Monday, April 25, 2022

Khemah Besar pembangkang sukar berjaya & Pusat Dakwah Serantau.

 

1. Khemah Besar pembangkang sukar berjaya tanpa PAS, BERSATU

KUALA LUMPUR: Cadangan pembangkang mewujudkan kerjasama politik menerusi konsep 'Khemah Besar' bagi berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan berjaya tanpa penyertaan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Penganalisis politik berpandangan, hanya dua parti terbabit berupaya menarik sokongan pengundi Melayu dan Islam berbanding parti pembangkang lain dalam komponen Pakatan Harapan (PH).

Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor membuktikan sokongan Melayu kepada PH tidak memberangsangkan.

"Prestasi PH dalam kalangan orang Melayu agak kurang dan kita lihat ketika PRN Johor baru-baru ini, jumlah sokongan kepada mereka sekadar tujuh hingga 10 peratus.

"Jadi, saya melihat pihak yang boleh bersaing dengan BN bagi segmen pengundi Melayu adalah Perikatan Nasional (PN) yang mana parti komponennya adalah BERSATU dan PAS," katanya kepada BH, hari ini.

Rancangan mewujudkan 'Khemah Besar' dalam kalangan blok parti pembangkang kini hangat diperkatakan, terutama PH yang bermatlamat menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Biarpun belum diperincikan cadangan itu, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan utama PH berhubung konsep gabungan itu apabila Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata konsep dipersetujui dalam Resolusi Port Dickson adalah kerjasama blok pembangkang tanpa membabitkan PN diterajui BERSATU.

Pendirian Anthony itu senada dengan pendapat Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, bahawa tidak timbul cadangan menarik penyertaan PN, apatah lagi PAS ke dalamnya.

Bagaimanapun, nada disuarakan Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub sedikit berbeza, yang melihat keperluan untuk membuka ruang perbincangan dengan PN, khususnya BERSATU.

Sementara itu, Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, berkata pertandingan pelbagai penjuru hanya akan menguntungkan BN sekiranya cadangan mewujudkan Khemah Besar pembangkang tidak berhasil.

"Berdasarkan situasi politik semasa, tidak akan ada kerjasama di antara BN dan PN. Jadi jika PN dan PH bertanding secara individu tanpa Khemah Besar, saya tidak melihat mereka mampu menewaskan BN.

"Senario yang dilihat ketika ini ialah BN memiliki kelebihan jika pertandingan pelbagai penjuru diadakan," katanya. (BH)


2. Pusat Dakwah Serantau lahirkan pendakwah di kampung halaman 

SEPANG: Produk keluaran Yayasan Amal Malaysia dari Pusat Dakwah Serantau melahirkan daie bukan sekadar touch n go tetapi berdakwah di kampung halaman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata ini adalah satu kelebihan yang ada kepada Pusat Dakwah Serantau yang mana daienya adalah anak tempatan.

“Produk yang dikeluarkan daripada Yayasan Amal Malaysia terutama dari Pusat Dakwah Serantau melahirkan daie dan duat yang bukan sahaja kita melahirkan mereka ini secara one offtouch n go ataupun on off.

“Tetapi kita telah melahirkan produk yang daripada Pusat Dakwah Serantau ini mereka hidup di sana di kampung halaman mereka dengan bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, dengan budaya yang ada pada masyarakat itulah yang dimiliki oleh duat dan daie yang dilahirkan daripada Pusat Dakwah Serantau ini.

“Ini adalah satu kelebihan yang ada kepada Pusat Dakwah Serantau ini, kita bukan hanya pergi yang misi dakwah pergi seminggu lepas itu keluar (dari tempat dakwah), tidak, mereka ini adalah anak tempatan, sesuai dengan Nabi SAW menyebut ‘kamu berbicara dengan manusia itu sesuai dengan tahap akal yang ada kepada mereka, yang menerima apa yang kita ucap’,” katanya.

Idris berkata, Nabi SAW di peringkat awal baginda menghantar Muaz bin Jabal ke Yaman, kerana beliau adalah orang Yaman yang tahu tentang budaya, lahjah dan pantang larang orangnya.

“Maka begitulah juga pusat dakwah serantau ini kita eksport mereka balik ke kampung halaman mereka.

“Sesuai pula dengan Allah SWT menyebut dalam Al-Quran “kenapa tidak ada di kalangan kamu golongan setompok yang pergi mengaji, yang pergi mengajar”.

“Ertinya anak tempatan di sana datang belajar di sini untuk mendalami hal-hal agama, dan selepas mereka mendalami di PDS mereka balik ke kampung halaman untuk memberikan peringatan kepada masyarakat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Iftar Perdana bagi tujuan mengumpul dana pembinaan Pusat Dakwah Serantau (PDS) Labohan Dagang, di Movenpick Tabung Haji, Sepang, malam tadi.

Beliau turut mengajak orang ramai merealisasikan satu kompleks pusat Islam yang di dalamnya terdirinya masjid di Pusat Dakwah Serantau.

“Kita mengharapkan supaya ianya menjadi satu kenyataan untuk sama-sama kita menyumbang dan membantu,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

3 comments:

Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety dan Taufiq Ayman..

Soalan di atas pasti sekali akibatkan semua pencinta kisah dongeng 1MDB rekayasa Pakatan Harapan dan Tun Mahathir lari berterabur sembunyikan diri.

Jumlah curian RM700 juta oleh keluarga penyamun Zety dan hanya di pulangkan sejumah RM65 juta sahaja melalui perakuan surat rasmi SPRM.

Kenapa kerajaan cuba lindung kes Zeti ? tanya Tan Sri Shafie. Soalan macam itu yang menyebabkan Tun Mahathir dua kali keluar masuk IJN check bateri jantung onn atau tak onn..

Kenapa kain di beri kepada Imam , van untuk sebuah surau boleh di rampas dan di sita atas sebab wang 1MDB tetapi RM700 juta milik 1MDB masuk kdalam akaun Zety dan Taufik Ayman PDRM AG dan SPRM buat bodoh saja tidak di sentuh langsung?

PH terutama nya DAP sangat takut dengan soalan ini sehingga sanggup membaruakan ahli PAN untuk berdemo alihkan isu kepada saham bernilai RM700,000 milik adik beradik Azam Baki.

Soalan ini sangat memukul jiwa dan minda pencinta kebenaran yang sejati dan bukan pencinta kes selektif.

Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum PRU15 , BN akan menang Cemerlang. Semua calon calon Parti PejWang akan hilang deposit seperti terjadi di PRN bangsa Johor.

Anonymous said...

Dakwah dlm pe end pun gagal. Ada hati nak dakwah org lain.

Anonymous said...

PN lebih bersih banding bee end dan pee hancing. PN bebas rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails