Saturday, April 16, 2022

Israel ubah Gaza jadi 'penjara di bawah langit terbuka' - Russia

 

Kementerian Luar Russia menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Semenanjung Gaza menjadi ‘penjara di bawah langit terbuka’. - Foto AGENSI

MOSCOW: Kementerian Luar Russia semalam, menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Semenanjung Gaza menjadi 'penjara di bawah langit terbuka'," lapor Agensi Anadolu.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Israel menyokong penggantungan keanggotaan Russia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine bagi mengalih perhatian dunia mengenai isu Palestin.

"Seperti diketahui umum, selepas pelbagai pelanggaran dibuat terhadap keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB, rejim Israel masih meneruskan pendudukan haram dan 'pengilhakan' di wilayah Palestin, mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.

"Semenanjung Gaza pada dasarnya menjadi 'penjara terbuka' hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun," menurut kementerian itu.

Sekurang-kurangnya 152 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, menurut ciapan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu susulan sambutan Hari Easter bertindih dengan Ramadan. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Manusia boleh merancang, tapi sebenarnya Allah Maha Perancang..

1882 – 1904 Gelombang pertama penghijrahan pendatang haram Yahudi dari Eropah ke Palestin 

1897 Kongres Zionis pertama bertemu di Basel, Switzerland. Kongres tersebut dilancarkan untuk menempatkan lebih ramai Yahudi di bumi Palestin. Di dalam kongres yang sama, Organisasi Zionis sedunia (World Zionist Organization) ditubuhkan. 

1904 – 1914 Gelombang penghijrahan kedua pendatang haram Yahudi. 

2 November 1917 Menteri Luar England, Lord Arthur James Balfour, mengutus surat (yang kemudiannya dikenali sebagai Deklarasi Balfour) kepada Lord Edmund de Rothschild bagi menyokong usaha penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin. 

9 Disember 1918 Tentera British menjajah Palestin. 

24 April 1920 Persidangan San Remo telah memberi kuasa kepada England ke atas Palestin.

1936-1939 Rakyat Palestin cuba bangkit bagi menentang penjajahan.

29 November 1947 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), melalui Jawatankuasa Khas mengenai Palestin telah mencadangkan supaya negara Palestin dipecahkan menjadi dua negara, sebahagian bagi rakyat berketurunan Arab Palestin dan sebahagian lagi bagi pendatang haram Yahudi (Resolusi 181 perhimpunan agung PBB). Manakala Baitul Maqdis (atau Al-Quds atau Jerusalem) dan daerah di sekitarnya dijadikan kawasan antarabangsa, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan pihak Palestin. 

9 April 1948 Pasukan pengganas bawah tanah Yahudi yang dikenali sebagai kumpulan Irgun dan Stern Gang melakukan pembunuhan kejam ke atas 254 rakyat Palestin di perkampungan Deir Yassin berdekatan Baitul Maqdis. Rumah – rumah kediaman  dimusnahkan. England hanya menutup mata! 

14 Mei 1948 Mandat England ke atas Palestin berakhir secara rasminya. Yahudi Zionis serta-merta mengishtiharkan penubuhan negara israel. Amerika Syarikat menawarkan hubungan diplomatik penuh bagi mengiktiraf negara haram israel  

1949 Pada penghujung tahun 1948, Israel meluaskan penjajahannya ke atas 78% daripada tanah Palestin. Akibat dari rampasan tersebut 750,000 orang Palestin menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan yang sangat daif. Sebelum tahun 1947, Yahudi hanya berjaya memiliki 7% tanah Palestin.

5 Jun 1967 Israel melancarkan serangan ke atas beberapa negara Arab. Peperangan ini dikenali sebagai ‘Perang Enam Hari.’ Israel mendapat bantuan kewangan dan persenjataan dari Amerika Syarikat. Di dalam peperangan tersebut, Israel telah menawan Timur Baitul Maqdis, Tebing Barat dan Gaza. Akibatnya, 500,000 lagi warga Palestin dihalau dari kampug halaman mereka. 

LEBIH 6 JUTA RAKYAT PALESTIN TELAH MENJADI PELARIAN
SEJAK TAHUN 1948!

5 comments:

Anonymous said...

22 tahun 22 bulan Tun jadi Pejuang Acah Acah Power Melayu Islamik.. Masa Tun berkuasa Marina Mahathir dulu kenapa diam.

