Wednesday, April 06, 2022

Kesian PH mimpi gila meroyan.. "jika PH terus mentadbir.. "

 

KL:Majlis Presiden PH menerusi satu kenyataan bersama berkata, empat lebuhraya yang akan diambil alih oleh Amanah Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) nilai RM5.48 bilion merupakan kesiinambungan kepada usaha yang dibuat PH pada Oktober 2019.

Tambah kenyataan itu, ketika itu kabinet memutuskan secara dasar untuk memulakan proses mengambil alih lebuhraya-lebuhraya terbabit.

“Maka apa yang diumumkan ini adalah dasar Pakatan Harapan yang diteruskan hingga ke penghujungnya.

“Ini membuktikan bahawa jika Pakatan Harapan terus mentadbir lebih dari 22 bulan dan Langkah Sheraton tidak berlaku, pelbagai dasar yang membantu meringankan beban rakyat dapat dilaksanakan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

Jelasnya, empat lebuhraya yang terbabit Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Konon, mengulas lanjut kenyataan itu berkata, Kerajaan PH telah memulakan usaha menamatkan konsensi lebuhraya dengan mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18% pada 2020.

“Malah Pakatan Harapan telah merancang untuk memberi diskaun 30% dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuhraya ini.

“Oleh itu, kami menggesa Kerajaan untuk memberi diskaun tambahan kepada pengguna empat lebuhraya ini, serta memberi penjelasan penuh ke Parlimen berhubung hakmilik ALR, terutama dari sudut kewajipan kewangan dan ketelusan perbelanjaan ALR,” katanya. Sila rujuk Roketkini.com hari ini.


Komen Weblog Ibnu HasyimKesian PH mimpi gila meroyan.. "jika PH terus mentadbir.." kononnya. 

Ayam terlepas, tangan bau tahi baru nak buat? Rakyat dah kenal, siapa PH? Perlembagaan partinya 'bukan kitab suci'...


Lagi usaha PH pulihkan imej busuknya..

Tiga bekas EXCO Perak ketika pentadbiran PH, ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing mengiringi ADUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi membuat laporan di Pejabat SPRM Perak, Ipoh mengenai isu penjualan tanah cadangan pembangunan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, hari ini. - Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Empat bekas EXCO minta SPRM siasat isu lapangan terbang

IPOH: Empat bekas EXCO kerajaan Perak sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tampil meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan berhubung isu penjualan tanah untuk tapak cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar.

Empat bekas EXCO berkenaan adalah ADUN Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How; ADUN Manjoi, Datuk Asmuni Awi; ADUN Sungai Rapat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing.

Howard Lee sebagai jurucakap kumpulan itu berkata, isu penjualan tanah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) seluas 188.13 hektar itu kepada syarikat swasta sememangnya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri mahupun Lembaga Pengarah PKNP ketika itu.

"Kami percaya ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan kuasa berunding secara senyap dengan pembeli tanpa pengetahuan barisan EXCO negeri ketika itu mahupun Lembaga Pengarah PKNP.

"Selain ingin membersihkan reputasi PH sewaktu 22 bulan mentadbir Perak, laporan yang dibuat kepada SPRM hari ini adalah bagi menuntut siasatan lengkap terhadap pihak terbabit dalam penyalahgunaan kuasa," katanya ketika hadir bersama Nizar dan Kar Hing mengiring Asmuni membuat laporan kepada SPRM, hari ini.

Ditanya mengenai kewajaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad atau UMNO membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai isu itu, Horward Lee berkata, ia terpulang kepada sejauh mana Saarani serius terhadap isu penyalahgunaan kuasa.

Semalam, seorang lagi bekas EXCO kerajaan negeri sewaktu pentadbiran PH iaitu ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim (Bebas) melalui kenyataan di Facebook turut mengakui bahawa penjualan tanah lapangan terbang berkenaan tidak pernah dibawa ke mesyuarat EXCO negeri untuk diperbincang dan diluluskan bersama.

Dalam pada itu, Nizar serta Asmuni yang juga ahli Lembaga Pengarah PKNP ketika itu turut menegaskan perkara mengenai penjualan tanah itu juga tidak pernah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah perbadanan itu ketika pentadbiran PH.

Susulan itu, Nizar turut menggesa agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menarik kembali Kebenaran Merancang (KM) yang sudah diluluskan bagi pembangunan bercampur di tapak tanah lapangan terbang berkenaan. (BH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails