1. Perlawanan berlaku biar secara ‘gentlemen’
KOTA BHARU: PAS menghormati pendirian Umno sekiranya parti itu mahu bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perlawanan yang akan berlaku hendaklah secara gentlemen dengan bercakap tentang dasar parti dan tidak menyerang individu.
Bagaimanapun katanya, PAS sentiasa terbuka sekiranya Umno mahu turut serta bersama dalam muafakat yang terjalin sebelum ini untuk kepentingan negara pada masa akan datang.
“PAS juga menyambut baik kenyataan Pengerusi Umno Kelantan Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub yang meminta Umno cawangan tidak menggunakan kempen dan ceramah yang mengguris hati pemimpin dan ahli PAS.
“Pendekatan itu wajar disambut baik kerana ia memberi kebaikan terhadap hubungan kedua-dua parti berkenaan.
“Nasihat itu bagus dan selama ini pun kita tidak kata apa-apa pun kepada Umno, sebaliknya ada pemimpin Umno sebut dalam PAS ada tiga jahanam,” katanya selepas Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas wakil Umno Kelantan Zawawi Othman mendakwa terdapat tiga jahanam dalam PAS iaitu Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – HARAKAHDAILY 20/4/2022
2. Agenda penyatuan ummah tetap diteruskan
KUALA LUMPUR: PAS akan terus berusaha menjayakan agenda penyatuan ummah di negara ini walaupun pembangkang mengambil pendekatan ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin, berkata pintu rundingan sentiasa terbuka untuk mana-mana pihak untuk jalin kerjasama bagi memperkukuh gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).
“Kalau dia nak bersatu, hal dia lah, memang kita buka pintu rundingan kepada semua pihak, kalau dia taknak tak apa, kita cari pada yang lain pula.
“Kita akan terus kerja untuk menyatukan ummah walaupun tidak dipersetujui oleh pembangkang,” katanya ketika dihubungi HarakahDaily, di sini, hari ini.
Mengulas berkaitan peluang PN dalam PRU15, sekiranya pendekatan diambil pembangkang itu memberi kesan terhadap gabungan parti itu dalam pilihan raya kelak jelas beliau, pihaknya mempunyai strategi tertentu bagi menyekat kemaraan parti pembangkang.
“Mana-mana parti ada peluang, tengok macam mana persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya.
“PAS mempunyai pengalaman menghadapi pilihan raya dan kita tahu peluang-peluang itu dan kita berharap dengan penyatuan ummah ini dapat menghalang kemaraan Pakatan Harapan (PH),” ujarnya.
Katanya, PAS meyakini kekuatan yang ada pada jenteranya bagi menghadapi PRU15 dan akan berusaha semaksima mungkin dalam misi penyatuan ummah di negara ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan pembangkang akan mengambil pendekatan khemah besar bagi menghadapi PRU15.
Beliau bagaimanapun menegaskan, pendekatan itu tidak akan merangkumi parti dalam kerajaan iaitu Umno, PAS dan Bersatu. – HARAKAHDAILY 20/4/2022
Akan datang.. Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Benarkah Hakim Mohd Nazlan terima duit haram RM1.036,127.40 dari Jho Low..!?
ReplyDeleteIni baru benar-benar “National Embarrasment”. Wang tunai RM1,036,127.40 yang Nazlan masukkan ke dalam akaun Maybanknya adalah sebahagian daripada RM2 juta yang diterima daripada Jho Low untuk “perkhidmatan yang diberikan”
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazli perlu disiasat segra berkaitan ada sejumlah wang RM1.036,127.40 masuk kedalam akuan peribadinya bernombor 56401672#### di Maybank. (Maybank Nazlan bernombor 564016720433.)
Minit mesyuarat 1MDB mendedahkan cadangan untuk membentuk SRC datang daripada Maybank dan bukan daripada Najib.
Tarikh itu bertepatan dengan tarikh pinjaman RM6.17 bilion 1MDB dan keputusan yang dibuat 1MDB mengenai pengambilalihan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd.
Sepatutnya Hakim mengistiharkan berundur dari kes ini bah kan boleh menjadi saksi kepada hal 1MDB dan bukan sebagai hakim.
