Isteri mahu cerai, suami obses besarkan kemaluan
PETALING JAYA – Seorang isteri mendedahkan dia ingin memohon fasakh selepas bimbang suaminya telah melakukan suntikan untuk membesarkan zakar.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wanita itu bertindak demikian selepas bimbang tentang kesihatan serta kemudaratan ke atas dirinya.
Bagaimanapun kata Fahmi, suami wanita itu enggan menceraikan isterinya.
“Jika suami tak mahu ceraikan, isteri boleh fail fasakh, cuma fasakh yang nak dibawakan itu bergantung kepada alasan.
“Tapi apa yang pasti setiap negeri tidak ada pun kata isteri boleh tuntut fasakh kerana zakar suami besar,”katanya di laman Facebook.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, jika isteri mahu meneruskan fasakh dia boleh menuntutnya dari sudut berkaitan mental.
“Saya pernah ada satu kes berkaitan nafsu suami, dia tak fikir pun pasal isteri, sama ada isteri sakit ke, apa yang dia fikir hanya kepuasan nafsunya sahaja.
“Kes ini kita bawa sebagai menyakiti tubuh badan dan ia dibuktikan dengan klinikal contoh mengalami kesan seperti terkoyak atau sebagainya,”ujarnya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isteri mahu cerai, suami obses besarkan kemaluan. Mahu tuntut fasakh kerana zakar suami besar.. Juga masalah ummah, layakkah diperkatakan di media sosial?
Lihat huraian berikut...
- 1.Kesian PH mimpi gila meroyan.. "jika PH terus ment...
- 2.Nak Tambah Isteri? Baca Ini dulu.. Islam sederhana...
- 3.Permohonan Malaysiakini batal sabitan menghina gagal
- 4. DAP politik radikal (ekstrem) penyebab hilang soko...
- 5.'Ungkit .. rasuah jer. Tazkirah jauh sekali.' Maca...
- 6.Kedatangan Ramadan, pimpinan DAP takkan mampu takl...
- 7.DAP mula dengan DUN & A/Majlis PP bawa isu ini..
- 8.ADUN DAP buat hal lagi? 'kecoh' tembung ADUN BN..
- 9.DAP lagi: Masalah Tony Pua, DAP panas & 'penasihat...
- 10.Ini drama nafi kaum Cina alukan Najib..
- 11.Terbaru! Si tertuduh rasuah bergabung, Najib ganti...
- 13.Kes Najib: Padan, pemberi dan penerima rasuah masu...
- 14.Prestasi DAP terus menjunam bermula PRN Johor.
- 15.Imbas, jom lihat Roketkini.com yang bebal...
- 16.PH X boleh percaya.. mungkir janji. Termasuk DAP...
- 17.PH langgar MoU kerajaan dan pembangkang
- 18.Rasuah Guan Eng, Sila dengar terus wahai 'barua' DAP!
- 19.DAP diingat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ...
- 20. Pemilihan DAP, geng Pua, Kian Ming yang gagal..
- 21.PAS tetap tegas tolak DAP -P'jaya PAS Perak.
- 22.PH kalah, pemimpin serba kurang, tapi tekad atasi ...
- 23.Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.
- 24.ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/
No comments:
Post a Comment