Dulu anak haramjadah ini mainkan isu agama setelah apak nya mendiamkan diri. Baru rakyat nampak apak nya acah acah Power Melayu Islamik. Dalam diam diam anak cucu aktif dalam pejuang COMANGO Liberalis dan LGBT semasa Apak berkuasa.

Sekarang ini Apak dah tak berdaya lagi hilang deposit semua calon PejWang dan Marins munculkan semyla sebagai prjuang kaum pulak... wayang kerala siri baru sudah bermula...!!

Marina Mahathir: Tiada sesiapa pun di Malaysia yang akan memanggil “Cina” atau “India” sebagai “orang luar …

MELAYU DAH LUPA SEJARAH MALAYA YANG DIKENALI SEBAGAI MALAYSIA HARI INI. MEREKA ADALAH PENDATANG SECARA REALITI. MEREKA TELAH MEROMPAK DAN MEMBUAT TUNTUTAN TANPA ASAS TERSEBUT. MALAYSIA BUKAN MILIK ORANG MELAYU. ORANG CINA DAN INDIA MERUPAKAN PENDUDUK PERTAMA MENUBUHKAN MALAYA. YANG KONONNYA MELAYU TELAH MEMALUNKAN BUKTI DAN MEMBUANG KEBENARAN OLEH UMNO DALAM PENDIDIKAN MALAYSIA. JANGAN PERNAH PERCAYA SESUATU PERKATAAN YANG MEREKA KATAKAN.

Awas wayang kartel kerala versi baru sudah bermula. Siri lama sebagai COMANGO LGBT jangan dilupa... Acah acah Power Melayu Islamik dah tak laku maka watak baru generasi ini perlu 'rebranding' demi kelansungan generasi Kerala di bumi Melayu.

Formula mudah untuk ajar anak haramjadah ini

Lingkupkan Boboi = Melingkup suma Kerela

Dulu masa 22 tahun 22 bulan kenapa diam bisu pasal Melayu. Sekarang baru nak menyalak pasal isu ketuanan Melayu

Period..


KHALAS

Anonymous said...

Profesor serba tau. Ekonomi boleh. Agama boleh. Hadith boleh. Kesihatan boleh. Politik boleh. Undang undang boleh. Quran boleh. Walaupun lulusan sastera. Pelik kan.

Anonymous said...

Lebih baik dr ulama yg hanya pandai ugama tapi x tahu perintah negara. Sampai bercampur aduk dgn penyamun perasuah.....tapi nak perintah juge

Anonymous said...

Jadi yang jahil agama bagus jadi pemerintah. Jahilkan. Tu sebab rasuah berleluasa. Perompak berleluasa. Bontot berleluasa. Liberal berleluasa. Jadi khadam berleluasa.

Sekarang ramai yang ulamak, yang juga profesional. Dan ramai yang profesional, yang juga ulamak.

Dalam liberal, ramai yang konon bijak memerintah. Gah jer. Terlampau patuh dan setia jadi khadam, negara pun nak digadai. Dah berkuasa, tukar prinsip. Manifesto bukan kitab suci. Macam mana idea jahil seperti itu boleh timbul. Ye lah kalau dah lulusan sastera, mengarang memang pandai. Tapi nilainya umpama air limbah.

Anonymous said...

Parti liberal sangat bergantung pada persepsi. Persepsi menghalalkan sebarang kaedah demi matlamat. Kalau buat langkah 16 Sept, presiden jadi pm. Kalau buat langkah kajang, presiden jadi mb. Kalau buat langkah port dickson, presiden jadi pm. Yang terbaru AYUH MALAYSIA, presiden jadi pm. Ni pelopor zaman jahiliah versi era internet google. Pedulikan orang melayu, janji boleh dapat kerusi pm.

Kerana itu menentang presiden liberal jadi tanggung jawab bersama. Menentang rasuah tanggung jawab bersama. Menentang salah guna kuasa, tanggung jawab bersama. Menyekat pembiakkan fahaman liberal, tanggungjawab bersama. Mendaulatkan kesultanan yang mempertahankan Islam tanggungjawab bersama. Mempertahankan perlembagaan, tanggungjawab bersama. Menentang politik sebagai pusat melombong duit, tanggungjawab bersama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails