Monday, April 11, 2022

2 ladang ternak babi P/Pinang masih beroperasi.. Degil?

 

Pencemaran Gertak Sanggul dari operasi ladang babi

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau mengikuti hantaran dan komen yang ditularkan oleh rakan-rakan di Facebook Group Penang Today Community.

Menurutnya, isu itu berkaitan pencemaran Sungai Gertak Sanggul di Georgetown, Pulau Pinang.

“Saya telah meminta Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk meneliti dan memberi maklum balas berhubung aduan tersebut,” ujarnya dalam catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Katanya, JAS telah menjalankan siasatan pada 8 April lalu dan mendapati dua ladang ternakan babi masih beroperasi di Mukim 8, Gertak Sanggul.

Tambahnya, ketika siasatan dilakukan, terdapat pelepasan air sisa daripada ladang ternakan babi ke dalam sungai.

“Aduan tersebut berasas. Penternak memaklumkan akan menutup operasi dalam tempoh tiga hingga enam bulan,” katanya lagi.

Untuk makluman, ujarnya Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menerusi JAS telah menubuhkan Pasukan Petugas Pencemaran Sungai Kereh daripada Pengoperasian Ladang Ternak Khinzir di Kampung Selamat pada Oktober 2020.

Menurutnya lagi, ia dianggotai oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP).

Beliau berkata, aktiviti ladang penternakan babi di Pulau Pinang dikuatkuasa oleh JPVPP melalui Enakmen Penternakan Babi Pulau Pinang 2016 dan Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Pulau Pinang) 2020.

“Disyorkan agar aduan ini dirujuk kepada JPVPP,” ujarnya.

Katanya, ladang yang masih beroperasi akan ditutup dalam masa terdekat, diselia oleh JPVPP dan MBPP.

Tuan Ibrahim berkata, JAS akan terus memantau kualiti air marin menerusi stesen pemantauan sedia ada di Gertak Sanggul.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih pihak pengadu, warga netizen, JAS, JPVPP, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan semua yang terlibat. – HARAKAHDAILY 11/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 ladang ternak babi di Pulau Pinang masih beroperasi. Negeri busuk tahi babi masih degil?

Lihat huraian berikut...  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails