Tuesday, March 15, 2022

Rumah pelacuran diserbu polis

 

Polis menyerbu sebuah rumah di Taman Usahawan, Kepong, dipercayai dijadikan tempat pelacuran. - Foto NSTP/Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Sebuah rumah di Taman Usahawan, Kepong, dipercayai dijadikan tempat pelacuran diserbu polis menerusi Ops Noda, semalam.

Dalam operasi pada jam 10.55 malam itu, sepasukan anggota Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menahan dua wanita disyaki pelacur, masing-masing berusia 33 dan 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata turut dirampas, wang tunai RM170 dipercayai hasil kegiatan pelacuran, dua telefon bimbit dan dua tuala, selain beberapa kondom, minyak urut dan pelincir.

"Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan menjadikan rumah persendirian sebagai tempat pelacuran.

"Suspek kini direman mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan salah guna permit pekerjaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terbabit aktiviti tidak sihat memandangkan wabak COVID-19 masih berleluasa.

"Mereka ada maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya. (BH)

2 comments:

  1. Dari blog jessy gay gay si barua Tun Mahathir. Barua ini dakwa Bossku tolak Zety jadi saksi.

    Persoalan kenapa sampai sekarang Zety tidak ditangkap lagi..!?

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya telah ditawarkan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz sebagai saksi pembelaan ketika pendakwaan menutup kes mereka pada perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn. Bhd.

    Tawaran tersebut bukan sahaja tidak diterima oleh pasukan pembelaan Ahli Parlimen Pekan itu malah mereka juga tidak merebut peluang untuk menemuramah Gabenor Bank Negara wanita pertama negara itu.

    Jessy gay gay sendiri menulis dalam blog nya penglibatan suami penyamun Zety dan anak beranak... seperti yg ditulisnya ayat dibawah ini

    "Selain itu, ‘penglibatan’ suami bekas Gabenor Bank Negara itu, Datuk Dr. Tawfiq Ayman dan dua anak mereka, Alif Ayman dan Abdul Aziz yang dikatakan telah menerima wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang didakwa pihak pembelaan dalang utama penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak berkaitan dengan rayuan Najib"

    Persoalan nya kenapa sampai sekarang harta Zety tidak dibekukan dan Zety tidak ditangkap lagi...!?

    Jangan alih tiang gol... jangan alih kapal belayar di sungai ke lautan
    dalam...


    KHALAS

    ReplyDelete
  2. NEWS Tun Daim Zainuddin: Orang Terkaya Sebenar Dan Tidak Dilaporkan Di Malaysia Bernilai RM 65 Bilion Di Bursa Malaysia – Kekayaan Disimpan Di Luar Negara Berjumlah RM20 Bilion

    16 Mac 2022

    Kita tertanya-tanya kenapa Forbes atau Fortune tidak pernah menyenaraikan kekayaan individu ini, tetapi berdasarkan bukti, orang terkaya di Malaysia itu mungkin Melayu bukannya Cina.

    Pada satu peringkat bekas Menteri ini dilaporkan berkata beliau mempunyai sekurang-kurangnya RM65 bilion kelihatan di Bursa Malaysia.

    (LSS) – Walaupun kebanyakan orang kecewa jika bekas ahli politik atau menteri kewangan didedahkan mempunyai akaun rahsia di bank Switzerland, nampaknya salah seorang daripada mereka sebenarnya MEMILIKI Swiss Bank – DITAMBAH EMPAT BELAS (14) bank lain di sekitar dunia

    ReplyDelete