Wednesday, April 27, 2022

Filem Hollywood & kelab malam 'patuh syariah'. Arak & sempadan..

 HALAMAN HIBURAN

1. Filipina tarik tayangan filem aksi Hollywood

Poster filem Uncharted. - Foto AGENSI

MANILA: Filipina menarik balik tayangan tempatan filem Hollywood berjudul "Uncharted", berikutan terdapat adegan menunjukkan peta Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.

Kementerian Luarnya hari ini berkata, tindakan itu dibuat selepas Vietnam, yang turut membuat tuntutan di Laut China Selatan juga mengharamkan filem aksi Sony Pictures berkenaan, dibintangi Tom Holland dan Mark Wahlberg.

Ia dijadualkan ditayang di Filipina pada 23 Februari.

Filem itu memaparkan imej sembilan garis putus-putus yang dituntut oleh China di Laut China Selatan dan adalah laluan laut strategik.

"Babak itu bercanggah dengan kepentingan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Garisan berbentuk U adalah ciri yang digunakan pada peta China bagi menunjukkan wilayah maritim di mana Taiwan, Vietnam, Brunei, Malaysia, Filipina turut membuat tuntutan.

Keputusan tribunal timbang tara di The Hague pada 2016, membatalkan dakwaan China terhadap keseluruhan laluan laut yang dilalui oleh kapal pedagang bernilai AS$33 trilion (RM143.87 trilion) setiap tahun.

Beijing tidak turut serta dalam prosiding mahkamah itu dan tidak mengiktiraf keputusan itu.

Katanya, Sony Columbia Pictures Industries Inc akur dengan arahan untuk menghentikan tayangan.

Pada 2019, Kementerian Luar Filipina meminta DreamWorks menghentikan tayangan filem "Abominable" selepas terdapat babak yang menunjukkan sembilan garis putus-putus China. - REUTERS


2. Kelab malam masih tidak dibenarkan beroperasi - KKM

Pengoperasian kelab malam menjadi satu-satunya yang terkandung dalam senarai aktiviti yang dilarang. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pengoperasian kelab malam menjadi satu-satunya yang terkandung dalam senarai aktiviti dilarang atau 'negative list', kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

"Itu satu-satunya tempat yang masih lagi berada dalam negative list.

"Jadi faham-fahamlah," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Khairy mengumumkan semua aktiviti yang tidak dibenarkan dalam prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) terbitan 1 April lalu digugurkan.

Sehubungan itu, beliau berkata, agensi berkaitan sedang menyediakan protokol bagi pengoperasian sektor berkenaan.

"Prosedur ini akan mula berkuat kuasa pada Ahad, 15 Mei ini," katanya.(BH)

Komen Weblog Ibnu HasyimFilem Hollywood dan peraturan kelab malam pun perlu 'patuh syariah'. Contohnya, masalah arak dan penipuan langgar sempadanan negara. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails