Rakyat Sri Lanka melaungkan slogan menuntut Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa agar meletakkan jawatan semasa protes di Colombo, Sri Lanka pada 4 April 2022. (FOTO CFP)
Krisis Sri Lanka-Rajapaksa: Hospital keluar amaran jumlah kematian meningkat
COLOMBO, Sri Lanka: Persatuan Perubatan Kebangsaan Sri Lanka mengeluarkan amaran jumlah kematian pesakit kritikal di negara itu bakal meningkat susulan krisis ekonomi negara itu sekarang ini yang merebak menjadi krisis politik susulan kemarahan rakyat terhadap Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa.
Kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis (7 April) itu berkata, ia berikutan pihak hospital tidak dapat menyediakan walaupun perkhidmatan kecemasan dalam beberapa minggu akan datang ini kerana kekurangan kritikal ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang disebabkan krisis ekonomi negara itu sekarang ini.
Sri Lanka sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam beberapa dekad dan telah mengalami kekurangan bahan api dan keperluan lain selama berbulan-bulan.
Bantahan terhadap masalah ekonomi telah merebak ke seluruh negara dan berkembang kepada kritikan terhadap Rajapaksa dan keluarganya yang memegang kuasa politik negara itu.
Sehubungan itu, Persatuan Perubatan Sri Lanka menghantar surat kepada Rajapaksa pada Khamis (7 April) menegaskan bahawa hospital telah memutuskan untuk menyekat perkhidmatan seperti pembedahan rutin dan mengehadkan penggunaan bahan perubatan yang tersedia untuk rawatan penyakit yang mengancam nyawa pesakit.
“Melainkan bekalan perubatan diisi semula dengan segera, maka ‘dalam masa beberapa minggu, jika tidak berhari-hari, rawatan kecemasan juga tidak akan dapat dilakukan. Ini akan mengakibatkan jumlah kematian yang besar’,” jelas isi kandungan surat itu.
Gotabaya (kanan) dan abangnya, Mahidran masing-masing merupakan Presiden dan Perdana Menteri Sri Lanka. (FOTO TheTimes.co.uk)
Beribu-ribu orang, termasuk pekerja kesihatan, telah berdemonstrasi pada minggu ini menuntut penyelesaian kepada krisis dan peletakan jawatan Rajapaksa kerana salah urus ekonomi.
Rajapaksa telah menentang tuntutan untuk berundur, walaupun selepas ahli gabungannya sendiri menyertai penunjuk perasaan pada minggu ini, dengan penggubal undang-undang parti yang memerintah menggesa pelantikan kerajaan sementara bagi mengelakkan kemungkinan keganasan.
Rajapaksa sebelum ini mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan, tetapi parti pembangkang utama menolak idea itu.
Kabinetnya meletak jawatan pada malam Ahad, dan pada hari Selasa, hampir 40 ahli parlimen gabungan yang memerintah berkata mereka tidak lagi akan mengundi mengikut arahan pakatan, justeru melemahkan kerajaan dengan ketara.
Ini telah mengubah krisis ekonomi menjadi krisis politik, tanpa kabinet yang berfungsi termasuk menteri kewangan dan kesihatan yang penting. Parlimen juga gagal mencapai kata sepakat dalam tiga hari perbahasan tentang cara menangani krisis.
Krisis ekonomi di Sri Lanka kini bertukar menjadi krisis politik apabila rakyat negara itu melancarkan protes besar-besaran di Colombo agar Presiden Gotabaya Rajapaksa meletakkan jawatan. (FOTO sg.yahoo.news)
Presiden dan abangnya yang merupakan Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa, kekal memegang kuasa, walaupun keluarga mereka memegang kuasa politik Sri Langka menjadi tumpuan kemarahan orang ramai.
Lima lagi ahli keluarga Rajapaksa terdiri daripada ahli parlimen, termasuk Menteri Kewangan Basil Rajapaksa; Menteri Pengairan, Chamal Rajapaksa dan seorang anak saudara keluarga itu, Menteri Sukan, Namal Rajapaksa.
Terdahulu, kerajaan Sri Lanka menganggarkan pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi Sri Lanka yang bergantung kepada pelancongan merugikan AS$14 bilion dalam dua tahun terakhir.
Namun, penunjuk perasaan juga mendakwa ia adalah akibat salah urus fiskal oleh keluarga Rajapaksa.
Negara itu kini mempunyai jumlah hutang luar negara yang besar selepas meminjam banyak untuk infrastruktur dan projek lain. Kewajiban pembayaran balik hutang asingnya adalah kira-kira AS$7 bilion pada tahun ini sahaja.
Hutang dan rizab asing yang semakin berkurangan menyebabkan ia tidak mampu membayar barangan import.
Rajapaksa pada bulan lalu berkata kerajaannya sedang berbincang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa dan telah beralih kepada China dan India untuk mendapatkan pinjaman, dan merayu orang ramai untuk mengehadkan penggunaan bahan api dan elektrik. – Arab News
Lihat sebelum ini..
Friday, September 17, 2010
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..
Bab II: Catatan Perjalanan..
- Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..
- Bandar Islam Di Colombo..
- Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?
- Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...
- Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?
- Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan Manusia
- Khalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..
- Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..
- Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.
- Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.
No comments:
Post a Comment