Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (dua, kanan) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Iftar bersama menteri di Alor Setar, hari ini. - FotoBERNAMA
1. 'PASLeaks hanya catatan, bukan perancangan'
ALOR SETAR: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan dokumen 'PASLeaks' yang didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, berdasarkan pemahamannya selepas meneliti dokumen itu, ia hanya catatan pemimpin PAS dalam mencari fakta mengenai pandangan beberapa pemimpin parti lain.
"Saya tidak tahu dokumen itu benar atau tidak. Katakanlah ia benar, pada saya ia bukan satu perkara macam ada perancangan, pada saya, tidak.
"Pada pemahaman saya, ia catatan 'siri libat urus' yang mereka (pemimpin PAS) buat dalam 'fact finding'.
"PAS cuba memahami apakah pandangan daripada tokoh-tokoh pelbagai parti, ada daripada UMNO, ada daripada PEJUANG dan sebagainya," katanya kepada pemberita ketika mengulas mengenai isu berkenaan di sini hari ini.
Beliau berkata, sekiranya dokumen itu benar dan kandungannya boleh dianggap sebagai perancangan untuk menjatuhkan UMNO, ia juga bukan perkara luar biasa kerana sudah menjadi kelaziman bagi setiap parti yang berlawan dalam pilihan raya ingin menjatuhkan lawan masing-masing.
"Kecuali parti itu berada dalam gabungan kita dan tiba-tiba dia buat perkara yang menentang kita. Itu peliklah. Tapi kita, UMNO yang mengisytiharkan tidak bersama dengan mereka (PAS) dalam pilihan raya akan datang.
"Jadi kalau mereka sedang membuat penilaian untuk mengetahui apa yang mereka patut lakukan, pada saya itu perkara lazim dan kita tidak ada hak untuk mempertikaikan," katanya.
Beliau berkata, memandangkan kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan, adalah lebih baik pihak yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan perkara itu bertanya secara bersemuka kepada pemimpin PAS dan bukannya melalui media sosial.
"Saya suka berbincang, berjumpa secara langsung, bercakap secara spekulasi ini kadang-kadang tak sampai ke mana-mana.
"Sebab itu pada saya tidak perlu kita memperbesar-besarkan dan kita cari jalan. Kalau kita rasa nak dapatkan maklumat tepat kita boleh jumpa dan mereka berada bersama-sama kita dalam kerajaan," katanya. – BERNAMA
2. ‘PASleak’: Tak perlu layan surat layang
MARANG: PAS menegaskan tidak terlibat dengan pendedahan dokumen ‘PASleak’, serta menganggapnya sebagai ‘surat layang’ yang tidak perlu dilayan.
Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah membuat kenyataan dan cukup dengan itu.
Kata beliau, PAS menyifat dakwaan kebocoran dokumen PASleak itu sama seperti surat layang yang tidak diketahui siapa pembuatnya.
“Itu surat layan, Dr Sam (Samsuri) sudah jawab, surat layang tak perlu kita layan.
“Surat itu siapa dia yang buat? Sebab itu kita tak tahu, tiada guna kita layan surat layang ini. Kita jadi melayan sama,” ujarnya ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.
Malah, kata Presiden PAS itu hubungannya dengan Perdana Menteri baik, tidak tergugat dengan surat layang dan sentiasa ada perbincangan dengan pemimpin itu.
“Terus hubungan, kita bincang dengan dia (Ismail Sabri) secara terperinci, kita tak perlu layan surat-surat layang ini. Insya-Allah tidak menggugat.
“Surat layang ini tak tahu siapa dia buat, cumanya dia tanggunglah dengan Tuhan. Kita orang Islam percayakan (dosa pahala), bulan puasa pula,” jelasnya.
Ditanya bahawa Presiden Umno ada buat laporan polis tentang surat layan itu, apakah PAS akan mengambil tindakan sama, katanya terpulang kepada pemimpin parti itu.
Katanya, terpulang kepada pemimpin parti itu dan dari segi perundangan surat layang tidak boleh dijadikan bukti.
“Ikut suka dia lah, Saya rasa ‘loyar’ buruk je yang layan dengan surat layang ni. Dari segi undang-undang pun tak lekat surat layang ni,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Selain itu, beliau ditanya apakah PAS akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15, menentang Barisan Nasional (BN), ujarnya Setiausaha Agung PAS, Datuk Serio’ Takiyuddin Hassan sudah jelas.
Tambah beliau, kenyataan Takiyuddin sudah jelas dan kerjasama hanya dengan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dan kerajaan sedia ada hari ini.
“Kita sudah kerjasama 20 tahun lebih, cukuplah masa tu. Kita buat kerjasama lainlah, sehingga ini dengan parti-parti gabungan PN dan dengan Umno yang jadi Perdana Menteri.
