Monday, March 07, 2022

Ukraine, lobi Israel, pelanduk mati antara 2 gajah -Presiden PAS

 

Ukraine mangsa buah catur

FIRMAN Allah SWT:

﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾

“Orang-orang Yahudi berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka (Maha Pemurah rahmat-Nya); Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al-Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu sungguh-sungguh akan menambah kederhakaan dan kekufuran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah menimbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, maka Allah memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.” (Surah al-Ma’idah: 64)

Seluruh dunia dikejutkan peperangan terkini yang berlaku apabila Rusia dan sekutunya bertindak menyerang Ukraine. Keadaan ini sangat membimbangkan sekiranya ia semakin melarat.

Hendaklah difahami betapa gerakan Zionis (golongan fanatik Yahudi) telah berjaya menanam pengaruh mereka secara langsung ke dalam negara Ukraine. Malah, mereka secara langsung juga telah berjaya melantik daripada kaum bangsanya, Volodymyr Zelensky menjadi ketua negara yang dimenangkan secara lobi kononnya berkonsepkan demokrasi.

Zelensky ialah seorang seniman lawak jenaka berkelulusan universiti yang tersohor dalam siaran TV negaranya. Kini, dia berjaya meletakkan negaranya dalam situasi laksana kata perumpamaan Melayu seperti pelanduk mati di antara dua gajah yang berjuang. Sekalipun pelanduk itu dianggap sebagai haiwan yang cerdik.

Peperangan yang tercetus kini juga merupakan akibat daripada pengaruh Zionis terhadap politik di negara besar blok Barat yang dibayangi oleh lobi Zionis yang menguasai 3M iaitu ‘Money, Media dan Management’ (duit, diayah dan pengurusan). Sehinggakan, calon atau sesiapa pun yang mahu memenangi pilihan raya bagi memimpin negaranya mestilah individu yang paling kuat menyokong negara haram Israel.

Amerika Syarikat dan kumpulan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah berjaya digerakkan supaya melakukan provokasi terhadap blok Timur yang dikuasai oleh Rusia, dengan mengasak negara terbabit. Sehinggakan, berjaya menarik dalam kalangan negara-negara Eropah Timur yang merupakan bekas jajahan Soviet menjadi anggota NATO.

Selain itu, turut dipersenjatai Ukraine yang paling berjiran dengan Rusia sebagai kuasa besar yang kuat. Pada masa yang sama, masing-masing saling menunjukkan kebijaksanaan, laksana Iblis yang takabur dengan kebijaksanaannya tanpa berpandukan hidayah Allah SWT.

Lalu, apa yang sedang berlaku menyebabkan masing-masing terperangkap dalam peperangan yang boleh melarat kepada meletusnya Perang Dunia Ketiga. Sekiranya perang meletus, mereka yang kalah menjadi abu dan mereka yang menang pula menjadi arang. Marilah kita berharap kepada Allah SWT agar menyelamatkan dunia daripada bencana yang parah ini.

Namun, langkah provokasi Barat itu laksana mengacu senjata di atas kepala secara langsung, sehingga mencetuskan tindakan yang sewajarnya oleh Rusia bagi mempertahankan negaranya yang sedang diancam secara dekat. Amerika Syarikat sendiri juga pernah bertindak apabila Soviet membekalkan senjata berbahaya kepada Cuba sekitar tahun 60-an dahulu. Bagaimana pula jika Rusia atau China pula memunggah senjatanya di Mexico?

Dalam pada itu, hendaklah dibaca adanya laporan yang memberitakan bahawa terdapat tiga mazhab kumpulan Zionis dalam bacaan politik terkini.

Pertama, mazhab Zionis yang gila kuasa menginginkan agar dilancarkan perang terhadap kumpulan yang mahu menghapuskan negara haram Israel. Kumpulan tersebut dipimpin oleh Negara Republik Islam Iran, beberapa buah negara Arab dan Islam serta kumpulan Palestin yang menolak penyelesaian dua negara (two state solution) yang diuar-uarkan.

