Kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat. - Foto REUTERS
Taliban menolak kebimbangan PBB mengenai hak wanita di Afghanistan
KABUL: Taliban menolak gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) untuk membatalkan sekatan berat ke atas wanita Afghanistan dengan anggapan kebimbangan mereka sebagai tidak berasas.
Kementerian Luar Afghanistan berkata, kerajaan menganggap kebimbangan Majlis Keselamatan sebagai tidak berasas dan mengesahkan komitmennya terhadap hak wanita Afghanistan.
"Memandangkan penduduk Afghanistan kebanyakannya beragama Islam, kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Majlis Keselamatan sebulat suara menerima pakai resolusi yang mengkritik Taliban kerana mengehadkan akses kanak-kanak perempuan dan wanita kepada pendidikan, pekerjaan awam dan kebebasan bergerak sejak merampas kuasa tahun lalu.
Malah, pemimpin tertinggi Afghanistan, Hibatullah Akhundzada yang mengarahkan wanita untuk menutup muka ketika berada di khalayak ramai, turut mencetuskan kemarahan antarabangsa.
Ia juga menuntut agar semua sekolah dibuka kepada pelajar perempuan.
Sepanjang Taliban berkuasa antara tahun 1996 dan 2001, pelbagai pencabulan hak asasi manusia berlaku dan selepas merampas kembali, mereka menjanjikan peraturan lebih lembut kepada rakyat Afghanistan, tetapi sebaliknya.
Dalam dua dekad campur tangan tentera Amerika Syarikat (AS) selepas penyingkiran Taliban pada 2001, wanita dan gadis Afghanistan memperoleh hak mereka.
Wakil khas PBB mengenai hak asasi manusia di Afghanistan, Richard Bennett, berkata sekatan Taliban bertujuan menjadikan wanita "halimunan dalam masyarakat".
Tiada negara mengiktiraf kerajaan baru Taliban dan pihak berkuasa setakat ini gagal dalam usaha mereka untuk mengambil alih kerusi Afghanistan di badan dunia itu. - AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kita bersetuju dengan kenyataan Kementerian Luar Afghanistan, "Memandangkan penduduk Afghanistan kebanyakannya beragama Islam, kerajaan Afghanistan menganggap pematuhan hijab Islam adalah selaras dengan amalan agama dan budaya masyarakat."
Memang begitulah dasar penjajah AS ingin meneruskan penjajahan ke atas negara umat Islam. AS sendiri sebenarnya jadi 'barua' Zionis Israel untuk menakluk dunia.
Di Malaysia ada puak-puak anti Islam yang menyalin balik kegiatan Islamfobia di barat, melaksanakan di sini, untuk menutup kegagalan dan kejahilan mereka, yang bersembunyi dibawah tempurung sempit perkauman kecinaan komunis yang sia-sia..
Tolak DAP, pilih parti Islam dan kumpulannya dalam PRU 15 akan datang.
2 comments:
Bagus kerajaan Taliban ni, tidak pernah sama sekali tunduk kepada arahan agen DAJJAL @PBB!
Minta kerajaan Malaysia menghantar rombongan2 dagangan ke Afghanistan untuk melihat potensi2 perniagaan yang boleh dilaksanakan terutama dalam bidang pertanian dan makanan...
Post a Comment