Sunday, March 20, 2022

Umno Kelantan putuskan hubungan dengan PAS melalui surat 22 Jan...

 

Wakil Kelantan sembunyi cerita sebenar di PAU

KOTA BHARU: Kenyataan perwakilan Umno Kelantan Zawawi Othman yang meletak kesalahan terhadap PAS berhubung Muafakat Nasional (MN) pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 bertentangan sama sekali dengan realiti yang berlaku.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Mohamad Kamal Mohamed berkata, hakikatnya Umno yang mula agenda menyisihkan rakan muafakat apabila mengumumkan bertanding semua kerusi di PRN Melaka dan Johor.

Begitu juga katanya Umno Kelantan paling awal memutuskan hubungan dengan PAS melalui surat yang dihantar pada pertemuan yang diadakan pada 22 Januari lepas.

“Menunding jari dengan meletakkan kesalahan terhadap PAS dalam situasi Muafakat Nasional adalah paradoks yang bertentangan dengan kenyataan sebenar.

“Jika umpan ‘itik patah kaki’ sebagai suatu yang besar, mengguris perwakilan Umno Kelantan apalah sangat sekiranya dibandingkan dengan tindakan yang diputuskan di Melaka dan Johor. Bukan sekadar mengguris perasaan tetapi merencatkan muafakat yang masih sah,” katanya di sini.

Ketika perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno, wakil Kelantan terbabit menyifatkan PAS ada tiga ‘jahanam’ dengan menamakan tiga pemimpin utama termasuk Naib Presiden Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Ketua Pengarah Pilihan Raya Dato Seri Muhamad Sanusi Md Nor.

Mohamad Kamal berkata, sepatutnya ruang yang ada digunakan sebagai membuat koreksi kendiri parti dengan menegur dan membetulkan laluan yang sedang diterajui Umno hari ini.

Katanya bukan caranya meletakkan kesalahan pada parti lain, apatah lagi menjahanamkan pemimpin parti rakan muafakat.

“Tidak mahu saya sentuh perkara dalaman Umno tetapi perlu diingatkan juga agar perwakilan dan rakan-rakan termasuk Puteri dan Pemuda tidak sewenangnya “memukul” pimpinan parti muafakat yang lain dalam sesi-sesi perbahasan.

Kata orang tua-tua, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Kalau cakap hanya untuk sedapkan ahli, tanpa merujuk situasi sebenar lebih baik diam,” katanya.

Menurutnya juga ketika kerajaan BN tumbang pada PRU lepas PAS dijadikan sebagai tongkat untuk Umno bangkit semula atas nama perpaduan Melayu.

Malah katanya Umno pada awalnya bersetuju untuk memperkukuh penyatuan ummah, dengan menjemput Bersatu sertai MN, namun kerana agenda segelintir pemimpinnya usaa itu tidak menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 19/3/2022

3 comments:

  1. Zahid dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak adalah orang terakhir yang bersetuju untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Ismail Sabri sebagai PM ketika itu.

    Ia bukan suatu yang pelik untuk mendengar cerita yang dimanipulasi Zahid, jadi tidak hairanlah jika Anwar yang dianggap cikgunya sendiri pun sanggup ditipu.

    Zahid dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak adalah orang terakhir yang bersetuju untuk menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Ismail Sabri sebagai PM ketika itu.

    Ia bukan suatu yang pelik untuk mendengar cerita yang dimanipulasi Zahid, jadi tidak hairanlah jika Anwar yang dianggap cikgunya sendiri pun sanggup ditipu.

    ReplyDelete
  2. Rakyat tidak lupa tentang surat sokongan yang dihantar Zahid dan Najib ke Istana Negara untuk menyokong Anwar sebagai PM tetapi alih-alih bertukar fikiran selepas Muhyiddin mencalonkan Ismail Sabri sebagai penggantinya.

    Jika Zahid begitu berlagak dengan sumpah laknatnya, mengapa sehingga hari ini sumpah berhubung surat menyokong Anwar mahupun klip audio perbualan tular masih tidak dilakukannya.

    ReplyDelete
  3. SEMUA MENGIKUT PERANCANGAN..!!

    Bismillahhirrahmannirrahim.

    Seawal Disember telah diperingatkan bahawa perjalanan negara bukan diatas kehendak 'khalifah' mahupun ulil amrinya walaupun mereka"berkehendak' tetapi adalah diatas kehendak 'tuan punya" tanah mahupun olih "pemegang Amanah" Nya.

    Telah disimpulkan bahawa kalimah " Wallahi, wabillahi wataullahi' yang dilafas nya sudah 'diangkat" .

    Bukan kerana diri nya itu warak mahupun "berkeromah" tetapi diangkat kerana waktu yang ada adalah teramat singkat untuk perubahan yang telah ditentukan dan dia hanya adalah "asbab"nya untuk beberapa kejadian terjadi.

    Tanda tanda yang jelas telah dipersadakan dikhalayak ramai dan rakyat menjadi saksi nyata.

    Tumbangnya Kerajaan PH 22 bulan, Tumbangnya Mahiaddin dalam masa 17 bulan dan berikutnya Kerajaan Ismail Sabri juga bakal mengikut langkah serupa.

    Inshaallah, Jangka masa yang ada buat Kerajaan Ismail Sabri kini kurang lebih kurang 12 bulan atau kurang.

    Susun atur untuk perubahan telah tersedia. Hanya alasan dan sebab sileh berganti terjadi bagi menjelmakan 'kejadian' sebenar.

    Seperti yang di tuliskan dalam beberapa post terdahulu terutama pada Disember 2021 tentang "bala" dan " balasan" terhadap "sumpah laknat'" yang dilafazkan nya.

    Diulangi lagi bukan kerana diri nya itu warak mahupun berkeromah tetapi "lafaz sumpah" itu "bersaksi" dan "disambut doanya" olih watak watak terpilih. Watak watak hodoh terpacul satu per satu. Alhamdullilah.

    Siapa yang terkena "palitan sumpah yang dilafaz" telah ternyata kini. Seperti yang dituliskan sebelum ini, "siapa bakal tumbang" adakah yang dianiya melafaz sumpah atau yang menganiya nya?.

    Doa orang yang dianiya tiada hijab, tanda tanda doa orang yang dianiya satu persatu dijelmakan atas kehendak Nya.

    Watak watak hodoh juga sedang di tunjuk kan satu per satu bagi peringatan bagi orang yang berfikir.

    PRN Bangsa Johor terkini tanda nyata kesipuan dan kemaluan terbesar ditunjukkan pada watak watak hodoh itu dari banyak nya petanda sebelum ini dari orang yang teraniya.

    Juga telah ditunjukkan atas kehendak nya dinyatakan bahawa Mahathir tidak akan jadi Mahathir yang dulu. Watak sebenar disebalik kononya watak Islamik nya terungkai satu persatu. Petanda ini untuk orang orang yang mahu berfikir.

    Apa yang dilalui dan bakal ditempuhi Mahathir adalah "kekerapan" berulang ke IJN, seperti apa yang berlaku sekarang.

    Satu perkara lagi, inshallah, Ismail Sabri bakal PM terpendek dan laluan sesorang dari Selatan tanah air untuk ke persada jawatan President adalah pasti . Insyallah

    ReplyDelete