1. TV Alhijrah: Hasrat Menteri Agama jadi kenyataan
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata hasratnya agar TV Alhijrah membina kefahaman masyarakat mengenai sistem jenayah syariah menjadi kenyataan.
“Alhamdulillah, hasrat saya supaya TV Alhijrah membawakan program untuk membina kefahaman masyarakat berkaitan sistem jenayah syariah telah menjadi kenyataan,” ujarnya dalam hantaran di laman sosial beliau, hari ini.
Sebagai permulaan, katanya program itu akan bersiaran sebanyak empat episod dengan menampilkan tokoh-tokoh akademik yang berkepakaran dalam topik sistem jenayah syariah termasuk hudud, qisas dan takzir.
Menurutnya, TV AlHijrah akan terus tampil sebagai sebuah stesen yang menyiarkan program-program pendidikan serta membina nilai dan akhlak.
“Inilah prinsip teras kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama. Sokongan kalian semua amat bermakna kepada kami,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengajak semua menyaksikan program berkenaan dengan tajuk ‘Kesalahan di Bawah Hudud’ di TV AlHijrah jam 10.30 malam ini. – HARAKAHDAILY 14/4/2022
2. Drama 'viral' TV3, Ayahanda diangkat ke filem
HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR: Selepas menerbitkan filem pertama, Seandainya Kau Ada, Zeel Production merancang mengangkat kisah benar nukilan Allahyarham Azizi Abdullah, Ayahanda yang disiarkan slot Lestary TV3, tahun lalu, ke layar perak.
Pernah merekodkan empat juta tontonan ketika episod akhir ditayangkan mengikut sumber Nielsen, naskhah garapan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar itu bakal mengekalkan semua pelakon termasuk bintang utama, Jalil Hamid dan Fauziah Ahmad Daud.
Pemilik Zeel Production, Fadzil Teh, berkata sambutan baik penonton drama Ayahanda mencetus idea mengangkat kisah berkenaan ke layar perak.
"Kita sedang berusaha 'pitching' bagi mengangkat drama Ayahanda kepada filem. Insya-Allah, kalau semua dipermudahkan, kita mahu kekalkan pelakonnya. "Versi filem mungkin masih mengambil sentuhan novel dan kita ubah ikut keperluan semasa," katanya kepada BH Online.
Fadzil berkata, biarpun Ayahanda membawa tema berat, drama itu menjentik emosi penonton ketika disiarkan TV3.
"Di bawah arahan Ahmad Tarmimi dengan skrip dihasilkan Maizura Mohd Ederis dan Wan Mahani Wan Hassan, drama Ayahanda memaku penonton TV3.
"Episod akhir drama ini yang disiarkan pada 31 Julai lalu, meraih empat juta tontonan berdasarkan laporan sumber Nielsen," katanya.
Fadzil berkata, sebagai permulaan, drama Ayahanda akan dihasilkan dalam format telefilem istimewa untuk siaran pada Syawal kelima di TV3.
"Format telefilem ini kita hasilkan selama dua jam. Lokasi penggambaran hanya dibuat dibuat di Selangor kerana kekangan masa dan masalah tarikh bercanggah dalam kalangan pelakon," katanya yang memulakan 'shooting', semalam.
Bagi projek telefilem istimewa itu, Ayahada mengekalkan pelakon asal iaitu Fauziah, Jalil, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira dan ramai lagi.
Sementara itu, Fadzil bersyukur drama Ayahanda tersenarai dalam pencalonan awal empat kategori pada Anugerah Telenovela 2022.
"Drama ini bersaing dalam pencalonan awal kategori Telenovela Popular dan Novel Popular. Malah, Fauziah dan Jalil berentap dalam kategori pelakon dan gandingan serasi," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fadzil berkata, syarikat produksinya sedang mencari bakat pelakon wanita baharu untuk membintangi drama muzikal, Angels yang bakal disiarkan TV3.
"Pencarian bakat wanita ini terbuka kepada semua bangsa, agama, saiz dan warna kulit. Bonus jika mereka boleh menari, menyanyi, bermain alat muzik dan aktif dalam media sosial.
"Syarat yang ditetapkan calon perlu berusia dari 18 hingga 26 tahun. Mereka tidak perlu mempunyai sejuta pengikut dalam media sosial kerana kita utamakan bakat baharu.
"Kepada yang hendak mencuba nasib boleh hantar klip video uji bakat dan butiran kepada castingangelztv3@gmail.com," katanya.
Fadzil berkata, jika mendapat sambutan, Angels versi lelaki akan diterbitkan kemudian. (BH)
1 comment:
Kita semua sangat menyokong dan bersetuju dengan tindakan youtuber Captain (Rtd) Raeiz Hamed dan Tengku Mahkota Johor dan orang ramai membela orang yang dizalimi dan menentang kezaliman.
Semoga Allah memberkati tuan puan dan membalas kebaikan tuan puan dengan kebaikan Allah di dunia dan akhirat. Amin.
Fakta-fakta yang perlu diberi perhatian serius :
(1) Hukum menyokong kezaliman.
Kepada orang-orang bodoh sombong yang menyokong kezaliman syaitan bertopengkan manusia menyiksa kanak-kanak OKU sila baca hadis di bawah ini.
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya (maksudnya dia bukan dari umat Nabi Muhammad S.A.W.) dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga.
(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)
Rasulullah saw bersabda:
اتَّقُوا الظُّلْمَ ؛ فَإنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ القِيَامَةِ
“Takutlah kalian berbuat zalim, karena kezaliman itu menjadi kegelapan demi kegelapan di hari kiamat” (Hr. Muslim).
(2) Kes kematian adik Adam, bayi istimewa yang telah meninggal dunia di rumah kebajikan haram pada 3 Mei 2020 perlu dibuka semula supaya adik Adam mendapat keadilan yang sewajarnya.
(3) Bella adalah seorang kanak-kanak OKU yang telah didera @ disiksa secara keterlaluan oleh syaitan bertopengkan manusia yang sadis, zalim dan tidak berperi kemanusiaan.
(4) NGO haram mengendalikan rumah kebajikan haram adalah dua kesalahan serius di sisi undang-undang.
(5) Penglibatan suspek dengan parti kris telanjang dan kluster mahkamah menyebabkan kita hilang kepercayaan kepada integriti parti kris telanjang. Jika mereka gagal menjaga kebajikan anak-anak OKU bahkan membiarkan pesalah menyiksa anak-anak oku, mereka sudah pasti akan gagal menjaga kebajikan rakyat.
(6) Semoga pendakwa raya dan hakim mahkamah bertindak tegas menghukum pesalah dalam kes adik Adam dan kes adik Bella dengan hukuman yang sangat berat sebagai amaran tegas kepada penjenayah lain.
Post a Comment