Selepas berbulan-bulan kontroversi mengenai larangan hijab di India, Mahkamah Tinggi Karnataka menolak petisyen yang difailkan oleh gadis Islam di Udupi, yang telah menuntut hak untuk memakai hijab di dalam bilik darjah sebuah kolej di situ.
Mahkamah Tinggi berknaan menyatakan bahawa memakai tudung (tudung Muslim) bukanlah amalan penting dalam Islam dan kebebasan beragama di bawah Perkara 25 perlembagaan tertakluk kepada sekatan yang munasabah.
Mahkamah itu juga menegaskan bahawa pelajar tidak boleh membantah pakaian seragam yang ditetapkan oleh institusi pendidikan kerana ia termasuk dalam kategori sekatan yang munasabah.
Keputusan itu bagaimanapun telah dikritik secara meluas oleh umat Islam di negara itu, khususnya wanita Islam di platform media sosial, yang merasakan ia itu akan semakin menjauhkan hak umat Islam di India.
Golongan wanita Muslim bangkit dengan semangat jitu dan kebimbangan larangan berhijab di institusi pendidikan di Karnataka akan menular ke negeri-negeri lain di India.
Aliya Assadi, 17, yang belajar di kolej Pra-Universiti (PU) di Udipi dan salah seorang pempetisyen kontroversi hijab berkenaan sebelum ini berkata dia berasa sangat kecewa dengan keputusan yang dibuat mahkamah berkenaan.
“Keputusan itu mengejutkan kami kerana kami menaruh harapan dan kepercayaan yang tinggi terhadap badan kehakiman di India,” katanya kepada sambil menambah bahawa keputusan mahkamah berkenaan ‘telah memecah belah kami (rakyat India)’.
Menurut Assadi, jika hijab bukan bahagian penting dalam agama Islam, pelajar tidak akan bersusah payah untuk berhijab dan menjejaskan pelajaran mereka (kerana tidak dibenarkan berhijab di tempat belajar).
“Sebagai seorang gadis Muslim, saya tahu bagaimana ia akan menjejaskan kebanyakan pendidikan (kita) kerana ramai di antara kita tidak mempunyai pilihan selain berhenti belajar (susulan larangan berhijab di tempat belajar),” katanya, sambil menegaskan, berhijab adalah pilihan peribadinya untuk mengikut ajaran agamanya.
Assadi sehubungan itu berikrar akan bangkit memperjuangkan hak mereka untuk berhijab di sekolah dan kolej sehingga mereka mendapat keadilan.
Hiba Sheikh yang menetap di Mangalore, India berikrar tidak akan menanggalkan hijabnya jika dilarang memasuki kolej pengajiannya.
Kontroversi hijab di Karnataka bermula pada Januari tahun ini apabila sebuah kolej yang dikendalikan kerajaan di daerah Udupi melarang tujuh pelajar perempuan yang memakai tudung daripada memasuki bilik darjah, mencetuskan bantahan oleh orang Islam dan bantahan balas oleh pelajar Hindu berhaluan kanan.
Pada bulan September tahun lalu, petisyen mendakwa diskriminasi oleh guru selepas pihak berkuasa kolej mengeluarkan garis panduan untuk kod sivil seragam.
Pada bulan Januari itu juga, kesemua tujuh pelajar itu memprotes dan memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Karnataka yang mencabar keputusan dibuat kolej mereka.
Assadi dan rakan-rakannya tidak menghadiri kelas sejak Disember. Kebanyakan kolej mengadakan peperiksaan pada bulan ini.
Menurut , Naib Presiden Front Kampus Uddipi, Zam Zam pelajar yang berhijab tidak dibenarkan menduduki peperiksaan amali baru-baru ini.
Presiden Barisan Kampus India, MS Sajid, dalam Twitternya berkata: “Karnataka HC menafikan hak perlembagaan rakyat. Kami tidak pernah menerima keputusan yang bertentangan dengan perlembagaan dan akan meneruskan perjuangan menentang percubaan untuk menindas hak individu. Kami merayu kepada yang berfikiran sekular untuk menyertai perjuangan perlembagaan ini.”
Selepas keputusan mahkamah berkenaan, bantahan telah dilaporkan di Chennai dan Bengaluru.
Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka telah mengecewa dan melukakan hati dan perasaan wanita Muslim di India menyebabkan mereka kini bangkit memperjuangkan hak mereka.
Hiba Sheik, 18, yang belajar di sebuah kolej di Mangalore berkata, hak mereka dicabul melalui keputusan mahkamah itu. Dia menegaskan bahawa dia tidak akan menghadiri kelas tanpa hijab.
“Kami akan meneruskan perjuangan kami dengan cara yang sah dan demokratik,” ujar Sheik.
Sheik muncul sebagai salah satu figura wanita Islam untuk memperjuangkan hijab baru-baru ini selepas dia berhadapan dengan sekumpulan pemuda Hindu sayap kanan yang ‘mengganggu’nya dengan tidak membenarkan Sheik menghadiri peperiksaan dengan berhijab.
Golongan pelajar di India adalah sebahagian daripada Akhila Bharatiya Vidyarthi Parishad (APVP), sebuah kumpulan yang bergabung dengan kerajaan BJP yang memerintah.
Sheik sejak itu telah diganggu oleh golongan sayap kanan yang turut memfailkan Laporan Maklumat Tangan Pertama (FIR) terhadapnya. Dia juga pernah menerima ugutan bunuh melalui mesej.
“Saya sebelum ini memfailkan aduan terhadap golongan pelajar lelaki berkenaan, tetapi kemudian seorang pelajar perempuan Hindu menuduh saya mengugutnya. Dia tidak hadir di tempat kejadian,” katanya.
Sheik berkata sejak itu, dia menghadapi pelbagai jenis ugutan dan mengakui ia menyebabkan pelajarannya kini terjejas.
Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka ternyata telah mengecewakan ramai wanita Islam di India yang bimbang larangan berhijab di Karnataka mungkin diikuti oleh negeri-negari lain di India.
Di India, umat Islam merangkumi kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion populasi yang majoritinya beragama Hindu.
“Akan ada pengecualian besar-besaran wanita Islam daripada pendidikan atau ruang awam,” dedah seorang pelajar dan aktivis Islam di India, Afreen Fatima.
Dia memberitahu TRT World bahawa keputusan itu akan disebut di mana-mana bahawa hijab bukanlah satu kewajipan bagi wanita Islam, yang dia percaya sebagai ‘penyelewengan besar terhadap akidah Islam’.
Fatima berkata bahawa dia tidak boleh menerima fakta bahawa mahkamah mentafsir agama untuk orang Islam.
“Ia (keputusan mahkamah) sebenarnya selaras dengan permintaan BJP dan jenis agenda yang mereka ada,” tegasnya.
Sementara menurut Saniya Sayed, 28,dia tidak berhijab tetapi mengetahui kepentingannya bagi mereka yang memakainya dan kepentingan agama.
“Keputusan (mahkamah) itu memalukan. Dari satu segi, anda memutuskan pakaian untuk wanita. Ia bukan isu jantina tetapi retorik anti-Muslim yang berlaku di India,” tegasnya. – TRT World
No comments:
Post a Comment