“Kita akan usahakan biar kekal (dengan PN) dan dengan PH tidak berulang,” ujarnya lagi.
Menurutnya, kerjasama PAS pernah terjalin dengan parti-parti politik pembangkang dalam PH dan tidak lagi selepas itu. – HARAKAHDAILY 22/4/2022
3. ‘PASleak’, ‘Bellaleak’ dan ‘jika benar’
SEKONYONG-konyongnya, keluar satu minit mesyuarat yang mendakwa perancangan campur tangan oleh PAS dalam hal kehakiman, bagi menyumbat kedua orang Umno iaitu Presidennya dan bekas Presidennya ke dalam penjara. Kes yang sedang berjalan itu, mungkin bagi sesetengah orang melihat seperti sudah dapat meneka keputusannya. Jadi naratif ini dimainkan. Ia digelar ‘PASleak’.
PAS mahu mengatur badan kehakiman? Arrhh, lawak sungguh si badut yang membuat lelucon itu. PAS paling banyak yang dipenjarakan kerana melawan Umno dahulu. Hakim-hakim mahkamah tidak bersama dengan PAS kerana PAS mahukan Undang-undang Islam, tetapi para hakim itu majoriti mahu mengekalkan Perlembagaan Lord Reid. Tambah lagi sekarang, menterinya pula daripada Parti Pesaka.
Kita juga maklum, betapa ramai hakim-hakim yang pegangan mereka agak Liberal, tidak terlalu pro kepada Islam. Yang ada yang pernah menyokong PAS ialah Tun Salleh Abbas dan beberapa kerat lagi. Jadi, mana mungkin mereka mahu menerima saranan PAS untuk melakukan semua itu. Pelikkan tuduhan itu? Hakim yang menyokong PAS pula, pastinya yang faham agama. Jadi tidak timbul juga isu hakim berhukum mengikut selera PAS. Mereka akan berlaku adil mengikut undang-undang.
Lalu, orang lama Umno, Shabery Cheek dan juga Shahril Samad atau Tok Uban, segera mendesak PAS untuk memberikan respon kepada tuduhan itu kerana ia melibatkan kepimpinan parti. Mereka, menggunakan perkataan ‘jika benar’ apa yang ditulis dalam dokumen itu, maka ia jelas sebagai campur tangan dalam badan kehakiman. Mereka sibuk membicarakan hal yang tidak pasti sehingga terpaksa menggunakan ayat ‘jika benar’ sebegitu. Menghakimi orang berdasarkan andaian? Najib dan Zahid yang sudah ada pertuduhanpun, kita serahkan kepada mahkamah memutuskannya.
Yang kita tahu sekarang ini, selain daripada perbicaraan isu kedua Presiden dan bekas Presiden Umno, ada lagi kes lain yang menghangatkan negara kita iaitu kes adik Bella yang didera, secara kebetulannya oleh OKT, seorang ahli Puteri Umno dan secara kebetulannya sekali lagi, baik dengan keluarga Zahid Hamidi, sehingga terpaksa dijelaskan oleh anak Zahid sendiri yang sekarang mereka sudah tidak akrab.
Baiklah, jika mereka cuba bermain dengan perkataan ‘jika benar’ maka mungkin boleh kita bermain permainan ‘jika benar’, seperti dakwaan orang yang OKT, Siti Bainun ada menyimpan duit orang besar Umno di dalam rumah itu yang akan menyebabkan beliau mungkin terselamat dari hukuman kerana mendapat perlindungan? ‘Jika benar’ begitu, maka isu PASleak adalah hanya mahu mengalihkan ‘iceberg‘ yang bakal terbongkar nanti.
‘Jika benar’ seperti tuduhan orang, OKT kebal, dengan 10 orang peguam tidak berbayar itu, pastinya nasib Adik Bella tidak akan terbela, kerana mungkin ada pihak yang bakal melindungi OKT, dan pastinya oleh mereka yang menyimpan duit itu, ‘jika benar’ mereka ada melakukan semua itu. Cerita ini berdasarkan tangkap layar yang dihantar oleh Wardina, dan sudah tular, jadi boleh kita guna sebagai buktikan? Dan begitulah seterusnya… ‘jika benar’ dan ‘jika benar’.
Dan mungkinkah nanti, tiba-tiba bos PKR, Anwar Ibrahim mengumumkan akan bergerak tanpa DAP, sebuah parti yang dikata orang sangat Cauvinis itu. Tidakkah ia sangat berkebetulan dengan niat Zahid yang mahu Umno bersama PH dahulu, tetapi terhalang oleh ahli Umno yang bencikan DAP? Jadi, dengan Umno membuang PAS, PKR membuang DAP, maka ‘Pelamin Angan’ Zahid dan cikgunya, Anwar, akan terbina. Oh lupa, kena ada perkataan ‘jika benar’.