Penentangan tersebut adalah bagi menghalang kebangkitan kuasa besar Israel yang diperjuangkan supaya mengambil alih kuasa besar dunia yang ingin dikembalikan, laksana kerajaan Nabi Sulaiman AS yang menjadi kebanggaan mereka. Kumpulan ini lebih ramai berada dalam Israel dan masih berjalan kempen yang mengarahkan kaum Yahudi daripada seluruh pelosok dunia, termasuk yang berada di Ukraine yang tidak mahu ke sana, kerana mereka menganggap kedudukan Israel masih tidak selamat.

Kedua, mazhab Zionis yang mendahulukan penguasaan ekonomi dunia dengan mengumpulkan segala kekayaan yang menjadi nafsu kuat kaum Yahudi Zionis. Mereka menganggap perang yang berlaku di Asia Barat boleh menganggu kedudukan ekonomi mereka yang berada di negara Barat, khususnya di Amerika dan Eropah.

Ketiga, Mazhab Ortodoks yang anti-Zionis yang mengharamkan penubuhan negara Israel kerana membahayakan kaum bangsa Yahudi sendiri yang telah banyak melakukan dosa. Mereka hanya menunggu pemimpin yang layak muncul pada akhir zaman bergelar al-Masih (Islam menyebutkannya dengan Dajjal). Mereka hanya mempercayai bahawa negara Israel yang ada hari hanya menempah maut sahaja.

Allah SWT menyebutkan dalam al-Quran melalui firman-Nya:

﴿لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ١٣ لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾

“Sesungguhnya kalian dalam hati mereka lebih ditakuti daripada Allah. Oleh yang demikian, kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti. (13); Mereka tidak akan memerangi kalian dalam keadaan kalian bersatu padu, kecuali dalam kampung-kampung yang berbenteng atau di sebalik tembok. Permusuhan sesama mereka adalah sangat hebat. Kalian mengira mereka itu bersatu, sedangkan hakikatnya hati mereka berpecah belah. Hal ini demikian kerana, sesungguhnya mereka merupakan kaum yang tidak mengerti. (14)” (Surah al-Hashr: 13-14)

Bahkan, sekarang dapat disaksikan berlakunya pembinaan tembok yang dianggap penjara terhadap Palestin. Akan tetapi, sebenarnya pembinaan itu adalah untuk menyelamatkan penempatan pendatang baharu kaum Yahudi, termasuklah kalangan mereka yang melarikan diri daripada perang yang berlaku di Ukraine.

Hal ini sekali gus menunjukkan berlakunya krisis dalaman negara Israel yang kian terdedah secara terbuka.

Ramai dalam kalangan pengamat sejarah dua perang dunia yang lalu mengatakan bahawa penglibatan kumpulan Zionis yang telah mencetuskan kemusnahan politik, ekonomi dan sosial terhadap negara dan bangsa bukan Yahudi. Kemusnahan yang telah memakan banyak mangsa khususnya dalam kalangan bangsa yang lemah apabila negaranya dijadikan medan peperangan.

Walaupun berlakunya sikap ‘double standard’ dari segi kemanusiaan dengan menggunakan media Barat, pertubuhan antarabangsa dan mahkamahnya bagi menunjukkan pengaruh Zionis yang sangat berpihak kepada Barat dan pelarian Ukraine. Walhal, sikap itu tidak sama sebagaimana sikapnya terhadap pelarian dan negara mangsa perang seperti Palestin, Afghanistan, Iraq, Somalia, Chad dan lain-lain.

Firman Allah SWT:

﴿۞لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ٨٢﴾

“Sesungguhnya kalian mendapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik. Dan sesungguhnya kalian mendapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: ‘Sesungguhnya kami ini orang Nasrani.’ Oleh yang demikian, perkara itu disebabkan antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.’” (Surah al-Ma’idah: 82)

Kita percaya bahawa mereka tidak boleh menipu untuk selama-lamanya. Akan tiba masanya, terbit kesedaran masyarakat antarabangsa yang majmuk daripada kalangan umat Islam dan bukan Islam (tidak Zionis) terhadap penipuan yang sangat licik. Firman Allah SWT:

﴿وَقَدۡ مَكَرُواْ مَكۡرَهُمۡ وَعِندَ ٱللَّهِ مَكۡرُهُمۡ وَإِن كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُولَ مِنۡهُ ٱلۡجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٖ٤٧﴾

“Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan yang besar padahal di sisi Allah jualah (balasan) terhadap rancangan mereka itu. Dan sesungguhnya rancangan mereka itu (amat besar), sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (46); Oleh itu, janganlah sekali-kali kalian mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya; sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47)” (Surah Ibrahim: 46-47)

Akhirnya, apa yang sedang berlaku ini akan menyedarkan semua pihak dan bangkit menentang mereka.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 3 Sya‘ban 1443 / 6 Mac 2022 – HARAKAHDAILY 6/3/2022

3 comments:

Anonymous said...

