Saturday, April 23, 2022

Nur Dhabitah di Ipoh. Mengikut syariat adalah hak & tuntutan umat.

 

Gambar fail - Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. - Foto ihsan Astro Awani

SUKAN

Kegembiraan berganda buat Nur Dhabitah di Ipoh

KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri memenangi dua acara pada hari pertama Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia di Ipoh, hari ini.

Pertandingan yang diadakan di Pusat Akuatik Tuanku Zara itu menyaksikan Nur Dhabitah meraih 261.05 mata dalam acara pertamanya iaitu 1 meter papan anjal wanita sekali gus mengetepikan cabaran dua lagi penerjun kebangsaan, Ong Ker Ying dan Kimberly Bong.

Ker Ying muncul naib juara dengan 233.15 mata manakala Kimberly mengutip 189.50 untuk tempat ketiga.

Gadis kecil molek itu meneruskan penguasaannya pada acara kedua, kali ini bergandingan dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam 10 meter platform seirama wanita.

Pasangan itu mengumpul 308.76 mata, manakala lawan tunggal mereka Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin-Nur Eilisha Rania Abrial Rajagopal terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan 233.19 mata.

Sementara itu, seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang muncul johan 1 meter papan anjal lelaki selepas mengumpul 351.80 mata, manakala rakan sepasukannya Nurqayyum Nazmi meraih 277.85 mata untuk mengungguli tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Julfaddli Ali dari Sabah dengan 256.75 mata.

Kejohanan Jemputan Kumpulan Umur Malaysia dijadual berakhir esok.

- BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nur Dhabitah di Ipoh. Sukan mengikut syariat adalah hak dan tuntutan umat. Lihat Kelantan dan Terengganu.. al-hamdulillah. 

Baru terpamer gambar aurat sudah ramai yang jijik, bising, konon bulan puasa.. Bagaimana yang belaku berlaku betul-betul? Mana maruah umat Islam? 

Yang ini tiada kena mengena dengan parti ekstrem perkauman DAP!

4 comments:

  1. Klu tak patuh syariah jangan tengok


    ReplyDelete
  2. Setakat jangan tengok, buat apa. Yang penting pelaku juga patuh syariah. Yang mengurus pun patuh syariah. Setakat nak bantai Islam jer buat apa. Ada retarded bila asyik bantai Islam.

    ReplyDelete
  3. Makin ramai tak kisah tentang aurat. Ustaz pun... Patut bila ada dalam satu program TV tegurlah dengan baik supaya pengacara dan watak utama dalam program TV menutup aurat. Jatuh maruah Islam dan ustaz itu sendiri. Analogi-- Cikgu tak ambil vaksin jangan masuk kelas. Pengacara dan watak utama tak tutup aurat jangan sertai program TV tersebut.....

    Dah lama sangat dah....

    ReplyDelete
  4. Gmbr ni patuh syariah ke ibnu hasyim

    ReplyDelete