Jadi adakah bagi mengelakkan kemarahan rakyat yang sedang membuak-buak terhadap Bella-leak, maka ada yang mencipta isu PASleak? Kemudiannya menggunakan ayat ‘jika benar’ bagi berlindung dari tuduhan sampah itu? Atau dengan diada-adakan isu ‘jika benar’ PASleak ini wujud, maka akan dapatlah Zahid bersama dengan Anwar menjadi kerajaan yang Anwar menjadi Perdana Menterinya. Jika benar, sukalah dia, boleh jadi Perdana Menteri.
MOHD NASIR ABDULLAH
21 April 2022 – HARAKAHDAILY 21/4/2022
4. PAS Tidak Akan Ulang Kerjasama Dengan PH, Kata Abdul Hadi
MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menegaskan bahawa kerjasama politik antara parti itu dan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berulang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, kerjasama menerusi strategi ‘khemah besar’ seperti yang disebut oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak akan berlaku malah Pas akan meneruskan kerjasama dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan UMNO.
“Kita dah bekerjasama 20 tahun lebih dah… cukuplah tu. Kita akan usahakan supaya (kerjasama dengan PN) kekal, dengan PH memang tidak akan berulang,” katanya kepada pemberita di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, tidak mungkin kerjasama dalam politik akan berulang setelah ia berakhir.
Mengulas isu PasLeak, Abdul Hadi menyifatkannya sebagai surat layang yang bertujuan memfitnah parti itu dan tiada keperluan untuk beliau membuat sebarang penafian.
“Siapa yang buat surat itu pun kita tak tahu, jadi tiada guna kita melayan surat layang ni, nanti kita sama-sama melayang,” katanya.
Rabu lepas, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan PasLeak sebagai dokumen palsu serta sampah bagi memfitnah Pas dan PN selain menafikan dakwaan wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan beberapa pemimpin UMNO.
Sebelum ini, tular di media sosial beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang mempunyai pelan atau gerak kerja parti itu untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.
Mengulas tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ingin membuat laporan polis berhubung isu tersebut, Abdul Hadi berkata, ia terpulang kepada Presiden UMNO itu kerana Pas kekal dengan pendirian untuk tidak melayan isu berkenaan. – Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'PASLeaks, komen Annuar Musa, Abd Hadi, Bellaleak.. dan yang penting PAS Tidak Akan Ulang Kerjasama Dengan PH/DAP.
4 comments:
Isu Nazlan bawa impak negatif sistem kehakiman negara, tapi tidak pada 'kartel mafia'
Salah laku Nazlan Ghazali sudah selesai disiasat polis. Hasil siasatan kena dibentangkan kerana impak sistem kehakiman negara akan dipandang rendah oleh rakyat , negara luar dan pelabur.
Polis sebenarnya sudah menyelesaikan siasatan ke atas Nazlan dan sepatutnya mendedahkannya kepada umum.
Jika tidak benar, nyatakan juga supaya orang ramai tidak ragu-ragu mengenai perkara itu.
Jangan tunggu sehingga RPK akan mendedahkan dan menerbitkan satu lagi dokumen yang akan mengejutkan rakyat marhean.
Semua ini perlu dibongkar kerana sebarang keraguan melibatkan kepentingan orang ramai dan rakyat.
Badan kehakiman negara akan dipandang rendah dan kepercayaan negara luar pelabur dan rakyat terjejas teruk kerana dakwaan Raja Petra terhadap Nazlan amat berat impak nya pada sistem kehakiman Malaysia keseluruhanya.
Ingat apa jadi kat temasek. Orang melayu tak dak yang kaya. Masa pee hancing 22 bulan, rakyat resah. Kerana ada pas, ada umno rakyat selesa. Jangan jadi khasymir. Percaya kat india, tak percaya kat pakistan, diskriminasi kuat. Jangan jadi osman wok yang jadi jurucakap lee kuan yew.
Dahulu musuh mencipta fitnah RM90 juta untuk memburuk-burukkan parti Islam PAS supaya PAS kalah dalam PRU14.
Sekarang musuh-musuh semakin terdesak untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam PAS sebab PRU15 semakin hampir maka musuh-musuh mencipta fitnah terbaharu iaitu PasLeaks. Selepas ini apa pula fitnah mereka ?
Rakyat sepatutnya sudah sedar dan tahu musuh-musuh itulah yang telah melingkupkan 1emdeebi dan tabung umat Islam pergi haji, menjual aset negara dll.
https://msomelayu.blogspot.com/2022/04/ph-terus-jadi-pakatan-hancing-walaupun.html
Post a Comment