Zety mengganas... ini baru gajah sama gajah gaduh tikus mati tengah tengah...

POSTER yang mendakwa wujud tekanan daripada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Azis terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir

Hari ini tersebar poster yang mendakwa Zeti menggugut akan membongkar kesalahan Muhyiddin Tun dan Mahathir, jika terus membiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Zeti dan suaminya.

Semakan SatuBerita di semua platform carian mendapati berita berkaitan dakwaan tersebut disiarkan portal berita atau pun media arus perdana.

Karma sumpah laknat makin panas


KHALAS

Anonymous said...

'Najibphobia' mengusarkan, mencemaskan Tun Mahathir dan walaun, pencacai Tun serta sekutunya di PRN Bangsa Johor

Diwaktu hendak menjatuhkan Perdana Menteri Tuanku Abdul Rahman pun , Mahathir hanya menulis satu surat sahaja.

TUN MAHATHIR kini telah pun menulis surat ke Empat (saya ulangg..!!) dalam siri kempen nya untuk PRN Johor. PRN Bangsa Johor dan rakyat Malaysia buat bodoh jer dengan surat Tun itu.

Tun jangan tulis surat lah benda tu dah ketinggalan zaman guna surat Tun...baik tulis dlm email atau blog... kan senang.. kikiki

Najib bukan calang calang pemimpin di mana sudah jatuh dari jawatan Perdana Menteri, sudah didakwa dan di jatuh hukum oleh Hakim pilihan Mahathir , pun Mahathir masih tidak senang duduk.

Sebelah pagi hakim jatuh hukum Bossku bersalah tapi tak masuk penjara lagi, tengah hari Tun tak puas hati dng kata penjenayah itu mungkin akan jadi PM jika tidak dipenjara secepat mungkin... Mencipan Gelabah nya orang tua ni..!!

Dulu Mahathir jerit DAP Rasis, DAP merbahaya, sesiapa Melayu yang undi DAP ada lah pengkhianat. Namun akhir nya Mahathir sendiri menjilat jadi barua DAP.

Ada sesuatu yang menakutkan Mahathir berkenaan Najib Razak jika dia bangkit semula.

Ada orang kata , Najib tahu sesuatu yang orang lain tidak tahu tapi tidak boleh di dedahkan tanpa kuasa.

Tujuh tahun Tun Mahathir meratip kisah 1MDB dan rakyat telah terpedaya dengan kisah nya, kini rakyat tidak lagi boleh di paksa mempercayai selama nya dengan penemuan banyak bukti baru dan pendedahan terkini.

Malah Ketika kes 1MDB berlangsung pun rakyat menolak Mahathir dan kuncu kuncu dengan penangan 7-0 di PRK dan 2- di PRN.

Ini melambangkan betapa rakyat sudah tidak mahu mendengar apa apa nasihat dari Mahathir lagi.

Kemaraan Bossku menggusarkan Mahathir sekaligus menunjuk kan rakyat sudah jemu dengan politik Mahathir umpan kebencian untuk rakyat tetapi apabila sudah berkuasa, rakyat yang mengundi di pandang hina di seru ikat perut dan jangan iri hati kepada orang kaya.

PRN Johor begitu mengerunkan Mahathir jika ambil kira telah menulis surat buat kali ke 4. Tulis lah surat yang ke seratus sekali pun, tiada siapa peduli dengan Mahathir..!!

Anonymous said...

Ada parti walaun cabar letak muka wak jahit la muka bossku la di PRN Bangsa Johor..

Aku dah kate... letak muka lembu utk BN letak muka tun ato Boboi dri PejWang...

BN bole jer menang ... dapat 2/3 majority lagi... ko tungguuu

no hal brooo..!!

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails