Thursday, April 14, 2022

Pembinaan terowong terpanjang, semoga X rasuah, X terbunuh..

 

Pembinaan terowong terpanjang ECRL bulan depan

KOTA BHARU: Pembinaan terowong terpanjang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dikenali Terowong Genting sepanjang 16.3 kilometer dari Pahang ke Selangor, akan bermula bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Dato’ Seri Darwis Abdul Razak berkata, proses pembinaan Genting Tunnel tersebut dijangkakan mengambil masa selama dua setengah tahun.

Katanya projek terowong tersebut membabitkan sepanjang 10 km di Pahang, manakala 6 km di Selangor.

“Kerja-kerja pembinaan terowong sepanjang 61.1 km melibatkan 59 terowong di laluan ECRL sudah berjalan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar bersama MRL di Hotel Perdana, di sini semalam.

Menurutnya juga perkembangan projek ECRL sekarang mencapai kemajuan infrastruktur sebanyak 28.5 peratus membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Kata beliau kemajuan infrastruktur meliputi kerja cerucuk, tanah dan terowong sebelum projek terbabit dijadual siap sepenuhnya pada Disember 2026 sepanjang 665 km.

“Projek berkenaan kini berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan, termasuk proses pengambilan tanah dan sebangainya.

“Bagi jajaran Kelantan kemajuan dicapai setakat ini sebanyak 21.5 peratus manakala proses pengambilan tanah untuk jajaran utama telah selesai sepenuhnya,” katanya.

Pada Januari 2019 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan kontrak dengan China Communication Construction Company Ltd (CCCC) setelah projek ECRL yang digantung pada Julai 2018.

Bagaimanapun selepas kerajaan PH tumbang, projek impak tinggi disambung semula Perikatan Nasional dengan ditambah baik dan dijajarkan semula ke laluan asal yang dicadangkan pada 2016-2017.

Jajaran Utara dianggar membabitkan kos kira-kira RM50 bilion. Jajaran baharu dikenali sebagai ECRL 3.0 dilaksanakan setelah mencapai persetujuan dengan pihak berkepentingan. – HARAKAHDAILY 13/4/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pembinaan terowong terpanjang projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dikenali Terowong Genting sepanjang 16.3 kilometer dari Pahang ke Selangor, akan bermula bulan depan. Semoga tiada rasuah, tiada yang terbunuh..

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah

Sunday, 14 May 2017


No comments:

Post a Comment