Monday, March 14, 2022

Tawaran seks di Twitter, RM10,000 wang pelajar 'licin'.

 

Pelajar Kolej Rugi RM10,000 Selepas Ghairah Tawaran Seks

MELAKA – Wang simpanan seorang pelajar kolej berjumlah RM10,000 ‘licin’ selepas terpedaya dengan tawaran seks di Twitter, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Azmi Aziz berkata, mangsa berusia 18 tahun terpedaya selepas tertarik dengan pakej perkhidmatan seks selama dua jam.

“Mangsa menekan pautan dan bersambung ke aplikasi Telegram sebelum ditawarkan pakej perkhidmatan seks pada harga RM300 untuk tempoh dua jam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Suspek memberitahu bayaran perlu dibuat melalui tambah nilai kredit dan mangsa diminta untuk menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam pada hari sama.

“Seorang lelaki menghubungi mangsa meminta membuat bayaran deposit tambahan sebagai cagaran supaya wanita tersebut tidak dicederakan dan remaja itu membayar sehingga RM10,000 sebelum menyedari dia ditipu,” katanya. – KO

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails