebagai pihak berkuasa negara berkaitan mekanisme pasaran karbon negara.
Menurutnya, KASA bertanggungjawab memberikan kebenaran semua transaksi antarabangsa kredit karbon dan melaksanakan pelarasan berpadanan bagi menjamin ketelusan pelaksanaan.
Pada masa sama, katanya KASA bertanggungjawab membangunkan infrastruktur asas bagi memantau dan menjejaki transaksi kredit karbon negara serta menyediakan laporan penglibatan negara di dalam mekanisme pasaran karbon.
Katanya, laporan penglibatan negara dalam mekanisme pasaran karbon juga akan melalui proses penilaian oleh pasukan pakar yang dilantik oleh UNFCCC.
“Seperti mana yang diputuskan Kabinet baru-baru ini, KASA sedang membangunkan Pusat Pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) Kebangsaan yang akan turut mengandungi fungsi khusus berkaitan pemantauan dan pelaporan mekanisme pasaran karbon negara.
“Sehubungan itu, KASA berpendirian bahawa sebarang usaha dan penglibatan dalam mekanisme pasaran karbon perlu dirujuk dan dilaporkan kepada KASA sebagai pihak berkuasa negara yang diiktiraf oleh UNFCCC.
“Perkara ini penting kerana penglibatan negara dalam mekanisme pasaran karbon antarabangsa berpotensi untuk menjejaskan pencapaian Nationally Determined Contribution (NDC) dan aspirasi jangka masa panjang pelepasan sifar bersih negara,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/3/2022
5 comments:
150 juta untuk pulih TH. kalau berjaya untung. kalau takdir rugi duit tu dapat pulangan tak, yang kata orang cna jual aset TH tu dah ambil semula atau belum. ke memang biar je. maksudnya jual aset tu ke tidak..
Kalau aset tu tidak menguntungkan, siapa yang mahu beli. Sebab boleh buat untung, maka ada pembeli.
Alasan sama masa atok kenalkan dasar penswastaan. Jual businees kerajaan, alasan tidak untung dan tidak cekap. Tapi tujuan supaya untung pindah ke kaki perembat. Bijak atok kan. Rakyat dapat kuah, perembat dapat isi.
Sampai sekarang perembat ada dalam parti 60 tahun. Dalam ph pun ramai juga termasuk mantan menteri duit.
Masa atok tinggalkan parti 60 tahun, kononnya sebab merajuk. Betul ker. Atau atok dah tak dapat tanggung pembohongan yang atok buat sepanjang jadi pm. Pembohongan jadi beban dalam diri atok. Bila atok tak jadi pm, atok dah tinggalkan platform rembat. Jadi bab rembat ni samada cara comisyen, atau cara projek, atau cara peruntukan, atau cara swasta, atau cara proksi, dah jadi budaya dalam parti 60 tahun.
Rembat ni warisan penjajah. Penjajah rembat hasil mahsul negara yang dijajah. Proksinya ialah parti yang akan guna cara yang sama. Rakyat dapat persen yang sikit. Baik dari penjajah, mahupun dari parti gantian penjajah. Rakyat patut dah nikmati persen hasil yang tinggi macam kat jepun dan korea. Sebab tu pemimpin berebut jawatan supaya boleh rembat.
Ph punya potensi macam ni, tapi tambah rosak aqidah.
Hanya satu parti jer yang pemimpinnya bersih dan tidak rasuah. Pilih pemimpin dari parti ni.
Special reminders for the Chinese voters at the PRN Johor and Prepost GE 15. The Chinese were also deceived by Tun Mahathir's cronies...kah kah kah
During the powerful PH Tun 'pee' all of the Chinese and Indians. This time, the son of Taikun Vincent Tan, Tun Mahathir's crony, is playing foolished on the feelings of the Chinese.
When Lim Tong Ngong (not his real name) read that former attorney general (AG) Tommy Thomas had reduced the drug possession charges against the son of tycoon Vincent Tan, he was a bit disappointed.
While he understands that the attorney general has a prerogative to do so, Lim Tong Ngong cannot help but ask why his brother who is still in his early 30s was not given the same second chance at life.
His brother Lim Boh Hong (not his real name) is serving a life sentence. He was arrested with 1kg of marijuana when he was 25 years old.
Like the tycoon's son, Lim Boh Hong was charged under Section 39 (b) of the Dangerous Drugs Act 1952. But while the charges against Tan's son were reduced, Lim Boh Hong was tried, found guilty and sentenced to 'death'.
His sentence was later commuted to life imprisonment.
This Tycoon is 'peeing' all the Chinese by tycoon Vincent Tan, Tun Mahathir's crony.
All Chinese have to play foolish with Tun Mahathir's crony Chinese tycoon .. kah kah..
Enough is enough for the Chinese to vote for PH Bersatu PN PKR PAN .. to the detriment of the Chinese themselves ...
Poor to Lim Tong Ngong and Lim Boh Hong too.. kah kah kahh..!!
Prestasi kewangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dijangka meningkat tahun ini biarpun masih bergelut penularan wabak Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, semua sektor mula menunjukkan peningkatan berbanding 2020 kecuali bidang hartanah.
Katanya, keuntungan sebelum cukai 18 kumpulan anak syarikat PKINK pada 2020 ialah RM43.3 juta, meningkat kepada RM68.5 juta tahun lepas.
##YANG INI MENYERONOKAN RAKYAT. NANTI UNTUNG BOLEH BANTU RAKYAT. BIASISWA, RAKYAT MISKIN. DENGAN PARTI 60 TAHUN RAKYAT TAK MERASA.###
Post a Comment