Komen Rakyat dalam blog ini..
2 comments:
USAH BERIKAN PAS KEMENANGAN BESAR
Seorang profesional yang menjadi pemerhati politik di Kelantan menghubungi saya, bertanyakan pandangan saya macam mana untuk membaiki dan membela rakyat Kelantan yang berada dalam keadaan kurang selesa dan kesal dengan cara pentadbiran kerajaan Kelantan di bawah Pas kini.
Kedukaan itu makin terasa selepas ketiadaan Tokguru Nik Aziz.
"Profesionalis" = bijakpandai itu masih yakin bahawa Pas Kelantan masih kuat dan mampu mempertahankan kerajaan dalam piraum akan datang. Tentu pendapat pemerhati itu selain melihat Pas menjadi parti "semulajadi" atau parti menjerap di Kelantan, ialah kerana kelemahan pembangkang. Memang pembangkang di Kelantan hari ini seperti tidak berfungsi langsung selain hebuh dalam youtube atau medsos sahaja, sedangkan habuk tak ada.
Kata pemerhati itu, sebelum ini ada orang mengharap Pas akan dilawan oleh Umno dengan melihat kepada tradisi Umnolah lawan kepada Pas di Kelantan selama ini. Tetapi sayang Umno pula katanya seperti saya istilahkan sudah jadi "ramai jantan" dikembirikan oleh Pas di Kelantan.
Kerana situasi itu beliau bertanyakan saya macam mana untuk rakyat Kelantan membela nasib mereka dan terlepas dari belenggu pemerintahan Pas kini. Tegasnya mesti ada sesuatu dilakukan untuk melepaskan rakyat dan suasana terpenjara oleh kerajaan Pas di Kelantan.
Apa dibimbangi dan kesimpulan dibuat oleh pemerhati itu benar, dan saya bersetuju. Pas di Kelantan memang kuat dan ia sudah bersenyawa dengan jiwa orang Kelantan. Apa dinamakan keunikan sifat orang Kelantan itu, dari konteks agamanya "qanaah" (berpuas hati dengan apa yang ada, dan menjadi serigala yang tidak mendapat anggur), juga terbawa dalam penerimaan berpolitik. Sungguh pun begitu ia bukan sesuatu yang rigid sehingga tidak dapat diubah langsung.
Sebelum ini sudah terbukti kalbun rakyat Kelantan boleh dicairkan dari pegangan mereka hasil didoktrininasi oleh Pas tersebut. Bukankah tahun 1978 rakyat Kelantan telah menumbangkan kerajaan Pas? Ertinya, kejumudan rakyat Kelantan itu boleh berubah jika ada arkitek yang mampan.Baiklah untuk menjawab pertanyaan pemanggil itu tadi, saya ada pandangan dan solusi tersendiri dalam hal ini. Saya juga mengakui bukan mudah untuk menumbangkan kerajaan Pas di Kelantan itu. Apa lagi dalam keadaan parti-parti pembangkang bersikap nafsu nafsi menaruh dendam sesama sendiri menjadikan ia makain sukar.
Justeru apa yang perlu dilakukan, bukan menumbang terus Pas, tetapi yang boleh dilakukan mengurangkan kekuasaanya. Ertinya dalam pilihan raya akan datang Pas tidak perlu diberikan kemenangan besar seperti hari ini. Semua kena faham dan ketahui, kenapa Pas menjadi "manggak", ego dan "lembu kenyang" seperti hari ini kerana mereka menang besar.Mempunyai kerusi lebih 2/3 dalam Dun Kelantan. Dengan kuasa itulah mereka bermaharaja lela sehinggakan tidak "berkibas" telinga dengan kritikan dan sunggutan rakyat terus kekal menjadi "kerbau ketiduran di lebuh raya.".
Dengan kuasa itulah menjadikan mereka tidak hairan dengan apa jua bantahan. Dengan kuasa itu juga Pas Kelantan jadikan modal kononnya mereka disokong oleh rakyat Kelantan. Propaganda itu pula ditelan macam jeruk setol.
Makanya kekuasaan besar Pas itu perlu dicaing-caingkan. Mungkin kerana pembangkang dilihat tidak sepadu, Pas boleh diberikan menjadikan kerajaan tetapi dengan kuasa kerusi yang sedikit. Pas tidak boleh dibiarkan menang besar dan rakyat Kelantan perlu menghantar pembangkang ke Dun.
Maksudnya dalam pilihan raya akan datang rakyat Kelantan perlu membuat pilihan bijak. Mereka perlu menggunakan kuasa yang ada dijari mereka untuk menstruktur semula Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. Dalam Dun nanti jangan biarkan ia dimonopoli oleh Pas sebaliknya perlu ada wakil-wakil yang sanggup mengkritik Pas yang waras dan bersikap professional. Yang bukan sahaja berani tetapi tahu berbahas berdasarkan facts and figures.
Kalau untuk memilih wakil begitu dari kalangan parti pembangkang tidak ada, mungkin pilihan boleh dibuat kepada calon-calon bebas yang bertanding yang membawa agenda membela rakyat. Yang mempunyai iktisad pentadbiran yang baik. Untuk ini rakyat Kelantan yang berkemahiran, perlu bersatu, kalau pun untuk tidak menjadi calon tetapi membawa semangat maufakat ini atas kepentingan demi Kelantan.
Rakyat Kelantan para profesionalisme berada di luar perlu memberi komitmen dan sokongan.
Kata saya lagi, paling baik kalau permaufakat ini diungguli oleh Umno yang menjadi parti pembangkang terbesar di Kelantan selama ini.
Masalah kini Umno juga jadi macam "rambutan jantan" yang tidak yakin kepda diri sendiri. Pemimpin Umno yang ada hari ini dan menguasai Kelantan seperti mabuk ketum tidak tahu menilai diri dan tidak mahu mengambil kesempatan atas kelemahan dan kecacatan Pas. Setengah daripada mereka tertidur dengan daun ketum yang dijirus Pas.
Hanya itu sahaja teori atau formula bagaimana untuk membaiki negeri Kelantan dan membela rakyat yang seperti dinafikan oleh Pas kini. Tidak tahulah saya macam mana citarasa dan perasaan sebenar rakyat Kelantan kalau mereka masih boleh menerima Pas sebagai parti baik sedang pelbagai kepincangan dan penodaan terhadap dasar dan prinsipnya sudah terhakis. Trims.
No comments:
Post a Comment