Wednesday, March 16, 2022

Siapa dayus Hindu pertahan agama sendiri, berbanding Melayu sokong anti Islam?

 

Gadis Islam memakai hijab dan niqab berjalan pulang selepas menghadiri kelas di Bengaluru, India selepas Mahkamah Tinggi Karnataka mengekalkan larangan bertudung di sekolah. - Foto EPA

Kumpulan tegar desak larangan bertudung di sekolah seluruh India

AHMEDABAD: Kumpulan nasionalis tegar menuntut sekatan pemakaian hijab di dalam kelas di lebih banyak negeri di India selepas mahkamah mengekalkan larangan bertudung di sekolah di Karnataka.

Penghakiman itu menimbulkan kebimbangan pelajar Islam mengenai masa depan akademik mereka, sekiranya mereka membantah larangan itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka semalam, menyokong larangan berhijab di selatan India pada Februari lalu, yang turut disambut baik Perdana Menteri, Narendra Modi, mengatakan pelajar harus mengelak pakaian keagamaan dalam kelas.

Tiada garis panduan kebangsaan mengenai pakaian seragam di India dan negeri sering menyerahkan kepada pentadbiran sekolah untuk memutuskan pakaian perlu dipakai pelajarnya.

Presiden Akhil Bharat Hindu MahaSabha, Rishi Trivedi, berkata India pada dasarnya adalah negara Hindu dan enggan melihat apa-apa jenis pakaian keagamaan di institusi pendidikan negara.

"Kami mengalu-alukan keputusan mahkamah dan mahu peraturan sama dipatuhi di seluruh negara," katanya.

Larangan di Karnataka yang ditadbir Parti Barathiya Janata (BJP)itu mencetuskan bantahan beberapa pelajar Islam dan ibu bapa, selain bantahan balas pelajar Hindu.

Pengkritik larangan itu berkata, ia adalah satu lagi kaedah meminggirkan masyarakat Islam yang merangkumi kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India.

Pemimpin Vishva Hindu Parishad (VHP), sekutu RSS, pertubuhan induk BJP, meminta larangan hijab di negeri asal Modi di Gujarat, selain akan menulis surat kepada negeri paling ramai penduduk, Uttar Pradesh, di mana BJP turut berkuasa.

Setiausaha Gujerat VHP, Ashok Raval, bertudung tidak dibenarkan dalam pasukan pertahanan, polis dan pejabat kerajaan, jadi kenapa larangan bertudung di sekolah dan kolej dipertikaikan? Ini percubaan mencetuskan ketegangan kaum," katanya.

Namun, Menteri Pendidikan Gujarat, Jitu Vaghani, enggan mengulas manakala seorang menteri negeri dan seorang birokrat yang enggan namanya disiarkan, berkata tiada rancangan segera untuk mengharamkan tudung di sekolah.

Pegawai di Uttar Pradesh, di mana BJP kekal berkuasa selepas pilihan raya baru-baru ini, berkata keputusan hanya akan diambil pentadbiran seterusnya, yang sepatutnya dilaksanakan dalam beberapa hari.

Ayesha Hajeera Almas yang mencabar larangan Karnataka di mahkamah dan kini mempertimbang untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan itu di mahkamah tertinggi India berkata, wujud kebimbangan sebenar bahawa larangan hijab kini akan diteruskan pada peringkat nasional.

Remaja berusia 18 tahun itu berkata dia tidak bersekolah apabila pihak berkuasa melarang gadis Islam memakai tudung, sejak akhir Disember 2021 dan larangan sama berkuat kuasa di seluruh negeri pada awal Februari lalu.

"Semakin lama, kami rasa tidak menerima layanan sama rata ketika tinggal di India," kata Almas dari daerah Karnataka di Udupi, lokasi protes bermula.

"Saya berjuang untuk diri sendiri, adik perempuan dan agama. Saya takut perubahan ini akan berlaku di seluruh negara, tetapi berharap sebaliknya," katanya. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa dayus antara  pemimpin nasionalis ekstrem India yang memaksa umat Islam menganut ajaran Hindu ekstrem di India yakni paksa Muslimah buka aurat, di negeri lahir mereka di India?

Siapa dayus berbanding dengan pemimpin Melayu mengaku Islam di negara umat Islam Tanah Melayu/Malaysia sendiri yang akur kepada pendatang bukan Islam, dalam menanggalkan aurat Islam? Mereka lebih hormatkan pendatang antiIslam dari bangsa Islam sendiri. Apa hebatnya Melayu kalau tiada Islamnya?

Beberapa pelajar sekolah yang berhijab belajar di perkarangan kolej di Bengaluru selepas mahkamah di India melarang pelajar sekolah berhijab. - Foto AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails