Orang ramai berpelukan semasa berjaga di luar Pasar Mesra Tops di Buffalo, New York sehari selepas kejadian tembakan besar-besaran yang menyebabkan 10 orang maut pada 14 Mei 2022. - Foto REUTERS
AS berang pembunuhan beramai-ramai bermotif perkauman
BUFFALO: Penduduk Buffalo berjaga semalaman bagi memperingati 10 mangsa yang meninggal dunia selepas ditembak seorang lelaki kulit putih di sebuah kedai runcit, dalam insiden amukan perkauman.
Pesuruhjaya polis bandar yang terletak di barat New York itu, Joseph Gramaglia, berkata suspek berusia 18 tahun itu melakukan 'pemantauan' di kawasan majoriti kulit hitam di sekitar Pasar Tops Friendly, dan memandu ke kawasan itu dari Conklin yang terletak sejauh 322 kilometer.
Suspek yang memakai baju kalis peluru dan menggunakan raifal AR-15, membunuh 10 individu dan mencederakan tiga yang lain, dengan hampir semuanya berkulit hitam, sebelum mengancam untuk menembak dirinya sendiri.
Menurut polis, anggota yang berada di lokasi kemudian menenangkan saspek, sebelum dia ditahan.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Payton Gendron, dikenakan pertuduhan pembunuhan darjah pertama Sabtu lalu dan ditahan tanpa jaminan, kata pejabat pendakwa raya daerah Erie County.
Lelaki itu mengaku tidak bersalah.
"Bukti yang sudah kita perolehi setakat ini dengan jelas menunjukkan bahawa ini adalah jenayah kebencian perkauman," kata Gramaglia semalam, sambil memaklumkan Gendron memiliki satu lagi raifal dan satu senapang patah di dalam keretanya.
Datuk Bandar Buffalo, Byron Brown, juga yakin bahawa motif penembak itu datang ke bandar berkenaan adalah untuk membunuh sebanyak yang boleh nyawa individu berkulit hitam.
Gramaglia berkata, saspek juga turut membuat ancaman umum di sekolah menengahnya tahun lalu, sebelum polis merujuknya ke hospital untuk penilaian kesihatan mental, sebelum dia dibebaskan.
Terdahulu, penduduk Buffalo hadir beramai-ramai di hadapan kedai runcit itu, ketika Gabenor New York, Kathy Hochul dan Peguam Negara New York, Letitia James menyampaikan ucapan di gereja.
Hochul yang juga penduduk Buffalo, menyifatkan insiden berkenaan sebagai 'pembunuhan ala tentera' dan berpandangan mesej perkauman tersebar dengan meluas, khususnya di media sosial. Dalam nada marah dan sedih, semua jurucakap di geraja itu turut menyelar akses mudah terhadap senjata berbahaya serta keganasan perkauman terbaharu, yang semakin menjadi kebiasaan di Amerika Syarikat (AS).
Di Washington, Presiden AS, Joe Biden, yang dimaklumkan oleh Rumah Putih bahawa beliau akan melawat Buffalo esok, mengutuk ekstremisme perkauman dan 'kebencian yang kekal sebagai titik hitam dalam jiwa warga AS'. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 10 mangsa kulit hitam ditembak lelaki kulit putih. AS berang? Yang jelas perkauman di AS terus dan teruk berterusan. Tiada tanda-tanda akan berhenti dan selesai.. Di mana salahnya tadbiran AS?
Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015
1 comment:
Ini akibat bila tidak bertuhankan Allah. Jika bertuhankan Allah, akan bertemu dengan fakta bahawa semua manusia adalah makhluq ciptaan Allah. Maka tiada isu aku lebih baik, semua adalah sama.
Post a Comment