Friday, March 11, 2022

Rusia bom reaktor nuklear, Yahudi-Zionis 2 gajah bertarung...

 

Penduduk di Irpin, wilayah Kyiv, menyelamatkan diri susulan serangan Russia ke atas Ukraine. - FOTO EPA

Russia bom institut tempat reaktor nuklear eksperimen di Ukraine

KYIV: Pesawat Russia mengebom sebuah institut di bandar Kharkiv, Ukraine, yang menempatkan reaktor nuklear eksperimen sehingga menyebabkan sebuah asrama berdekatan terbakar, menurut pegawai kanan negara ini, semalam.

Penasihat kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Anton Gerashchenko, berkata institut terbabit, Institut Fizik dan Teknologi, mempunyai 'sumber radiasi yang digunakan untuk tujuan saintifik'.

Agensi berita Ukraine, The Interfax, melaporkan anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api yang menjilat sebuah asrama lima tingkat yang meliputi kawasan seluas 100 meter persegi.

Terdahulu, laman sesawang rasmi Parlimen Ukraine memaklumkan, pertempuran sedang berterusan berhampiran institut itu.

Minggu lalu, pasukan tentera Russia menawan stesen tenaga nuklear di Zaporizhzhia selepas serangan yang turut menyaksikan sebuah kemudahan latihan terletak bersebelahan terbakar. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu HasyimPuak Yahudi ortodok-Zionis, berselindung di balik 2 gajah bertarung, pelanduk 'mustad'afin'tersepit di tengah-tengah.. Siapa mustad'afin? Iaitu golongan tertindas, termiskin yang perlukan bantuan. Termasuk juga umat Islam di rantau tersebut.

Bagaimana hendak membantu golongan mustad'afin Ukraine dari Malaysia? 

Antara perkara yang boleh kita lakukan ialah:

1. Berdoa

Doa merupakan senjata bagi umat Islam. Maka titipkan doa untuk pejuang-pejuang Palestin dan golongan mustad'afin se dunia, dalam munajat kita.

Ini kerana sabda Baginda Rasulullah SAW: Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: Dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan). - [HR Muslim 4912].

Antara doa yang boleh dibaca ketika selesai solat fardu ialah:

Ya Allah turunkanlah hukumanMu atas kaum Yahudi yang telah melakukan kezaliman dengan membunuh saudara-saudara kami kaum muslimin di Palestin.

Ya Allah hukumlah mereka sesungguhnya mereka tak mampu melemahkanMu, Ya Allah cerai-beraikan mereka porak-porandakan kesatuan mereka dan turunkanlah balasanMu atas mereka.

Ya Allah kumpulkan dan binasakanlah mereka dan janganlah Kamu sisakan sedikitpun dari mereka, Ya Allah turunkanlah atas mereka dan semua pihak yang membantu mereka balasanMu yang tidak dapat ditolak oleh kaum pembuat kezaliman.

Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami kaum muslimin yang lemah di Palestin, Ya Allah sayangi dan kasihilah mereka dan keluarkanlah mereka dari segala masalah yang mereka alami saat ini.

Ya Allah terimalah syuhada mereka dan sembuhkanlah yang luka dan sakit dari kalangan mereka, Ya Allah tetaplah bersama mereka dan jauhilah musuh-musuh mereka kerana tiada daya dan kekuatan bagi mereka kecuali dariMu.

Ya Allah turunkanlah pertolonganMu buat kaum mujahidin di seluruh dunia. 

2. Nyatakan sokongan di laman sosial

Media sosial merupakan salah satu saluran bagi menunjukkan bantahan kita terhadap apa yang berlaku di bumi Palestin.

Inilah antara salah satu benda yang ditakuti oleh Zionis Israel kerana apabila warga net mula bertindak balas atas segala perbuatan yang telah mereka lakukan.

Kezaliman yang di buat harus dipertontonkan di mata dunia agar keperitan rakyat Palestin dirasai bersama.

Sabda Baginda Rasulullah: Kamu melihat orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang, hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila ada bahagian tubuh yang berasa sakit, maka bahagian tubuh yang lain ikut tidak boleh tidur dan merasa demam. - [HR Bukhari 5552].

3. Berhenti membeli produk dari Israel

Melemahkan ekonomi merupakan salah satu tindakan yang amat berkesan bagi menjatuhkan Zionis Israel. Mengenali syarikat-syarikat Israel bukanlah satu perkara yang sukar buat masa sekarang. Ini kerana, teknologi masa kini dapat digunakan bagi mengenali mana-mana syarikat yang diasaskan oleh Israel.

Memboikot barangan Israel merupakan satu tanda protes rakyat Malaysia terhadap serangan rejim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban.

4. Memberi sumbangan

Sumbangan yang diberikan dapat digunakan bagi membantu rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan Zionis.

Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai rakyat yang pemurah perlu menyahut seruan untuk membantu saudara-saudara kita di sana bagi mengurangkan beban mereka yang kehilangan rumah, kesihatan dan infrastruktur yang musnah akibat serangan ke atas Gaza.

Wang yang disedekahkan akan menjadi saksi di hadapan Allah bahawa kita juga turut membantu dan menolong saudara seagama kita di sana. Semoga derma yang diberikan menjadi saham akhirat kita di sana nanti.

Sabda Baginda Rasulullah: Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya. - [HR Muslim 2699]

5. Sertai jamaah Islam atau parti Islam (PAS)

Sertai jamaah Islam atau Parti Islam, dari kampung sendiri, daerah, negeri, negara dan antarabangsa. Di Malaysia ada  Parti Islam Se Malaysia (PAS), berdaftar dengan kerajaan, bergerak mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan, menyertai pilihan raya umum, telah memenangi di beberapa negeri dan beberapa kawasan parlimen.

Pada PRN Johor kali ini, Perikatan Nasional bertanding di semua 56 kawasan DUN melibatkan 33 calon daripada Bersatu, PAS (15) dan Gerakan (lapan). Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac akan datang sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Juga, hal ini berlaku kerana PAS terus kompromi dengan beberapa parti politik untuk mencapai cita-cita menegakkan kebajikan, atau negara Islam. Menegakkan negara Islam adalah wajib, ia menjadi 'fardhu ain kepada setiap individu Muslim kalau negara Islam masih belum tertegak. 

Bahkan tidak sempurna iman seseorang itu selagi negaranya sendiri masih belum menjadi negara Islam yang sebenarnya. Menegakkan negara Islam sebenar, itulah yang menggerunkan Israel dan musuh-musuh Allah SWT..

Wallahu 'aklam.

Siri Analisis PRN Johor

  


1 comment:

  1. Liberal kata semua agama adalah sama. Jadi tuhan agama lain sama dengan Allah. Sesat bangat puak liberal. Patutlah layu ngan dap.

    ReplyDelete