Tuesday, March 08, 2022

S'pura tawar pajak laut. Ada peluang 'manfaat'kan macam P.B/Putih?

 

Singapura tawar pajakan ruang laut di Perairan Selatan, Selat Johor Timur

SINGAPURA: Kerajaan akan menawarkan pajakan ruang laut di Perairan Selatan dan Selat Johor Timur kepada semua jenis perusahaan ladang ternakan hasil laut.

Tindakan itu bertujuan memberi penternak kepastian mengenai tempoh pemegangan pajakan ruang laut dan mempermudahkan perancangan serta pelaburan jangka panjang.

Ladang sedia ada akan dipindahkan kepada aturan itu dengan pengenalan lesen pendudukan sementara (TOL) mulai 1 Januari tahun depan, kata Menteri Negara (Kemampanan dan Sekitaran), Desmond Tan.

"Hari ini, ladang di laut tidak ada mekanisme pajakan dan ini menimbulkan sedikit ketidakpastian bagi ladang.

"Kaedah ini akan memberikan ladang masa pendahuluan yang mencukupi untuk mempertimbangkan keputusan pelaburan jangka panjang," katanya ketika perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementeriannya semalam.

Kelmarin, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengumumkan kerajaan akan membuka tender kepada lebih banyak kawasan di darat dan laut di Perairan Selatan dan bahagian kiri Selat Johor dengan tempoh pajakan yang lebih lama.

Tender baru itu akan dilancarkan secara berperingkat mulai akhir 2022, bertujuan memberi lebih kepastian kepada syarikat perniagaan dengan memberi mereka pilihan melanjutkan tempoh pajakan selama 10 tahun lagi selepas pajakan 20 tahun tamat.

Langkah itu bermatlamat memberikan lebih banyak ruang pertanian dengan pajakan yang lebih lama ketika Singapura menyasarkan penghasilan 30 peratus keperluan makanan tempatan menjelang 2030 untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Buat masa ini, Singapura mengimport lebih 90 peratus bekalan makanannya tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan, penghasilan ikan, sayur-sayuran dan telur semakin meningkat.

Ini berikutan bantuan geran kerajaan untuk mempertingkatkan daya penghasilan dan membiayai kos pendahuluan.

SFA turut mengumumkan Dana Transformasi Kelompok Agro-Makanan bernilai S$60 juta yang menyokong petani dan peladang tempatan mengembangkan keupayaan pengeluaran.

Ia juga akan dipertingkatkan untuk menawar pembiayaan bersama yang lebih tinggi bagi jenis makanan lebih luas yang biasa dimakan oleh penduduk tempatan, termasuk sayur-sayuran, cendawan dan udang. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimSingapura tawar pajakan ruang laut di Perairan Selatan, Selat Johor Timur. Ada ke peluang puak-puak tertentu boleh  'manfaat'kan macam yang di'gossip'kan berlaku ke atas Pulau Batu Putih?  

Maka, PRN Johor menjadi 'berganda-ganda' rebutan? Jadi, pilih yang betul-betul 'tidak rasuah' demi keselamatan negara kita.. Insya Allah!

Siri Analisis PRN Johor

  


No comments:

Post a Comment