Apa yang menarik , ada lah yang memberi wang itu ada lah orang yang mahkamah dihakimi Nazlan Ketika pembicaraan Datuk Seri Najib Razak. Jika apa yang dilaporkan ini benar , maka ia sudah ditakrifkan sebagai hakim mengendali kes dalam situasi “Conflict of interest’.
Kes 1MDB yang membabitkan Bossku semakin tidak dipercayai oleh rakyat sejak kebelakangan ini dan dengan pendedahan demi pendedahan termasuk yang baru ini, maka ia akan terus tidak dianggap sebagai kes benar selain Bossku telah dianayai.
Tun Mahathir sekadar menyatakan dia tidak tahu sebaik sahaja pendedahan keluar berkenaan kroni kesayangan nya Tan Seri Zeti Akhtar dan penyamun Taufiq Ayman juga telah memiliki wang AMLA sejumlah RM700 juta dari Jho Low.
Hal Zeti terima wang sogokan turut disahkan oleh Tim Leissner sebagai saksi di mahkamah Amerika Ketika memberi keterangan dan tiada pihak membangkang atau “dispute” dakwaan ini.
Hakim Nazlan adalah sebahagian besar daripada gerakan merompak wang 1MDB yang melibatkan Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner. Turut terlibat dalam perkara ini adalah Jho Low, Jasmine Loo, Terence Geh dan Tim Leissner.
Apa yang boleh di rumuskan setakat ini ada lah hampir semua yang terbabit dalam isu 1MDB ada lah mereka mereka yang rapat dengn Tun Mahathir dan Tun Daim.
Adakah sebenar nya , mereka mencipta kes atas sebab Najib Razak mengambil alih TIA di mana TIA ada lah “vehicle’ mereka selama ini..?
Malaysia sedang alami defisit kpercayaan dari segi imej dan pelabur melarikan diri semenjak kerajaan Tun Mahathir ambil alih dan disambung pula oleh kerajaan proksi nya kemudian.
Kini rakyat mempersoalkan mengapa Nazlan tidak dipanggil oleh SPRM untuk menjelaskan RM2 juta yang diterima daripada Jho Low?
Kalau Lee Kwan Yew lansung tak percaya dan lansung tidak beri muka pada kaum Melayu Singapura, kenapa kita terhegeh hegeh beri muka pada kaum Lee Kwan Yew di negara ini..!?
Mungkin Jho Low sedang tepuk tangan ketawa terbahak dengan kaumnya dalam Parti DAP, MCA dan Gerakan dan mentor DAP@ PAP Lee Kwan Yew di Singapura melihat betapa bodoh 'vangang' nya barua Melayu belaan mereka di batu apikan dan bercakaran sesama Melayu.
Sesama Melayu bercakaran sampai tua renta tak pernah abis selagi ada 'batu api' disekeliling mereka..Tak ke bodoh namer nyer tuhh..!!
Allahyarham presiden pas ust fadhil noor pernah mendoakan supaya umur atok dipanjangkan. Supaya dapat lihat kerosakan kerosakan yang dia lakukan. Sekarang atok berhempas pulas dengan ajendanya membersihkan imejnya. Atok x dapat bezakan kehidupan yang benar dan yang palsu. Kumpul kaya dengan cara yang salah. Guna kuasa yg dipinjamkan untuk urusan peribadi dan keluarga.
ReplyDeleteAtok hidup dengan fitnah dan zalim. Ramai kakitangan yg ditukarkan atas sebab politik. Royalti tukar ke wang ihsan yang diuruskan oleh kris di kelantan. Busuknya hati atok menzalimi rakyat kelantan yang bukan ahli kris. Peristiwa letak jawatan disebabkan gangguan jiwa dalam diri atok bila respek terhadapnya merudum.
Namun atok masih belum serik. Masih mahu berpolitik pada usia yang sepatutnya berada di atas sejadah. Mohon ampun saat masih bernafas. Hingga keputusan politiknya kelam kabut dan libang libu. Boleh berubah beberapa keputusan setiap minit. Warasnya merudum. Sokongannya merudum. Kejahatan terserlah. Propaganda tiada kesan. Tapi kedegilan dan ego masih bertapa di hati.
Digunakan oleh pee hancing untuk berkuasa. Sekarang bukan sahaja arus perdana menolak atok. PEE HANCING pun tolak atok. Maknanya atok lebih teruk dari pee hancing ikut susunan.