Thursday, April 07, 2022

Se orang lagi panas! Desak SPRM siasat Tok Mat pula..

 

PANAS: UMNO Setapak desak SPRM siasat Tok Mat pendedahan Raja Petra  

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan dikeluarkan sebuah portal berita yang mengaitkan tuduhan rasuah membabitkan seorang pemimpin tertinggi UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Cawangan Setapak Jaya 1A, Bahagian Setiawangsa Kuala Lumpur, Datuk Halim Rahmat berkata, beliau mahu SPRM menyiasat secara telus mengenai kesahihan dakwaan itu.

Beliau berkata, portal berita itu mendedahkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dituduh menerima suapan rasuah berkaitan projek pembalakan dan pajakan tanah di Negeri Sembilan sekitar tahun 2008 hingga 2010.

“Kami hadir ke Ibu Pejabat SPRM hari ini bagi meminta agensi itu menyiasat kesahihan tuduhan berkenaan. Kami sudah muak dengan kisah-kisah penyelewengan dan rasuah membabitkan pemimpin utama parti, justeru siasatan perlu dilakukan segera,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan aduan kepada SPRM, hari ini.

Katanya, beliau minta siasatan itu disegerakan memandangkan Mohamad adalah pemimpin utama parti. Sebelum ini, sebuah portal berita, Malaysia Today mendedahkan Mohamad yang ketika itu Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa menerima suapan bernilai RM10 juta daripada seorang pengarah syarikat.

Dakwaan itu didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin sebelum disiarkan di portal berita berkenaan pada Isnin lalu. – Utusan


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan takut Melayu perintah, tapi bimbang rasuah makin banyak, bermula dengan Tun M? Apakah mereka yang sama-sama tertuduh rasuah akan bergabung, Tun M dulu, kini akan diganti Najib bersama DAP? Ditambah UMNO? Atau akhirnya Tun M juga bergabung?

Belakukah pertembungan antara parti hasanah (menyuruh kebaikan) melawan parti mungkar?Terjadilah jong pecah, yu kenyang? Siapa 'yu' itu?

Ya Allah, hindarilah gabungan parti-parti mungkar (gabungan parti perasuah) memenangi PRU 15 akan datang. Berilah kemenangan kepada parti berjiwa Islam bukan semata-mata Melayu.. Bukan parti yang melanda tak kira halal-haram dan dunia-akhirat.

1 comment:

Anonymous said...

Susah dah nak bersihkan parti kris. Karat dah tebal. Gosok macam mana pun, karatnya x boleh tanggal. Dah sebati karat dengan besi buat kris. Memang bila cat nampak cantik. Tapi karatnya ada bersembunyi belakang cat.

Menteri rawat pula diwar warkan pulak dengan isu jual myjahtera. Ada hadiah juga kot jual tu. Hadiah tu macam rasuah yg dihalalkan oleh rejim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails