Friday, April 01, 2022

Cuti ihdad, bukti Islam membela wanita, X bawah DAP!

 

Laksanakan cuti ihdad wanita kematian suami

DALAM perbahasan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 peringkat Dewan Negara, saya berkesempatan untuk membahaskan beberapa perkara yang amat penting dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada pihak Kerajaan. 

Antara intipati yang perlu dipandang serius oleh pihak Kerajaan ialah Cuti Bergaji Penuh 30 Hari kepada wanita yang kematian suami dalam tempoh iddah, sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta. 

Cadangan ini saya kemukakan sebagai salah satu bentuk kebersamaan dan empati terhadap wanita agar waktu cuti yang diberikan sedikit sebanyak mampu membantu wanita yang baru kematian suami untuk menenangkan hati dan perasaan mereka.  

Selain itu, ia juga bertujuan memberi sedikit kelapangan kepada para wanita untuk menyelesaikan pelbagai urusan peribadi yang lainnya termasuklah penjagaan anak-anak, pusaka dan sebagainya. 

Peruntukan cuti sebulan bergaji penuh kepada wanita yang kematian suami telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2013, diikuti Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2019, bersekali dengan kemudahan Cuti Tanpa Rekod selama tiga hari bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat yang telah diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam. 

Sehubungan itu, saya berpendapat cuti 30 hari bergaji penuh dalam tempoh iddah ataupun cuti ihdad wanita kematian suami ini perlu dilaksanakan di peringkat pusat dengan melakukan pindaan terhadap Akta Kerja 1955. Hal ini bagi mewujudkan punca kuasa yang membolehkan Kerajaan Negeri melaksanakan cuti ihdad ini secara menyeluruh di setiap negeri. 

Akhirnya, saya amat berharap pihak kerajaan mengambil serius cadangan ini seterusnya lebih banyak inisiatif dilaksanakan bagi memastikan bukan hanya agensi-agensi mahupun jabatan-jabatan Kerajaan sahaja yang melaksanakan cuti ihdad ini, bahkan ia turut dipatuhi oleh majikan-majikan swasta.  

“Islam Menyatukan Ummah”

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ahli Dewan Negara – HARAKAHDAILY 31/3/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimLaksanakan cuti ihdad wanita kematian suami.. Cuti ihdad, bukti Islam membela kaum wanita. Perkara begini tidak ada, kalau otak masih berfikir seperti di bawah tempurung kolot DAP!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails